Mandarin 7

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mandarin 7
FormatBerita
PengacaraChan Wei Wei
Chew Siew Yeong
Lim She Ting
Lissa Yang Li Sha
Low Xiang Ling
Summer Ang Mei Ling
Too Wen Jye
Negara asalMalaysia
BahasaMandarin
Penerbitan
Tempoh siaran30 minit, dua kali sehari (2008 - 2018)
1 jam (1 Jun 2018 - 7 Jun 2020)
Penyiaran
Saluran asalntv7
Format gambarSDTV
Siaran asal1 Mac 2006 – 7 Jun 2020

Mandarin 7 (Cina ringkas: ntv7华语新闻pinyin: ntv7 Huáyǔ Xīnwén) (dahulunya dikenali sebagai ntv7 Mandarin News, Edisi Mandarin, MNN Mandarin) merupakan rancangan berbentuk berita dan informasi terkini dari dalam dan luar negara. Rancangan berita ini disiarkan dalam bahasa Cina. Turut dimuatkan adalah perkembangan ekonomi, sukan dan hiburan. Pada 8 Jun 2020, Mandarin 7 telah digabungkan sebagai 8TV Mandarin News.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mandarin 7 menemui penonton pada setiap hari pada pukul 5:30 hingga 6:00 petang (5:35 hingga 6:00 petang antara 5 Mac hingga 31 Mei 2018) dan 10:30 hingga 11:00 malam di ntv7. Namun sejak pada 1 Jun 2018, kedua-dua waktu siaran ini digabungkan dan disiarkan selama satu jam dari pukul 5:00 hingga 6:00 petang.

Manakala Global Watch merupakan rancangan berbentuk berita dan informasi terkini dari luar negara khas untuk penonton berbahasa Cina bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 12:00 hingga 12:30 tengah malam. Global Watch bagaimanapun menamatkan penyiarannya di ntv7 pada 1 Mac 2018. Ia dipindahkan ke 8TV untuk siaran pada 30 April sehingga 31 Disember 2019, namun bersiaran pada 11:30 malam hingga 12:00 tengah malam, dan mengekalkan siaran setiap Isnin hingga Khamis, walaupun waktu siaran mungkin berbeza.

Mandarin 7 telah menamatkan penyiarannya pada 7 Jun 2020.[1]

Pada 8 Jun 2020, Mandarin 7 telah digabungkan sebagai 8TV Mandarin News yang bersiaran selama 1 jam bermula 8:00 - 9:00 malam.

Grafik Mandarin 7 (2011)

Penyampai berita[sunting | sunting sumber]

Sebelum penamatan[sunting | sunting sumber]

Berpindah ke 8TV Mandarin News.

  • Chan Wei Wei
  • Chew Siew Yeong
  • Lim She Ting
  • Lissa Yang Li Sha
  • Low Xiang Ling
  • Summer Ang Mei Ling
  • Too Wen Jye
  • Brandon Chan Ee Kiat
  • Cai Xin Yee
  • Chee Kah Teik
  • Fang Ruoqi
  • Goh Wee Bing
  • Hoo Kien Biao
  • Hoo Xiao Ping
  • Huang Yingying
  • Lee Siad Huey
  • Low Zi Xian
  • Melissa Ong (kini bersama Bernama TV)
  • Ong Ching Yee (kini bersama 8TV)
  • Ooi Choong Han
  • Peh Kien Min
  • Tan Ley Teng
  • Tan Yan Ni
  • Tiang Kah Chee
  • Yeo Yu Li
  • Ivan Toh (kini bersama Berita RTM)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]