Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaran tak geser sisian gusi tervelar atau terfarinks ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɫ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan 5 dalam X-SAMPA.
Pemvelaran atau pemfarinksan secara amnya dikaitkan dengan penyebutan konsonan koronal yang menghampiri gigi, maka l gelap kedengaran lebih bersifat gigi atau gusi, sementara l jelas cenderung berada di sekitar gusi.[1]
Ciri-ciri tamparan sisian gusi tervelar:
- Cara artikulasinya ialah malaran tak geser, iaitu dihasilkan dengan merapatkan dua alat artikulasi tanpa menyempitkan rongga vokal sehingga terhasilnya arus udara yang bergelora.
- Daerah artikulasinya adalah gigi atau gusi, iaitu disebut dengan hujung lidah (atau jarang sekali,[1] daun lidah) pada batas gusi, serentak dengan artikulasi sekunder dalam bentuk pemvelaran atau pemfarinksan, iaitu belakang lidah menghampiri lelangit lembut (velum), atau ke arah kerongkong.
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan sisian, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui sisi lidah dan bukan tengahnya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
- Cruz-Ferreira, Madalena (1995), "European Portuguese", Journal of the International Phonetic Association 25 (2): 90-94
- Daniel, Jones & Ward Dennis (1969), The Phonetics of Russian, Cambridge University Press
- Recasens, Daniel & Aina Espinosa (2005), "Articulatory, positional and coarticulatory characteristics for clear /l/ and dark /l/: evidence from two Catalan dialects", Journal of the International Phonetic Association 35 (1): 1-25
- Roca, Iggy & Wyn Johnson (1999), written at Essex, A Course in Phonology, Blackwell Publishing, ISBN 0-631-21346-5
- Verhoeven, Jo (2005), "Belgian Standard Dutch", Journal of the International Phonetic Association 35 (2): 243-247
- Watson, Janet (2002), The Phonology and Morphology of Arabic, Oxford University Press
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadual ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam sesetengah pelayar. [bantuan]
Bagi aksara-aksara berpasangan, aksara di kanan ialah konsonan bersuara. Petak-petak yang digelapkan menandakan penyebutan pulmonik yang didapati mustahil. |
|
|
|
|
|