Malaccamax

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kapal tangki Malaccamax mampu membawa minyak mentah dari Teluk Parsi ke China.

Malaccamax ialah istilah maritim untuk kapal-kapal besar yang muat memasuki Selat Melaka yang berkedalaman 25 meter. Oleh kerana Selat Sunda yang berkedalaman minimum 20 meter adalah lebih cetek, sebuah kapal Pasca-Malaccamax perlu melalui laluan alternatif yang lebih jauh seperti:[1]

ataupun laluan baru buatan manusia seperti:

Banyak kapal kargo pukal dan kapal tangki besar telah dibina pada saiz Malaccamax, dan diistilahkan sebagai "kapal tangki sangat besar" (very large crude carriers (VLCC)).[2] Kapal kontena Malaccamax yang masih dalam cadangan, bakal bersaiz 470 meter panjang, 60 meter lebar, dengan drauf sedalam 20 meter, dan 300,000 metrik tan berat mati untuk kapasiti 18,000 TEU (Unit bersamaan dua puluh kaki).[3] Keperluan perkembangan pelabuhan bakal membawa kepada pembinaan terminal-terminal yang dikhususkan untuk kapal-kapal bersaiz ini.[4]

Istilah lain seperti Panamax, Suezmax dan Seawaymax telah digunakan untuk kapal-kapal besar yang mampu melalui Terusan Panama, Terusan Suez dan Terusan St. Lawrence. Aframax pula merujuk kepada kapal-kapal tangki dengan berat mati dari 80,000 sehingga 120,000 metrik tan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Zoology Department at The Field Museum
  2. ^ "Malacca-max Oil Tanker Delivered" (Siaran akhbar). NKK Corporation. september 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-12. Dicapai pada 2009-07-04. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ Richard G. Roenbeck, St. Paul Global Marine (16 September 2003). "Containership losses due to head-sea parametric rolling". Seville conference. International Union of Marine Insurance. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2009-07-04.
  4. ^ "Container Transhipment and Demand for Container Terminal Capacity in Scotland". Scottish Executive. 03 September 2004. Check date values in: |date= (bantuan)