Malaysiakini.com

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malaysiakini.com
Jenis Surat khabar atas talian
Format Atas talian
Pemilik Mkini Dotcom Sdn Bhd
Penerbit Mkini Dotcom Sdn Bhd
Penyunting Steven Gan
Diasaskan 20 November 1999
Kecenderungan politik Berhaluan kiri, bebas
Ibu pejabat Malaysiakini.com
48, Jalan Kemuja
Bangsar Utama
59000 Kuala Lumpur
Malaysia
Edaran N/A
Laman web http://www.malaysiakini.com/
Pengunjung malaysiakini.com pada 2008

Malaysiakini.com merupakan media internet 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil dalam talian dari Malaysia. Dilancarkan pada 20 November 1999, antara bahagian-bahagian yang terdapat di dalam Malaysiakini ialah Utama, Berita, Kolum, Pendapat, Minda Editor, Laporan Khas dan lain-lain. Ia menarik lebih 37 juta tatapan setahun.

Berita utama di dalam Malaysiakini lebih terarah kepada isu-isu terkini serta perkara yang berkaitan dengan politik di Malaysia. Motonya ialah 'News and views that matter'. Laman web itu mendakwa dilawat 50,000 orang sehari dan lebih tiga juta kali dicapai dalam sebulan.

Versi Bahasa Inggeris Malaysiakini.com perlu dilanggan untuk dibaca sementara versi Bahasa Melayu adalah percuma.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Akhbar internet Malaysiakini bermula apabila timbul keperluan untuk melaporkan pemecatan dan penangkapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Premesh Chandran, bekas wartawan akhbar The Sun yang ketika itu bertugas dengan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) mengasaskan Malaysiakini bersama Steven Gan yang pernah bekerja dengan akhbar The Nation, di Bangkok, Thailand. Isu di sebalik pemecatan Anwar Ibrahim perlu dilaporkan kepada rakyat dan timbullah akhbar bawah tanah ini - pada awalnya.

Premesh menulis kertas kerja itu bertajuk 'The Daily Diet - It's free, fast and true". Dana RM30,000 berjaya dikumpulkan dan membeli warung kafe di SS2, Petaling Jaya sebagai pusat operasi lamanweb . Nama Malaysiakini.com didaftar pada April 1999.

Kemudian Pakatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa) memberi geran AS$100,000. Pada 1 Oktober 1999 pejabat Malaysiakini dibuka di tingkat empat sebuah rumah kedai berhampiran Jaya Supermarket, Seksyen 14, Petaling Jaya.

Malaysiakini mendapat cabaran berat apabila Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pilihan raya setahun lebih awal iaitu pada 1999.Hari penamaan calon ditetapkan pada 20 November 1999.

Antara kakitangan terawal ialah Sarah Shazreena Sharin, Ng Boon Hooi, Hidayatul Ein Azmi dan Ajinder Kaur .[1]

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Logo lama Malaysiakini

Malaysiakini dikritik oleh kerajaan Barisan Nasional dan penyokongnya kerana ia didakwa menyampaikan berita pro-pembangkang atau pro-Pakatan Rakyat kerana menyampaikan berita yang kritikal terhadap kerajaan semasa. Namun selepas Pilihan raya umum Malaysia 2008 berita dan surat pro-BN dan kritikal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat turut disiarkan.

Anugerah Jenama Putra[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Mac 2010, Steven Gan dari Malaysiakini menerima anugerah Jenama Putra (gangsa) daripada Persatuan Agensi Pengiklan Bertauliah Malaysia .Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir Hotel Mandarin-Oriental. Penerima lain ialah TV3 (gangsa), The Star dan 8TV (perak), Astro dan Google (emas).

Anugerah itu berdasarkan soal selidik terhadap 6000 respon online dalam 18 kategori. Presiden 4As, Vincent Lee menyatakan pemilihan itu dianjurkan dengan kerjasama Anugerah Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB).[2]

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Saman KDN[sunting | sunting sumber]

Bermula 24 Jun 2010 buku terbitan Malaysiakini, 1Funny Malaysia dan Perak Datul Kartun yang diterbitkan syarikat Zunar, Sepakat Efektif Sdn Bhd - dilarang daripada dipamerkan .

Tindakan pengharaman buku 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun, kedua-duanya karya Zunar -didakwa tidak sah dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pada 27 Julai 2010, Zunar dan Malaysiakini memfailkan dua saman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buku kartun politik.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kala Malaysiakini dilahirkan...
  2. Malaysiakini dianugerah jenama utama media
  3. "Malaysiakini, Zunar saman KDN", Malaysiakini.com. 27 Julai 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]