Maktab Rendah Sains MARA Transkrian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 5°09′17″N 100°29′02″E / 5.15477°N 100.48401°E / 5.15477; 100.48401

Mrsm Transkrian
مكتب رنده ساءين س مارا ترنسكريان
Lokasi
Jalan Transkrian
Nibong Tebal, 14300, Pulau Pinang
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Transkrian
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanApril 2002
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Kamarudin Bin Sagiman
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En. Mohamad Elias Bin Shamsudin
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Mohd Firdaus Bin Ismail
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Mohammad Marzuki Bin Hashim
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris Bahasa Perancis
SloganBetter Than The Best
Nama alumniANSARA TREX
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: March 2024

Maktab Rendah Sains MARA Transkrian (singkatan: MRSM Transkrian) merupakan sebuah institusi MRSM yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Mukim 9, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Maktab ini terletak berhampiran dengan Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia.

Maktab ini dibuka pada 1 April 2002, merupakan MRSM ke-34 ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan MRSM yang kedua didirikan di Pulau Pinang selepas Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Transkrian ditubuhkan MARA betujuan memenuhi hasrat dan wawasan untuk mencemerlangkan institusi pendidikan MARA (IPMA) hingga bertaraf dunia. MRSM Transkrian merupakan MRSM yang kedua didirikan di Pulau Pinang selepas MRSM Balik Pulau yang beroperasi pada tahun 1984. MRSM ketiga di Pulau Pinang ialah MRSM Kepala Batas yang beroperasi pada tahun 2007.

Terletak di Mukim 9, Transkrian, Nibong Tebal iaitu di daerah Seberang Perai Selatan, maktab ini yang luasnya 32 hektar secara rasminya beroperasi pada 1 April 2002. Asal mulanya kawasan ini merupakan kawasan ladang. Lokasinya yang berhampiran dengan Parit Buntar (Perak) menyebabkan beberapa pihak sering menganggap bahawa maktab ini terletak dalam negeri Perak.

Berkemungkinan perkataan 'krian' itu disamakan dengan daerah Kerian sedangkan nama Krian adalah panggilan biasa orang tua-tua untuk kawasan Nibong Tebal. Daerah Kerian di Perak terletak bersebelahan dan dinamakan berdasarkan Sungai Kerian yang merentasi kawasan ini. Sungai Kerian sendiri mencatatkan sejarah terutama melalui tragedi bas sekolah terhumban ke dalamnya pada tahun 1973 di kawasan antara Parit Buntar dan Bandar Baharu (Kedah). Inilah uniknya kawasan Transkrian yang bersempadankan Parit Buntar (Perak) dan Bandar Baharu (Kedah) .

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
En. Saleh bin Osman April 2002
Tn. Haji Md Yusof
En. Samsudin bin Suip


Korporat[sunting | sunting sumber]

Slogan[sunting | sunting sumber]

Pengetua MRSM Transkrian, Tuan Haji Samsudin Suip telah memperkenalkan 'tagline' maktab pada awal 2009 iaitu, 'A Thinking And Enriching College'. MRSM Transkrian sebagai sebuah institusi pendidikan MARA, akan menjadikan budaya berfikir dan aktiviti pengayaan sentiasa subur dan bugar dalam dalam semua aspek di sini. Beliau juga telah mengilhamkan pelaksanaan Sistem Merit Demerit (SMD) di MRSM Transkrian sebagai satu alat pengurusan kecemerlangan maktab secara menyeluruh (Schoolwide College Management). Melalui SMD, kejayaan demi kejayaan telah dapat diciptakan oleh para guru, kakitangan serta pelajar-pelajar.


Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Akademik[sunting | sunting sumber]

BIL NAMA PERTANDINGAN / ANUGERAH TARIKH PERTANDINGAN PERINGKAT ( Daerah / Negeri / dll ) PENCAPAIAN
1. Anugerah Kejayaan SPM 2011 22 Mac 2012 MRSM Se-Malaysia (Kebangsaan) Tempat Ke-8 daripada 39 Buah MRSM
2. Anugerah Sekolah Terbaik Peringkat SPM 2011 6 Mei 2012 Negeri Pulau Pinang Tempat Ke-2

Bukan akademik[sunting | sunting sumber]

BIL NAMA PERTANDINGAN / ANUGERAH TARIKH PERTANDINGAN PERINGKAT ( Daerah / Negeri / dll ) PENCAPAIAN
1. Kejohanan Olahraga MRSM Peringkat Kebangsaan 2012 28 Jun-02 Julai 2012 MRSM Langkawi (Kebangsaan) 1 Pinggat Emas (Rekod Baru) , 1 Pingat Perak, 2 Pingat Gangsa
2. World Scholars Cup Global Round 20 Jun-25 Jun 2012 Bangkok, Thailand (Global) Top Scorer
3. Mighty Minds Challenge Penang 30 Jun 2012 Kebangsaan 1 Kumpulan ke Pusingan Ke-2


Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]