Man Bai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Man Bai
Man Bai bersama gitarnya.
Latar belakang
Nama lahirAbdul Rahman bin Osman
Kelahiran (1967-11-30) 30 November 1967 (umur 56)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
GenreRock, pop rock
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, penulis lirik, penerbit rakaman, penggubah lagu, pelakon
InstrumenVokal, Gitar
Tahun aktif1981–kini
Syarikat rakaman
Rahim Othman Productions (ROP) : 1987-1990)
Roslan Aziz Productions : 1991-2000
Pengkarya berkait
Kumpulan Gersang

Man Bai (lahir Abdul Rahman bin Osman; 30 November 1967) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia bermula sejak 1980-an. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan Gersang.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Man Bai sudah berkahwin. Pada Oktober 2014, beliau mendedahkan isterinya pernah menjalin hubungan dengan seorang lelaki warga Singapura selama lebih empat tahun.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya Man Bai menyertai kumpulan Gersang yang dibentuk pada tahun 1981. Selepas melalui beberapa cabaran, kumpulan Gersang mula menjulang nama di pentas muzik tempatan dengan album Gersang pada tahun 1988.

Selepas album ketiga Gersang yang berjudul B29 (1989), Man Bai berhadapan dengan cabaran apabila menghidap penyakit tonsil yang agak serius dan memerlukan pembedahan. Beliau kemudiannya berehat selama hampir enam tahun.

Setelah pulih dari penyakit tonsil, beliau mula mencipta nama sebagai penyanyi solo dengan lagu hit Kau Ilhamku pada tahun 1995.[3][4]

Beliau bekerja dengan Roslan Aziz Productions dari tahun 1991 hingga 2000.[5]

Kerjaya filem[sunting | sunting sumber]

Kerjaya filem Man Bai bermula apabila beliau menerima tawaran berlakon dalam filem Layar Lara arahan Shuhaimi Baba lakonan Ida Nerina. Persembahan beliau dalam filem ini melayakkannya memenangi Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia pada 1997.

Beliau juga berlakon bersama M. Nasir dan Tiara Jacquelina dalam filem Puteri Gunung Ledang arahan Saw Teong Hin.[6]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album bersama Gersang[sunting | sunting sumber]

  • Masih Aku Terasa (1987)
  • Suratan Takdir (1988)
  • B29 (1989)

Album solo[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1997 Layar Lara Daud Filem pertama
2000 Syukur 21 Salleh
2002 Cinta 200 Ela Amri
Ah Loke Kafe
2004 Puteri Gunung Ledang Iqbal
2007 1957: Hati Malaya Tun Hussein Onn
2018 Busker Nasir Jani Penampilan khas

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1996 Anugerah Industri Muzik 1996 Penyanyi Lelaki Solo Terbaik Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fighting fit, By N. RAMA LOHAN, Friday August 12, 2011[pautan mati kekal]
  2. ^ Man Bai dedah isteri jalin skandal dengan lelaki Singapura sejak 2008 Oh! Bulan (1 Disember 2014). Dicapai pada 1 Januari 2015.
  3. ^ Kosmo! Staff (19 November 2015). "Nafas baharu Kau Ilhamku". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-23. Dicapai pada 2016-01-31.
  4. ^ Zaidi Mohamad (19 November 2015). "Artis popular rakam balik lagu Kau Ilhamku". Berita Harian. Dicapai pada 2016-02-09.
  5. ^ Man Bai pernah jadi kru RAP Harian Metro (18 Mac 2018). Dicapai pada 18 Mac 2018.
  6. ^ "Tidak bercinta dengan Hang Tuah". Utusan. 7 May 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-21. Dicapai pada 7 May 2016.
  7. ^ Man Bai buat ‘comeback’ dengan Inspirasi, myMetro, 2011/06/23

Pautan luar[sunting | sunting sumber]