The Malaysia Book of Records

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Malaysian Book of Records)

The Malaysia Book of Records (Bahasa Melayu: Buku Rekod Malaysia atau MBR) ialah satu projek dari Malaysia untuk menerbitkan rekod yang ditetapkan atau dipecahkan oleh rakyat Malaysia. Projek ini dilengkapkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad melalui kempen ‘‘Malaysia Boleh!’’.[1] Perkara ini juga mengikut seperti Rekod Dunia Guinness, di mana terdapat sebuah buku yang diterbitkan setiap tahun untuk menyenaraikan rekod yang diperolehi.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Projek MBR merupakan projek yang dibentuk sejajar dengan Wawasan 2020.[2]

Apabila menyedari bahawa pencapaian serta cubaan rekod tidak direkodkan, Datuk Danny Ooi, pengasasnya merasakan pengiktirafan patut diberi hasil pencapaian oleh rakyat Malaysia. Sebagai pemegang rekod negara, MBR merupakan sebuah badan tidak rasmi yang ditugaskan untuk mengenal pasti pemegang rekod, pemecah rekod, dan pencipta rekod di dalam negara ini. Apabila rekod disahkan, pihak MBR akan mengeluarkan sijil penghargaan sebagai pengiktirafan terhadap usaha mereka.[3]

Asal-usul dan sejarah[sunting | sunting sumber]

Permulaan[sunting | sunting sumber]

Idea tentang penubuhan badan ini telah diilhamkan pada tahun 1990 apabila Danny Ooi menemui persoalan tentang pencapaian luar biasa yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Beliau masih teringat peristiwa melihat seorang lelaki yang berbasikal selama beberapa hari di Stadium Merdeka kerana mahu mencipta rekod dunia. Selain itu, ada juga individu yang menggembara dengan berjalan kaki dari negeri ke negeri. Individu yang menggembara ini berharap bahawa cubaanya boleh dimasukkan ke dalam Guinness Book of World Records.[4]

Menyedari bahawa pencapaian salah seorang ini tidak dapat direkodkan, En. Ooi merasakan pengiktirafan patut diberi oleh kerana usaha yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.[5]

Menuju kecemerlangan[sunting | sunting sumber]

Pencapaian yang dilakukan telah disusun untuk diterbitkan oleh MBR serta merangkumi produksi siri TV mingguan yang bertajuk "The Malaysia Book of Records" yang bersiaran pada 6 Oktober 1996 di RTM TV2.[6] MBR juga akan bertindak sebagai medium untuk mengakui rakyat Malaysia yang telah mempromosikan negara dengan mencipta rekod.

Buku rekod pertamanya bertajuk "The Malaysia Book of Records' First Edition" yang dilancarkan pada 9 Disember 1998. Buku ini juga membentangkan rekod yang dicapai oleh rakyat Malaysia di dalam satu buku buat kali yang pertama.[7]

Majlis penganugerahan[sunting | sunting sumber]

Malam Penganugerahan MBR pada peringkat kebangsaan dan negeri bermula pada Disember 1998 apabila Malaysia Book of Records dianjurkan pada peringkat kebangsaan dan dua peringkat negeri masing-masing iaitu Sabah dan Melaka pada malam penganugerahan tersebut.[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pemecah Rekod dan Pencapaian oleh Rakyat Malaysia
Lain-lain Perkaitan

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dato' Seri Dr. Mahathir: Father of Modernization". Malaysian Book of Records: A Brief Background. Sunway College. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-28. Dicapai pada 2006-12-07.
  2. ^ "Dato' Seri Dr. Mahathir: Father of Modernization". Malaysian Book of Records: A Brief Background. Sunway College. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-28. Dicapai pada 2006-12-07.
  3. ^ "Dato' Seri Dr. Mahathir: Father of Modernization". Malaysian Book of Records: A Brief Background. Sunway College. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-28. Dicapai pada 2006-12-07.
  4. ^ The MBR members (2001). "Malaysian Book of Records - About MBR". About Us: How It Started?. The Malaysian Book of Records. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-30. Dicapai pada 2006-12-07.
  5. ^ The MBR members (2001). "Malaysian Book of Records - About MBR". About Us: How It Started?. The Malaysian Book of Records. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-30. Dicapai pada 2006-12-07.
  6. ^ The MBR members (2001). "Malaysian Book of Records - About MBR". About Us: A Project that Instils the Spirit to "Strive for Excellence". The Malaysian Book of Records. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-30. Dicapai pada 2006-12-07.
  7. ^ The MBR members (2001). "Malaysian Book of Records - About MBR". About Us: A Project that Instils the Spirit to "Strive for Excellence". The Malaysian Book of Records. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-30. Dicapai pada 2006-12-07.
  8. ^ The MBR members (2001). "Malaysian Book of Records - About MBR". About Us: MBR Awards Night (at National and State Level). The Malaysian Book of Records. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-30. Dicapai pada 2006-12-07.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]