Malaysian University English Test
Malaysian University English Test (MUET) atau Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia ialah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia. Ia turut diterima sesetengah universiti di Singapura.
Pelajar berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang memohon masuk untuk mengikuti ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mengambil ujian MUET. Ujian ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Ujian ini diadakan 2 kali setahun. Pelajar boleh memilih sama ada hendak mengambil ujian ini pada pertengahan atau akhir tahun. Pendaftaran untuk ujian pertengahan tahun dibuka pada pertengahan bulan Januari dan ditutup pada awal bulan Februari, manakala pendaftaran untuk ujian akhir tahun pula dibuka pada awal bulan Mei dan ditutup pada awal bulan Julai.
Calon ujian ini hendaklah membuat pendaftaran di sekolah/institusi masing-masing. Bagi calon persendirian dan calon lain, mereka boleh membuat pendaftaran hendaklah dibuat di mana-mana pejabat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Borang pendaftaran boleh diperoleh di JPN dengan harga RM2.00 satu set. Yuran ujian pula ialah sebanyak RM 50.00. Terdapat juga sebuah buku yang mengandungi peraturan dan skema ujian, sukatan pelajaran dan soalan contoh diterbitkan dan boleh dibeli oleh calon.
Isi kandungan |
[sunting] Syarat kemasukan
- Ujian ini ditawarkan kepada calon yang telah menduduki mana-mana satu daripada yang berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia
- Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
- Malaysia Certificate of Education
- Federation of Malaya Certificate of Education
- Cambrige School Certificate
- Pendidikan selama 10 tahun yang setaraf dengan O-Level
- Calon yang telah menduduki peperiksaan selain daripada yang disenaraikan di atas perlu terlebih dahulu memperoleh kebenaran daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.
[sunting] Komponen ujian
- 800/1 - Listening
- 800/2 - Speaking
- 800/3 - Reading Comprehension
- 800/4 - Writing
Markah maksimum bagi setiap komponen ialah 45 untuk Listening dan Speaking, 135 untuk Reading Comprehension dan 75 untuk Writing, menjadikan jumlah keseluruhan 300 markah. Markah calon kemudian akan dibahagikan kepada 6 jalur gred, dengan Jalur 6 yang tertinggi dan Jalur 1 terendah.
[sunting] Keputusan
Calon sekolah/institusi boleh mengambil penyata keputusan ujian MUET mereka dari sekolah/institusi masing-masing, manakala calon persendirian individu dari Jabatan Pendidikan Negeri.