Malek Noor
Datuk Abdul Malek Mohamed Noor merupakan jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak 6 kali . Beliau pernah menjadi pelakon beberapa filem seperti Ujang pada 1980-an. Beliau berasal dari Batu Pahat,Johor.
Terbaru, pada 15 September 2009, Datuk Malek Noor terlibat dalam program Trek Selebriti di Astro Ria. Beliau pandai memasak, walaupun bukan tukang masak. Antara resepi terbarunya ialah tomyam air kelapa.
Isi kandungan |
[sunting] Jaguh bina badan
Antara pingat yang diraih oleh Datuk Malek Noor ialah :
- Mr. Universe Heavyweight Finalist (2 kali)
- Mr Asia Heavyweight (6 kali)
- Mr. ASEAN Heavyweight (4 kali)
- Mr. Malaysia Heavyweight (6 kali)
- Olahragawan Negara Malaysia 1986 dan 1990
- Pingat emas Personaliti sukan Benson and Hedges 1985
- Ahli Mangku Negara (AMN) 1986
- Sultan Ibrahim (PIS) 1986
- Legendary Sportsman of Malaysia
- Coca-Cola Olympian tahun 2007
Antara pertandingan yang disertainya ialah :
- 1985 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
- 1986 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
- 1987 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
- 1988 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
- 1989 : South East Asian Games - IFBB, HeavyWeight, 2nd
- 1990 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
- 1991 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st [1]
Persatuan Bina Badan Malaysia (PBBM) mencari ikon baru setelah Datuk Malek Noor mengundurkan diri dari bina badan. Seorang juara bina badan haruslah bijak menguruskan pemakanan seharian. Institut Sukan Negara (ISN) sedia memberikan khidmat pemakanan. Malek mempunyai Diploma Pemakanan Fizikal dari Weider College, Kanada dan juga memiliki Sijil Kejurulatihan Bina Badan daripada Persekutan Bina Badan Asian.[2]
[sunting] Bidang lakonan
Tubuh sasa beliau membolehkan beliau dijemput berlakon dalam beberapa filem di Malaysia . Watak yang dipegangnya sesuai tubuh badannya. Filem yang dilakonkannya ialah Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu Pemburu Bayang dan Sahabat (1999).
Malek juga pernah menghasilkan sebuah album pada 1990-an. Dalam teledrama Damak, beliau memegang watak tok guru yang handal bersilat. Drama ini diarahkan oleh Zulkiflie M Osman.
[sunting] Perniagaan
Beliau menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Beliau juga pengarah eksekutif Universal Fitness and Leisure (UFL) . Menerusi perniagaan ini beliau telah merantau seluruh Amerika Syarikat dan Hong Kong selama lebih 30 tahun. Kini beliau menjual syer dalam syarikat KK Design kerana tidak berhajat menetap di Hong Kong. Semasa di Denver, Amerika Syarikat Malek melihat pelbagai bentuk kepercayaan .
Berkat perniagaan yang diceburinya membolehkan beliau menderma kepada pelakon Allahyarham Yusni jaafar, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Santokh Singh dan bekas atlet olahraga kebangsaan, Ishtiaq Mubarak dan lain-lain.
[sunting] Bertaubat
Pada 2008, Malek Noor membuang semua piala yang dimenanginya. Beliau berpendapat semua piala berbentuk patung itu menjejaskan keimanannya selama ini. Semua ini bermula pada 2002 ketika mendengar azan maghrib di penthaouse, berhadapan KLCC. Selepas itu beliau ke Jalan Masjid India untuk membeli al Quran. Beliau juga bermimpi bertemu dengan ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan sujud di hadapan Kaabah.[3][4]