Malaysiantalents.com

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaysiantalents.com
GenreDrama, komedi
Dibangunkan oleh
Popiah Pictures
Dibintangi oleh
Douglas Lim
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Inggeris
Bilangan musim1
Bilangan episod(Senarai episod)
Penerbitan
Tempoh siaranLebih kurang 4 minit per episod
Penyiaran
Saluran asalgua.com.my
Siaran asal15 Januari 200820 Mac 2008
Pautan luar
Laman sesawang

malaysiantalents.com ialah sebuah agensi pencarian bakat seni di Malaysia, dan juga tajuk bagi siri televisyen Internet yang merakamkan kegiatan-kegiatan agensi ini, serta siri Internet utama kedua yang dikeluarkan di portal hiburan gua.com.my selepas Kerana Karina. Dalam siri yang diilhamkan daripada siri televisyen British The Office ini, Douglas Lim selaku ketua pegawai eksekutif dan pengarah kesenian agensi ini mempelawa sebilangan orang artis untuk mengambil perkhidmatan agensi beliau. Sunnguhpun agensi ini benar-benar wujud, namun siri Internetnya dibikin dengan panduan skrip.[1] malaysiantalents.com bermula siarannya pada 15 Januari 2008.

Agensi malaysiantalents.com (di dunia sebenar) adalah milik Skyline Productions Sdn. Bhd.

Plot[sunting | sunting sumber]

Dalam siri Internet ini, Douglas Lim digambarkan sebagai seorang "bos" yang licik, berlagak dan syok sendiri. Dia mempunyai beberapa orang pelatih di samping banyak artis yang menyertai agensi beliau. Ramai artis yang pernah bertemu dengan Douglas kurang senang hati dengan sikap, perangai dan cara pemikiran Douglas.

Episod[sunting | sunting sumber]

# Tajuk Tarikh keluaran Sinopsis
1 15 Januari 2008 Douglas Lim memulakan operasi agensi beliau dan bakat pertama yang menyertai agensi itu ialah Elaine Daly.
2 17 Januari 2008 Douglas meandatangani pelakon teater Gavin Yap dan mengenakan ujian-ujian yang "getir" kepadanya.
3 22 Januari 2008 Vick Teo (bekas peserta Malaysian Idol) menjadi penyanyi pertama yang menyertai agensi ini.
4 24 Januari 2008 Pejabat agensi terbakar tetapi Douglas kelihatan gembira kerana berpeluang "menunjuk-nunjuk keberaniannya" lalu menjelikkan Razif Hashim.
5 29 Januari 2008 Douglas membuka kelas pemajuan artis dan menjemput Baki Zainal menyertainya.
6 31 Januari 2008 Douglas cuba menempah perkhidmatan dan bilik hotel Baki dengan cara yang agak keterlaluan.
7 Feng Shui (bhg 1) 5 Februari 2008 Douglas mempelajari ilmu feng shui untuk menyerikan perniagaanya, dan mungkin ini berhasil apabila Nell Ng tiba dan hubungan antara mereka lancar.
8 Feng Shui (bhg 2) 7 Februari 2008 Nell membawa sepasang ikan emas ke dalam pejabat. Douglas tidak sengaja menjatuhkan telefon bimbit Nell ke dalam takung ikan.
9 The Big Walk (bhg 1) 12 Februari 2008 Douglas sedang berlatih untuk the Malay Mail Big Walk di mana beliah diundang sebagai peserta selebriti.
10 The Big Walk (bhg 2) 14 Februari 2008 Douglas mendapat tahu Tony Eusoff merupakan juara bertahan Big Walk dan hendak mencabarnya di perlumbaan kelak, maka Douglas bersedia dengan taktik-taktik kotor.
11 Personal Assistant (bhg 1) 19 Februari 2008 Alvin Wong menasihati Douglas agar mencari seorang pembantu peribadi (PA). Davina Goh, seorang anak murid Douglas, memohon untuk menjadi PA Douglas tetapi memberikan gambaran yang kurang meyakinkan.
12 Personal Assistant (bhg 2) 21 Februari 2008 Davina membuat kesilapan besar dalam urusan dengan Alvin. Douglas meradang lalu mengarah PA-nya bergegas ke tempat klie untuk membetulkan semuanya.
13 The Exodus (bhg 1) 26 Februari 2008 Douglas mengadakan senaman bernafas untuk anak muridnya tetapi Davina mengalami serangan asma. Chew Kin Wah datang untuk menyelamatkan keadaan.
14 The Exodus (bhg 2) 28 Februari 2008 Kin Wah "merampas" anak murid Douglas ke sekolah lakonan beliau, lalu menjejaskan perniagaan Douglas, tetapi dalam sekelip mata, nasib Douglas berubah.
15 The Coffee Incident (bhg 1) 4 Mac 2008 Davina cuba menjual kopi kepada kawan-kawannya tetapi mereka pula menunjuk ragam, akhirnya majikannya yang membeli sebungkus. Charmaine Poo datang menjemput Douglas untuk menemaninya ke tayangan perdana filem baru.
16 The Coffee Incident (bhg 2) 6 Mac 2008 Douglas terpaksa memakai sarung untuk melitupi bonjol di kakinya. Apabila anak muridnya bertanya mengapa, lakonan Melayu tradisional alasannya.
17 The Musical (bhg 1) 11 Mac 2008 Agensi malaysiantalents.com menghadapi kelembapan perniagaan dan kemelut kewangan, sehingga akhirnya tercetusnya idea membikin muzikal untuk mencerahkan keadaan.
18 The Musical (bhg 2) 13 Mac 2008 Chelsia Ng turut serta dalam rancangan muzikal Douglas sebagai penyeri pembukaan restoran terbaru beliau. Chelsia merayu Douglas agar menukar skrip dan meningkatkan peranan beliau.
19 The Decision (bhg 1) 18 Mac 2008 Chelsia tiba-tiba membatalkan rancangannya, memaksa agensi untuk mencari jalan lain.
20 The Decision (bhg 2) 20 Mac 2008 Joanna Bessey menerima tawaran untuk ke Hollywood lalu menggesa Douglas agar menutup malaysiantalents.com. Namun Douglas tekad untuk meneruskan agensi ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Li Eee Kee (2008-01-15). "Behind the Scenes into Malaysiantalents.com". gua.com.my.[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]