Maktab Rendah Sains MARA Pendang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 5°56′48″N 100°28′50″E / 5.94671°N 100.48060°E / 5.94671; 100.48060

Maktab Rendah Sains MARA Pendang
مكتب رنده ساءين س مارا ڤنداڠ
Lokasi
Jalan Jenun
Pendang, 06700, Kedah
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Pendang
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanApril 2001
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Wan Mustaffa bin Wan Nawang
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En. Khairil Azri bin Habibollah
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Yusmizal bin Abu Yusuf
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
Pn. Rohaya binti Md Yusof
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganEngaging Minds, Elevating Excellence
Nama alumniANSARA Pendang
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022

Maktab Rendah Sains MARA Pendang (singkatan: MRSM Pendang) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di daerah Pendang, Kedah. MRSM Pendang adalah MRSM yang ke 27 dibina di negara ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

MRSM Pendang telah mula beroperasi pada 16 April 2001, dengan pengambilan pelajar perintis seramai 476 orang yang terdiri daripada 281 pelajar tingkatan 4 dan 195 pelajar tingkatan 1, dengan bilangan tenaga pengajar perintis seramai 34 orang dan staf sokongan yang lain. Pengetua pertama MRSM Pendang ialah Tuan Haji Zakaria Bin Mohd Noor.[perlu rujukan]


Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Akademik dan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

MRSM Pendang mempunyai 4 blok akademik dan pentadbiran, 4 blok asrama yang memuatkan bilik pelajar puteri dan bilik pelajar putera dengan kapasiti maksimum 750 orang pelajar. MRSM ini juga dilengkapi dengan 25 bilik darjah, 13 makmal sains, 2 makmal komputer, 1 bilik bitara (makmal induk komputer), 4 bengkel Kemahiran Hidup, Pusat Sumber Pembelajaran, Bilik Multimedia, 2 bilik tayangan ,bilik audio video, makmal senireka, makmal reka cipta, dewan kuliah, cafeteria dan mempunyai kemudahan sukan yang lengkap.

Penginapan pelajar[sunting | sunting sumber]

MRSM Pendang memiliki 4 blok asrama yang memuatkan bilik pelajar puteri dan bilik pelajar putera dengan kapasiti maksimum 750 orang pelajar. Terdapat juga dewan selera dan bilik sakit yang digunakan untuk pelajar berehat semasa sesi persekolahan jika mengalami gejala ringan seperti demam.

MRSM Pendang juga dilengkapi dengan kuarters untuk staf. Ia terdiri daripada 1 unit rumah Pengetua, 2 unit rumah Penolong Pengetua, 1 unit rumah ketua warden, 8 unit rumah guru dan 5 unit rumah kakitangan. Rumah-rumah warden juga dibina di hujung setiap blok asrama bagi memudahkan urusan dengan pelajar.


Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Bekas pelajar[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan orang paling terhebat yang pernah bersekolah di sini.

  • Amsyar Shafiy (kuyush) Bin Azlan - penggiat aktif dalam bidang pemakanan
  • Aiman Haikal (Tobe) bin Ridhuan - Mc (main character) maktab dan sangat hensem serta Naib Presiden I Bwp sesi 2023/2024

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Selebriti popular yang pernah mendapat keputusan cemerlang SPM". Astro Awani. 16 Mac 2017. Dicapai pada 27 November 2022.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]