Waktu Piawai Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Malaysian Standard Time)
Waktu Piawai Malaysia atau Malaysian Standard Time merupakan waktu piawai yang digunakan di Malaysia. Ia 8 jam di hadapan GMT atau UTC di United Kingdom.
Sejarah pertukaran waktu [sunting]
Di Semenanjung Malaysia:
- Sebelum 1880, mengikut waktu min tempatan Kuala Lumpur, 6j 46m 48s lebih cepat dari GMT. Selepas itu, 6j 55m 24s (mengikut waktu Singapura).
- Selepas 31 Mei 1905, dipiawaikan oleh British ke +7:00 GMT (Waktu Malaya).
- Selepas 31 Disember 1932, dipercepatkan 20 minit untuk memanjangkan waktu siang.
- Bermula 1 September 1941, dipercepatkan lagi 10 minit menjadi +7:30 GMT.
- Bermula 16 Februari 1942, dipercepatkan dua jam mengikut waktu Tokyo, disebabkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
- Bermula 13 September 1945, diselaraskan semula sama seperti 1941.
- Bermula 1 Januari 1982, dipercepatkan 30 minit untuk diseragamkan dengan waktu Sabah dan Sarawak dan kemudian dipanggil 'Waktu Piawai Malaysia'.
Di Malaysia Timur:
- Sehingga Mac 1926, Sarawak mengikut waktu min tempatan Kuching, 7j 21m 20s lebih cepat dari GMT. Borneo Utara pula mengikut waktu min tempatan Jesselton. Selepas itu diselaraskan menjadi +7:30 GMT (Waktu Borneo).
- Pada awal 1933, dipercepat 30 minit menjadi +8:00 GMT.
- Waktu musim panas diperkenalkan antara 14 September dan 14 Disember, masa ketika ini dipercepat 20 minit.
- Bermula 1942, mengikut waktu piawai Tokyo +9:00 GMT akibat pendudukan Jepun.
- Bermula September 1945, diselaraskan semula sama seperti 1933, tetapi tanpa waktu musim panas.
- Pada 1 Mei 1982, waktu +8:00 GMT ini dipanggil 'Waktu Piawai Malaysia'.
Pautan luar [sunting]
|
||||||||