Malaysia di Sukan Olimpik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaysia di
Sukan Olimpik
Kod IOCMAS
NOCMajlis Olimpik Malaysia
Laman sesawangwww.olympic.org.my (dalam bahasa Inggeris)
Pingat
Kedudukan ke-114
Emas
0
Perak
8
Gangsa
5
Jumlah
13
Penampilan Musim Panas
Penampilan Musim Sejuk
Penampilan lain yang berkaitan
 Borneo Utara (1956)
 Singapura (1948–1960; 1968–kini)
 Malaysia (1956-1960)

Malaysia mula-mulanya menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956, dan semenjak itu sentiasa menghantar ahli sukan ke setiap temasya Sukan Olimpik Musim Panas, kecuali apabila menyertai Pemboikotan Sukan Olimpik Musim Panas 1980 dan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia menyertai temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun 2018 di PyeongChang Korea Selatan.

Selaku Persekutuan Tanah Melayu, pasukan negara bertanding sebagai Malaya (MAL) pada 1956 dan 1960, Borneo Utara menghantar pasukan sendiri pada 1956, sementara Singapura turut bertanding di Olimpik dari tahun 1948 hingga 1960. Setelah ketiga-tiga jajahan British ini membentuk gagasan Malaysia yang merdeka pada tahun 1963, pasukan negara bertanding dengan nama itu buat julung kalinya di Sukan Olimpik Musim Panas 1964. Kemudian, Singapura merdeka dari Malaysia pada 1965 lantas terus bertanding sebagai Singapura bermula dari 1968 dan acara sukan olimpik seterusnya.

Semenjak memenangi pingat pertama di temasya Barcelona 1992, Malaysia hanya meraih pingat dari acara badminton, sehinggalah Pandelela Rinong meraih pingat gangsa dari acara terjun pada temasya London 2012.

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Malaysia diasaskan pada tahun 1953 dan menerima pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 1954.

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

Sukan Olimpik Musim Panas[sunting | sunting sumber]

Sukan Atlet Emas Perak Gangsa Jumlah Ked.
Australia Melbourne 1956 Sebagai Malaysia Malaya dan  Borneo Utara
Itali Rom 1960 Sebagai Malaysia Malaya
Jepun Tokyo 1964 62 0 0 0 0 -
Mexico Bandar Raya Mexico 1968 31 0 0 0 0 -
Jerman Barat Munich 1972 45 0 0 0 0 -
Kanada Montreal 1976 23 0 0 0 0 -
Kesatuan Soviet Moscow 1980 tiada penyertaan
Amerika Syarikat Los Angeles 1984 21 0 0 0 0 -
Korea Selatan Seoul 1988 9 0 0 0 0 -
Sepanyol Barcelona 1992 26 0 0 1 1 54
Amerika Syarikat Atlanta 1996 35 0 1 1 2 58
Australia Sydney 2000 40 0 0 0 0 -
Yunani Athena 2004 26 0 0 0 0 -
Republik Rakyat China Beijing 2008 32 0 1 0 1 70
United Kingdom London 2012 29 0 1 1 2 63
Brazil Rio de Janeiro 2016 32 0 4 1 5 60
Jepun Tokyo 2020 30 0 1 1 2 74
Perancis Paris 2024 acara akan datang
Amerika Syarikat Los Angeles 2028
Jumlah 0 8 5 13 114

Sukan Olimpik Musim Sejuk[sunting | sunting sumber]

Sukan Atlet Emas Perak Gangsa Jumlah Ked.
Korea Selatan Pyeongchang 2018 2 0 0 0 0 -
Republik Rakyat China Beijing 2022 2 0 0 0 0 -
Itali Milan–Cortina 2026 acara akan datang
Jumlah 0 0 0 0 -

Pingat acara sukan musim panas[sunting | sunting sumber]

Sukan Emas Perak Gangsa Jumlah
Badminton 0 6 3 9
Terjun 0 1 1 2
Lumba basikal 0 1 1 2
Jumlah 0 8 5 13

Pingat acara sukan pertunjukan[sunting | sunting sumber]

Sukan Emas Perak Gangsa Jumlah
Wushu 0 2 3 5
Badminton 0 1 0 1
Taekwondo 0 0 1 1
Jumlah 0 3 4 7

Senarai pemenang pingat[sunting | sunting sumber]

  •      Pemenang pingat sukan pertunjukan
Pingat Nama Temasya Sukan Acara
 Perak Ng Boon Bee
Punch Gunalan
Jerman Barat Munich 1972 Badminton Beregu lelaki
 Gangsa Hii King Hung Sepanyol Barcelona 1992 Taekwondo Bantamweight (47-51 kg)
 Gangsa Razif Sidek
Jalani Sidek
Sepanyol Barcelona 1992 Badminton Beregu lelaki
 Perak Cheah Soon Kit
Yap Kim Hock
Amerika Syarikat Atlanta 1996 Badminton Beregu lelaki
 Gangsa Rashid Sidek Amerika Syarikat Atlanta 1996 Badminton Perseorangan lelaki
 Perak Lim Yew Fai Republik Rakyat China Beijing 2008 Wushu Jianshu/Qianshu lelaki
 Perak Chai Fong Ying Republik Rakyat China Beijing 2008 Wushu Taijiquan/Taijijian lelaki
 Gangsa Pui Fook Chien Republik Rakyat China Beijing 2008 Wushu Nanquan/Nangun lelaki
 Gangsa Chai Fong Wei Republik Rakyat China Beijing 2008 Wushu Daoshu/Gunshu wanita
 Gangsa Diana Bong Siong Lin Republik Rakyat China Beijing 2008 Wushu Nanquan/Nandao wanita
 Perak Lee Chong Wei Republik Rakyat China Beijing 2008 Badminton Perseorangan lelaki
 Perak Lee Chong Wei United Kingdom London 2012 Badminton Perseorangan lelaki
 Gangsa Pandelela Rinong Pamg United Kingdom London 2012 Terjun Platform 10 meter wanita
 Perak Pandelela Rinong Pamg
Cheong Jun Hoong
Brazil Rio 2016 Terjun Platform 10 meter seirama wanita
 Gangsa Azizulhasni Awang Brazil Rio 2016 Lumba basikal Keirin trek berbasikal lelaki
 Perak Chan Peng Soon
Goh Liu Ying
Brazil Rio 2016 Badminton Beregu campuran
 Perak Goh V Shem
Tan Wee Kiong
Brazil Rio 2016 Badminton Beregu lelaki
 Perak Datuk Lee Chong Wei Brazil Rio 2016 Badminton Perseorangan lelaki
 Gangsa Aaron Chia
Soh Wooi Yik
Jepun Tokyo 2020 Badminton Beregu lelaki
 Perak Azizulhasni Awang Jepun Tokyo 2020 Lumba basikal Keirin trek berbasikal lelaki


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • "Malaysia". Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. 27 Julai 2021.
  • "Malaysia". Olympedia.com.
  • "Olympic Analytics/MAS". olympanalyt.com.
  • "Malaya". Olympedia.com.
  • "Olympic Analytics/MAL". olympanalyt.com.
  • "North Borneo". Olympedia.com.
  • "Olympic Analytics/NBO". olympanalyt.com.