Mangsa serangan 11 September 2001

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Serangan pengganas 11 September 2001 menyebabkan seramai 2,996 orang maut, termasuk 19 orang penyerang dan 2,977 orang mangsa.[1] Mangsa-mangsa terdiri daripada yang berikut: 246 di keempat-empat pesawat (dan tiada yang terselaamt), 2,606 di Bandar Raya New York baik di dalam menara mahupun di darat, dan 125 lagi di Pentagon.[2][3] Kesemua korban dalam serangan itu ialah orang awam, kecuali 55 kakitangan tentera yang terbunuh di Pentagon.[4]

Lebih 90 buah negara kehilangan warganegaranya di World Trade Center.[5] Pada tahun 2007, pejabat pemeriksaan perubatan Bandar Raya New York menambahkan Felicia Dunn-Jones ke dalam jumlah kematian rasmi serangan 11 September. Dunn-Jones meninggal pada Februari 2002 akibat masalah paru-paru yang disebabkan oleh debu yang terlepas oleh Pusat Dagangan Dunia.[6] Leon Heyward, yang mati akibat limfoma pada 2008, ditambahkan ke dalam jumlah kematian rasmi pada tahun 2009.[7]

Kematian[sunting | sunting sumber]

World Trade Center[sunting | sunting sumber]

Sebelum Menara Berkembar runtuh, kira-kira 200 orang melompat keluar berani mati daripada bangunan yang terbakar itu, lalu mendarat atas jalanan dan bumbung bangunan berdekatan dari ratusan kaki tingginya.[8] Menurut saksi, sesetengah mereka yang jatuh dari menara itu kelihatan jatuh bergolek atau melompat keluar dari tingkap yang pecah.[8] Sesetengah penghuni yang berada di atas kawasan hempasan di setiap menara bergegas ke arah tingkat bumbung dengan harapan diselamatkan oleh helikopter, tetapi pintu ke bumbung dikunci. Pegawai Lembaga Pelabuhan cuba membuka kunci pintu itu tetapi dihalang oleh sistem. Apatah lagi, aasap yang tebal dan haba yang melampau mungkin menyukarkan pendaratan helikopter.[9]

Cantor Fitzgerald L.P., sebuah bank pelaburan di tingkat 101–105 1 World Trade Center, kehilangan 658 orang kakitangan, iaitu jauh lebih ramai daripada mana-mana majikan yang lain.[10] Marsh Inc. yang terletak di bawah Cantor Fitzgerald sahaja di tingkat 93–101 (lokasi terhempasnya Penerbangan 11), kehilangan 355 orang kakitangan dan pakar runding, sementara Aon Corporation pula hilang 175 orang pekerja.[11] Risk Waters sedang mengadakan persidangan "Windows on the World" ketika serangan berlaku, dihadiri 81 orang.[12][13]

John P. O'Neill ialah seorang bekas pembantu pengarah FBI yang membantu dalam penangkapan Ramzi Yousef, dan ketua keselamatan World Trade Center sewaktu beliau terkorban ketika cuba menyelamatkan orang dari Menara Selatan.[14] 24 orang lagi masih disenaraikan sebagai hilang.[15]

Purata usia mangsa korban di New York adalah 40 tahun.[16] Semuamangsa yang maut termasuk 8 kanak-kanak: iaitu 5 dalam American 11 yang berusia 3 hingga 11, dan 3 dalam United 175 yang berusia 2, 3, dan 4 tahun.[17] Mangsa termuda ialah kanak-kanak 2 tahun dalam Penerbangan 175, sementara yang tertua adalah berusia 82 tahun dalam Penerbangan 11. Di dalam bangunan pula, mangsa termuda berusia 17 tahun dan yang tertua pula 79 tahun.[18]

Purata jumlah orang dalam World Trade Center pada hari kerja yang biasa sebelum 11 September ialah 50,000.[19] Bilangan orang yang benar-benar di dalam World Trade Centre pada masa serangan pula lebih sukar dianggarkan.

Pentagon[sunting | sunting sumber]

Daripada 125 mangsa di Pentagon, 70 ialah orang awam dan 55 lagi kakitangan tentera.[20] Leftenan Jeneral Timothy Maude merupakan pegawai tentera berpangkat tertinggi yang dibunuh di Pentagon.[21]

Mangsa luar negara[sunting | sunting sumber]

Selain kira-kira 2,977 mangsa Amerika Syarikat, turut terkorban dalam tragedi ini ialah 372 warganegara asing (tidak termasuk 19 penyerang), iaitu hanya kira-kira 12% jumlah kematian. Berikut ialah senarai kewarganegaraan mereka (tidak diambil kira beberapa warganegara duaan). Negara luar yang paling ramai mangsa ialah United Kingdom dengan 67 orang (termasuk wilayah Bermuda). Republik Dominika 47, India hilang 41 orang; Yunani 39; Korea Selatan 28; Kanada dan Jepun masing-masing 24, Guyana 21, Colombia 18; Jamaica, dan Filipina masing-masing 16; Mexico 15, Trinidad dan Tobago 14, Ecuador 13; Australia dan Jerman masing-masing 11, Italy pula 10 orang, dan Pakistan pula 8 orang.


Negara Jumlah kematian
 Albania 3
 Antigua dan Barbuda 3
 Argentina 4 [22]
 Armenia 4
 Australia 11
 Bangladesh 6
 Belarus 1 [23]
 Belgium 1
Brazil 3 [24]
 Kanada 24 [25][26]
Chile 3
 Republik Rakyat China 3
Côte d'Ivoire 1
 Colombia 17
 Republik Demokratik Congo 2
 Republik Dominika 47
 El Salvador 2
Mesir 1
 Ecuador 3
 Habsyah 2
 Perancis 3
 Jerman 11
 Ghana 2
 Yunani 39
 Guyana 21
 Haiti 2
 Honduras 1
 India 41 [27]
 Indonesia 1[28][29]
 Republik Ireland 6 [30]
 Israel 5 [31]
 Itali 10 [32]
 Jamaica 16
 Jepun 24 [33]
 Jordan 2 [34][35][36]
 Kazakhstan 1
 Kenya 1
 Lubnan 3
 Lithuania 1
 Malaysia 3
 Mexico 15
 Moldova 1
 Belanda 1
 New Zealand 2
 Nigeria 1
Pakistan 8
 Peru 5
 Filipina 16
 Portugal 5 [37]
 Poland 6
 Romania 3
Rusia 1
 Afrika Selatan 2
Korea Selatan 28
 Sepanyol 1
 Sweden 1
  Switzerland 2
 Republik China (Taiwan) 1
 Thailand 1
 Trinidad dan Tobago 14
Turki 1
 Ukraine 1
United Kingdom 67* [38][39]
 Uruguay 1
 Uzbekistan 1
 Venezuela 1

Pengenalpastian forensik[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 2,752 sijil kematian difailkan berhubungan serangan 9/11,[40] setakat Februari 2005. Daripada itu, 1,588 (58%) dikenal pasti secara forensik daripada saki-baki manusia yang dijumpai semula.[41][42] Associated Press melaporkan bahawa pihak bandaraya mempunyai "kira-kira 10,000 cebisan tulang dan tisu tak dikenal pasti yang tidak boleh dipadankan dengan senarai mangsa yang maut."[43]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lost lives remembered during 9/11 ceremony". The Online Rocket. 12 September 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-16. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  2. ^ "Accused 9/11 plotter Khalid Sheikh Mohammed faces New York trial". CNN. 13 November 2009. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  3. ^ "First video of Pentagon 9/11 attack released". CNN. 16 Mei 2006. Dicapai pada 10 September 2006.
  4. ^ Stone, Andrea (20 Ogos 2002). "Military's aid and comfort ease 9/11 survivors' burden". USA Today. Dicapai pada 20 Mei 2008.
  5. ^ Walker, Carolee (11 September 2006). "Five-Year 9/11 Remembrance Honors Victims from 90 Countries". United States Department of State. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-15. Dicapai pada 18 Mei 2008.
  6. ^ DePalma, Anthony (24 Mei 2007). "For the First Time, New York Links a Death to 9/11 Dust". The New York Times.
  7. ^ Foderaro, Lisa W. (September 2009). "9/11's Litany of Loss, Joined by Another Name". New York Times. Dicapai pada 12 September 2009.
  8. ^ a b Cauchon, Dennis and Martha Moore (2 September 2002). "Desperation forced a horrific decision". USATODAY. Dicapai pada 2006-09-09.
  9. ^ "Poor Info Hindered 9/11 Rescue". CBS News. May 18, 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-25. Dicapai pada 2006-09-11.
  10. ^ "Cantor rebuilds after 9/11 losses". BBC. 4 September 2006. Dicapai pada 20 Mei 2008.
  11. ^ Siegel, Aaron (11 September 2007). "Industry honors fallen on 9/11 anniversary". InvestmentNews. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-14. Dicapai pada 13 Jun 2011.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  12. ^ Citizens of the World, on Time for a Meeting in Harm's Way, The New York Times, September 11, 2001
  13. ^ Field, Peter,Remembering September 11 The Day I’ll Never Forget Diarkibkan 2008-04-10 di Wayback Machine, Risk Waters
  14. ^ "FBI terrorist fighter's body found at WTC". CNN. 22 September 2002. Dicapai pada 2007-04-16.
  15. ^ "24 Remain Missing". September 11 Victims. 12 Ogos 2006. Dicapai pada 2006-09-07.
  16. ^ Beveridge, Andrew. "9/11/01-02: A Demographic Portrait Of The Victims In 10048". Gotham Gazette.
  17. ^ Lynne, Diana (December 21, 2001). "Littlest victims largely overlooked". World Net Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-15. Dicapai pada 2006-09-08.
  18. ^ "Victims of the World Trade Center attack, listed by age". Lewis Mumford Center for comparative urban and regional research. Dicapai pada 2006-09-11.
  19. ^ Tom Templeton and Tom Lumley (18 Ogos 2002). "Statistics from 9/11 and the aftermath | World news | The Observer". London: Guardian. Dicapai pada 2011-06-02.
  20. ^ "National Commission on Terrorist Attacks upon the United States". U.S. Congress. August 21, 2004. Dicapai pada 2006-09-08.
  21. ^ "Remembering the Lost". Timothy J. Maude, Lieutenant General, United States Army. Arlington National Cemetery. September 22, 2001. Dicapai pada 2001-04-16.
  22. ^ (Sepanyol)11-S: A cinco años. Las familias de los argentinos aún buscan respuestas, Clarín 9 de septiembre de 2006
  23. ^ "Belarusian embassy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-10. Dicapai pada 2011-07-24.
  24. ^ (Portugis)Jornal do Brasil Online- "três brasileiros: Anne Marie Sallerin Ferreira, Sandra Fajardo Smith e Ivan Kyrillos Barbosa"
  25. ^ "CANOE - CNEWS - Canada: List of the Canadian victims of 9/11". Cnews.canoe.ca. Dicapai pada 2011-06-02.
  26. ^ http://members.shaw.ca/kcic1/cdnwtc.html Canadians who died in the September 11, 2001 Disaster
  27. ^ ""41 victims from India in 9/11"". Rediff.com. Dicapai pada 2011-06-02.
  28. ^ "Eric Samadikan Hartono (1981 - 2001) - Find A Grave Memorial". www.findagrave.com. Dicapai pada 2017-08-10.
  29. ^ "[permias] Kompas: Anaknya Jadi Korban WTC, Keluarga Samadikun Hartono Berduka". www.mail-archive.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-08-10.
  30. ^ "RTÉ (Irish TV station) news". Diarkibkan daripada yang asal pada 2002-01-15. Dicapai pada 2002-01-15.
  31. ^ Cashman, Greer Fay (September 12, 2002). "Five Israeli victims remembered in capital". The Jerusalem Post. The Jerusalem Post. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2002-11-04. Dicapai pada October 17, 2006. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  32. ^ (Itali) General of the United States in Milan, Italy[pautan mati kekal] Opening of the World Trade Center Memorial in Padua, Italy
  33. ^ "Father of 9/11 victim asks Japanese to reflect on terrorism". Japan Policy & Politics. 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-10. Dicapai pada 2011-07-24.
  34. ^ "http://www.jordanembassyus.org/10022001004.htm". Jordanembassyus.org. 2001-10-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-05. Dicapai pada 2011-06-02. External link in |title= (bantuan)
  35. ^ "http://memorial.mmc.com/pgBio.asp?ID=82". Memorial.mmc.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-05-15. Dicapai pada 2011-06-02. External link in |title= (bantuan)
  36. ^ "http://www.jordanembassyus.org/10042001003.htm". Jordanembassyus.org. 2001-10-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-05. Dicapai pada 2011-06-02. External link in |title= (bantuan)
  37. ^ (Portugis) Obituaries inVisão magazine, issue 446, 20 September 2001
  38. ^ Mark Beaumont, BayBytes. "British Memorial Garden, New York". Britishmemorialgarden.org. Dicapai pada 2011-06-02.
  39. ^ and Irish nationals, The Guardian
  40. ^ Bagaimanapun, jika 87 mangsa Penerbangan 11 ("American Airlines Flight 11". CNN.), 60 mangsa Penerbangan 175 ("United Airlines Flight 175". CNN.) dan 2,606 mangsa di WTC ("Accused 9/11 plotter Khalid Sheikh Mohammed faces New York trial". CNN. 13 November 2009.), maka jumlahnya 2,753 orang.
  41. ^ "CNN". Identification of 9/11 remains comes to an end. 23 Februari 2005. Dicapai pada 23 Februari 2005.
  42. ^ Moore, Martha T. (24 Februari 2005). "USA Today". NYC's work to ID 9/11 victims ends - for now. Dicapai pada 23 Februari 2005.
  43. ^ "Ground Zero Forensic Work Ends". CBS News. 23 Februari 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-25. Dicapai pada 2006-09-08.