Mandi bunga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mandi bunga merupakan satu amalan yang diamalkan secara meluas dikalangan masyarakat Melayu. Tujuan mandi bunga adalah bagi memulih dan meningkatkan minda, semangat dan fizikal seseorang.[1]

Mandi bunga diamalkan bagi pelbagai tujuan dari menaikan semangat seseorang yang akan menjalani ujian persilatan [2], memulih semangat seseorang yang mengalami kejutan, sehingga memulih dan menaik seri seseorang yang mencari jodoh. [3].

Di negara barat, amalan aromaterapi pula menjadi amalan yang boleh dikatakan memainkan peranan yang hampir sama dengan mandi bunga dikalangan masyarakat Melayu.

Dari segi kajian moden[sunting | sunting sumber]

Dari segi amalan perubatan moden, amalan mandi bunga tidak dianggap memberi sebarang perubahan fizikal, kecuali bagi menambah keyakinan diri (self esteem). Ia bertujuan menambah keyakinan seseorang dengan itu akan lebih yakin untuk melalui sebarang cabaran dari melalui ujian sehingga untuk bergaul dengan lebih mesra.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. The message & the monsoon: Islamic art of Southeast Asia : from the collection of the Islamic Arts Museum Malaysia
  2. Shadows of the Prophet: Martial Arts and Sufi Mysticism
  3. Asian cinema: a publication of the Asian Cinema Studies Society, Volumes 6-7