Malaysian Idol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malaysia Idol

Malaysian Idol adalah Siri Idol versi Malaysia yang diperkenalkan di UK, sama seperti realiti tv seperti di UK Pop Idol dan American Idol francisnya. Rancangan realiti tv ini merupakan pertandingan untuk mencari bakat baru di Malaysia, pemenangnya akan menerima perjanjian kontrak dari syarikat rakaman besar, begitu pun ada dikalangan peserta yang tidak memenanginya juga mendapat kontrak rakaman kerana memiliki kepopularan. Seperti rancangan Idol yang lain, pemenang adalah ditentukan oleh orang ramai. Siri Malaysian Idol mendapat sambutan kerana peminat dari Malaysia tertarik dengan siri American Idol yang mana telah diperkenalkan beberapa tahun sebelumnya. Malaysian Idol telah dipancarkan kepada penonton Malaysia melalui 8TV dan TV3.

Beberapa peserta terakhir Malaysian Idol telah menjadi selebriti kerana mereka mempunyai pengikut setia sendiri yang mengikuti mereka semasa menjadi peserta Malaysian Idol.

Umum[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya, pertandingan Malaysian Idol mengikut konsep siri Idol. Peserta yang bercita-cita untuk menjadi penyanyi mendaftarkan diri, dan menjalankan uji bakat pada peringkat saringan di hadapan tiga orang pengadil. Calon akan diterima atau disingkirkan oleh para pengadil pada pusingan seterusnya. Peringkat seterusnya, peserta Idol akan membuat persembahan secara bersendirian dan berkumpulan, dan akan meneruskan satu lagi pusingan penyingkiran (seperti yang diputuskan oleh Pengadil). Fasa seterusnya melibatkan minggu persembahan dihadapan penonton seluruh negara melalui siaran televisyen, dan peserta yang memiliki undian paling sedikit akan dikeluarkan daripada pertandingan (setelah mengira undian yang dihantar oleh penonton melalui SMS dan pangilan telefon untuk setiap minggu. Proses ini akan berterusan sehingga johan Malaysian Idol terpilih pada malam Grand Finalé.

Pengacara[sunting | sunting sumber]

Paul Moss, salah seorang juri dalam Malaysian Idol

Musim pertama diacarakan oleh Soo Kuei Jien ("Jien") dan Sharifah Aleya. Bagaimanpun musim kedua, Jien digandingkan dengan Cheryl Samad.

Pengadil Malaysian Idol[sunting | sunting sumber]

Tiga Pengadil, dua pengadil lelaki dan seorang pengadil perempuan (seperti format untuk pengadil American Idol) untuk pertandingan Malaysian Idol. mereka terdiri daripada:

  • Paul Moss - penulis lirik, produser, artis syarikat rakaman Positive Tone & direktor (A&R)
  • Roslan Aziz - pemuzik, produser album, penulis lirik
  • Fauziah Latiff - penyanyi, pelakon

Sinopsis Musim[sunting | sunting sumber]

Musim 1[sunting | sunting sumber]

Finalis Malaysian Idol
(dengan tarikh penyingkiran)
Musim 1
Jaclyn Victor (Jac) Juara
Faradina Mohd. Nadzir (Dina) 10 Oktober
Vick Teo 3 Oktober
Andrew Tan 26 September
Mohd Saipul 19 September
Nicolette Palikat (Nikki) 12 September
Ahmad Zamil 5 September
Victor Lee 29 Ogos
Mohd. Fahmy 22 Ogos
Rydiana Abdul Rahim 22 Ogos
Sufiah Mohamed Noor 15 Ogos
Fazdli Zainal 15 Ogos

Seramai 13,000 orang penduduk Malaysia menguji nasib mereka untuk memasuki arena muzik tempatan dengan menghadiri uji bakat di empat lokasi di negara (Pulau Pinang, Kuching, Johor Bahru dan Kuala Lumpur). Daripada bilangan peserta yang besar ini, hanya 33 dilayakkan memasuki pertandingan untuk meraih sokongan penonton. Empat minggu pusingan workshop (termasuk satu pusingan wildcard) dilalui mereka sebelum dikurangkan lagi kepada 12 orang di peringkat akhir.

Pada 9 Oktober 2004, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai Malaysian Idol pertama sementara pada tempat kedua Faradina Mohd. Nadzir (Dina) di Arena of Stars, Genting Highlands. Lagu kemenangan Malaysian Idol adalah "Gemilang", ditulis oleh direktor muzik Malaysian Idol iaitu Aubrey Suwito.

Saat paling getir dalam pusingan akhir (atau Spectaculars), seperti yang dianggap oleh para penonton, adalah yang mana Jaclyn Victor yang dianggap sebagai yang paling berbakat mengalami igauan nyaris tersingkir sebanyak dua kali sepanjang pertandingan, iaitu sewaktu penyingkiran di minggu kelima dan ketujuh pusingan tersebut. Pada minggu kelima, Nicolette Palikat yang juga meraih pujian kerana teknik "bersiul" ketika melaungkan not yang tinggi (ala Mariah Carey) yang mengagumkan, tersingkir daripada pertandingan, melengkapkan isu pertikaian yang melanda rancangan ini bagi tempoh seminggu.

Penyertaan Victor, Saiful dan Andrew dalam pertandingan ini dianggap sebagai yang paling kerap dipertikai oleh sesetengah penonton yang dikatakan amat peka kepada bakat nyanyian, kerana vokal mereka yang lemah atau kaku yang menjadikan persembahan mereka kelihatan tidak bersemangat.

Musim 2[sunting | sunting sumber]

Kali ini 9,000 orang mencuba nasib, bilangan yang kurang berbanding musim lalu. Daripada mereka 24 orang terpilih untuk muncul di kaca TV untuk meraih undian melalui empat minggu workshop sebelum dikurangkan kepada 11 orang untuk memasuki peringkat akhir.

Finalis Malaysian Idol
(dengan tarikh penyingkiran)
Musim 2
Daniel Lee Chee Hun Juara
Norhanita binti Hamzah 24 September
Farah Asyikin binti Zulkifli 17 September
Faizull Herman bin Mohamad Yahya 10 September
Ashvin Nair 3 September
Adam bin Ali 27 Ogos
Tengku Hamisah Zaharah
binti Tengku Zaimi
(Xerra)
20 Ogos
Wong Shau Fui (Ejay) 13 Ogos
Azam bin Yaakob 6 Ogos
Atilia binti Sarani 30 Julai
Tricia Priscilla d'Cruz (Trish) 30 Julai

Juara Malaysian Idol pada tahun 2005 adalah Daniel Lee Chee Hun (Daniel) yang mengalahkan Norhanita Hamzah (Nita). Persembahan terakhir diadakan pada 23 September 2005 dan keputusan telah disiarkan pada 24 September 2005 di Arena of Stars Genting Highlands. Lagu pemenang musim kedua adalah "Mimpi", ditulis oleh Pot Amir, salah seorang ahli band Innuendo.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Walaupun berjaya meningkatkan bilangan penonton berbanding musim pertama (mengikut kajian media), musim kedua Malaysian Idol menerima pelbagia kritikan mengenai mutu para pesertanya, terutamanya juaranya Daniel Lee Chee Hun yang dikutuk oleh sebilangan orang sebagai tidak berbakat dalam nyanyian dan bergantung kepada paras rupanya yang "comel" untuk meraih undian oleh gadis muda. Bagaimanapun, Daniel dan peminatnya menghadapi cabaran tersebut dengan jualan album yang laris.

Kontroversi yang menyelubungi MI tidak bermula di situ. Antara pertikaian yang terawal ialah penyingkiran Lee Kar Wei, seorang peserta perempuan yang terpuji kerana "nyanyiannya yang sangat bagus", di pusingan saringan sebelum bermulanya pertandingan, menyebabkan sebilangan penonton mempersoal kredibiliti dan profesionalisme para juri.

Di pertandingan meraih undian pula, timbulnya keresahan antara sebahagian penonton setia yang mendapati bukan sahaja para peserta mempersembahkan lagu-lagu secara tidak konsisten, malah penyertaan peserta seperti Faizull dan Daniel kuat tercabar oleh orang awan yang meninggalkan pesanan di laman Internet, tambahan pula terjadinya penyingkiran awal peserta yang dianggap mereka sebagai paling bermutu, seperti Atilia, Trish dan Xerra.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]