Mania!
| Mania! | |
|---|---|
| Genre | Realiti, Pertandingan muzik |
| Pengacara | Aznil Haji Nawawi |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Ria Astro 188 |
| Siaran asal | 17 Mac 2012 |
Mania! ialah sebuah rancangan realiti berbentuk pertandingan nyanyian dan karya lagu yang diterbitkan oleh Astro dan disiarkan di Astro Ria dan juga saluran istimewa HD iaitu Saluran 188. Siaran langsung Mania! juga dipancarkan di Internet menerusi tapak sesawang rasminya.
Tidak seperti rancangan realiti nyanyian lain yang melibatkan bakat yang baru-baru belaka, Mania! melibatkan seniman-seniman yang sudah terkenal dan berpengalaman berlumba sesama sendiri untuk merebut hadiah utama di bawah naungan penerbit muzik terkenal.
Isi kandungan |
Format [sunting]
Sebilangan orang penyanyi atau kumpulan muzik terkenal tanahair, termasuk yang dipilih sendiri oleh pihak penerbitan dan juga beberapa orang lagi yang dipilih daripada 'Hot Seat' melalui undian umum, berentap sesama sendiri sambil dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang penerbit muzik yang tersohor. Penentuan kumpulan ditentukan oleh beberapa konsert pendahuluan yang mana setiap penerbit menilai setiap peserta untuk disertakan dalam kumpulannya. Penerbit itu boleh memilih peserta sebaik sahaja selepas peserta itu habis membuat persembahan, ataupun menangguhkan keputusannya ke suatu ketika, hingga akhir konsert mahupun konsert seterusnya.
Setelah diagihkan kepada penerbit masing-masing, nasib kesemua peserta terserah sepenuhnya kepada undian penonton yang menilai persembahan mereka menerusi konsert mingguan yang berlangsung hingga konsert akhir. Seorang peserta disingkirkan di hujung setiap konsert. Para peserta berebut gelaran 'Superstar' dengan hadiah wang tunai terbesar sebagai ganjaran.
Pertandingan [sunting]
Pengenalan [sunting]
Pertandingan Mania! yang julung kali dianjurkan ini dimulakan dengan pengumuman pada 20 Februari 2012 akan 12 orang penyanyi yang dipilih oleh pihak penerbitan untuk menyertai rancangan ini, iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hafiz, Adira, Shila Amzah, Atilia, Alyah, Akim, Hazama, Awi Rafael, dan kugiran-kugiran Estranged dan Kristal; serta tiga orang ikon penerbitan muzik yang bakal membimbing mereka, iaitu Aubrey Suwito, Datuk M. Nasir dan Ahmad Dhani (dari Indonesia).[1]
Selain itu, 20 orang lagi penyanyi turut dicalonkan untuk mengisi tiga lagi ruang iaitu 'Hot Seat' yang ditentukan oleh para peminat di tapak sesawang rasmi Mania! mulai 20 Februari hingga 16 Mac 2012. Mereka ialah: Idayu AF3, Akma AF3, Noni AF5, Ebi AF5, Shawal AF5, Riz AF6, Nadia AF6, Toi AF6, Aishah AF6, Aril AF7, Daus AF8, Maulana AF8, Azri, Kay, Lena, Erul dan Fina dari AF9 serta Chaq, Fiq dan Mohd dari Mentor.[1] Mereka yang terpilih ialah Ebi, Aril dan Chaq.
Pilihan produser [sunting]
Siaran Mania! di kaca TV dimulakan dengan tiga konsert, yang mana setiap satunya lima peserta beraksi di hadapan penonton dan juga para penerbit sambil menunggu keputusan penerbit mana yang mengambil mereka ke dalam 'empayar' mereka. Artis yang muncul pada konsert 1 dan 2 secara amnya sudah ditentukan penaung mereka dalam satu perbincangan tertutup, manakala artis konsert 3 dan 'Hot Seat' dipilih sejurus selepas membuat persembahan atau ditangguh hingga ke suatu ketika.
| Peserta | Lagu | Dipilih oleh |
|---|---|---|
|
||
| Stacy | "The Edge of Glory" (Lady Gaga) | M. Nasir |
| Atilia | "Gelombang" (Salamiah Hassan) | Ahmad Dhani |
| Estranged | "Rozana" (Search) | Ahmad Dhani |
| Akim | "Demi Cinta" (Kerispatih) | Ahmad Dhani |
| Ebi | "We Will Rock You" (Queen) | M. Nasir |
|
||
| Kristal | "Opera Hidup" (Wings) | M. Nasir |
| Adira | "Pulangkan" (Misha Omar) | Aubrey Suwito |
| Alyah | "Russian Roulette" (Rihanna) | Aubrey Suwito |
| Hafiz | "Permintaan Hati" (Letto) | Ahmad Dhani |
| Chaq | "Gagap" (Stacy) | Aubrey Suwito |
|
||
| Jaclyn Victor | "Pilihlah Aku" (Kris Dayanti) | Aubrey Suwito |
| Shila Amzah | "Set Fire to The Rain" (Adele) | M. Nasir |
| Aril | "Hampa Hatiku" (Ungu) | Ahmad Dhani |
| Hazama | "Nur Nilam Sari" (Search feat Awie) | M. Nasir |
| Awi Rafael | "Hadapi Dengan Senyuman" (Dewa 19) | Aubrey Suwito |
Konsert penyingkiran [sunting]
Di penghujung setiap konsert mingguan ini, sekurang-kurangnya seorang peserta yang menerima bilangan undian tercorot akan disingkirkan daripada pertandingan. Nasib semua peserta terserah sepenuhnya kepada undian penonton. Tiga konsert penyingkiran yang pertama diadakan di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, selepas itu berpindah ke Kompleks Sukan Panasonic di Shah Alam.[5]
Konsert 4 (7 April 2012) [sunting]
- Estranged – Nakal (Gigi)
- Adira – Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)
- Atilia – Gadis Semasa (Yuna)
- Ebi – Menyesal (6ixth Sense)
- Alyah – Tanpa Kekasihku (Agnes Monica)
- Aril – Terbang (Gigi)
- Hazama – Kejoraku Bersatu (Search)
- Kristal – Pawana (Search)
- Jaclyn Victor – Terukir di Bintang (Yuna)
- Hafiz – Someone Like You (Adele)
- Shila Amzah – Hatiku Milikmu (Nera)
- Chaq – Lelaki Seperti Aku (Alif Satar)
- Akim – Hey Jude (The Beatles)
- Awi Rafael – Pokok (Hazama/Meet Uncle Hussain)
- Stacy – Toxic (Britney Spears)
- Tersingkir: Chaq [6]
Konsert 5 (14 April 2012) [sunting]
- Ebi – Anak Kampung (Jimmy Palikat)
- Akim – Inilah Cinta (Akim)
- Awi Rafael – The Show Must Go On (Queen)
- Shila Amzah – Kau atau Aku (Elyana)
- Adira – Kembang Perawan (Gita Gutawa)
- Kristal – Di Ambang Wati (Wings)
- Alyah – Kau (Glenn Fredly)
- Estranged – Rolling in the Deep (Adele)
- Aril – Kenangan Lalu (Flybaits)
- Jaclyn Victor – Matahariku (Agnes Monica)
- Stacy – Suralayar dalam D Major (Amy Search)
- Atilia – All Night Long (Lionel Ritchie)
- Hazama – Semalam yang Hangat (Wings)
- Hafiz – Bukan Cinta Biasa (Siti Nurhaliza)
- Tersingkir: Awi Rafael[7]
Konsert 6 (21 April 2012) [sunting]
- Hazama – Cindai (Siti Nurhaliza)
- Adira – Destinasi Cinta (Siti Nurhaliza)
- Shila Amzah – Merisik Khabar (Sudirman)
- Atilia – Layar Impian (Ella)
- Ebi – Senandung Semalam (Jamal Abdillah)
- Akim – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
- Aril – Kembali Senyum (Izwan Pilus)
- Stacy – Goyang (Inul Daratista)
- Kristal – Yank (Wali Band)
- Jaclyn Victor – Grenade (Bruno Mars)
- Alyah – Khatimah Cinta (6ixth Sense)
- Hafiz – (Faizal Tahir)
- Estranged – Itu Kamu (Estranged)
- Tersingkir: Atilia dan Akim
Konsert 7 (28 April 2012) [sunting]
Minggu ini merupakan minggu duet, yang mana setiap peserta bernyanyi bersama artis undangan.
- Shila Amzah dan Noraniza Idris – Hati Kama (Noraniza Idris)
- Stacy dan Cliff Umar – Total Eclipse of the Heart (Bonnie Tyler)
- Kristal dan Ella – Kesal (Ella)
- Aril dan Zahid – Ghazal untuk Rabiah (Jamal Abdillah dan M. Nasir)
- Estranged dan Velvet – Sudah (Nidji)
- Alyah dan Nora – Di Persimpangan Dilema (Nora)
- Hazama dan Lan – Suatu Masa (M. Nasir)
- Jaclyn Victor dan Maman – Warisan Wanita Terakhir (Teacher's Pet)/Pelesit Kota (Search)
- Hafiz dan Maya Karin – Ombak Rindu (Hafiz dan Adira)
- Adira dan Shahir – Ku Pinang Kau Dengan Bismillah (Ungu ft. Rossa)
- Ebi dan Salma – Kasih Tak Sampai (Padi)
- Tersingkir: Kristal dan Estranged
Konsert 8 (5 Mei 2012) [sunting]
Minggu ini bertema "Medley Malar Segar", yang mana setiap peserta dikehendaki menyanyikan serantaian lagu klasik.
- Stacy – Fantasia Bulan Madu (Search), Proud Mary (Tina Turner)
- Adira – Janji Manismu (Aishah), Balqis (Siti Nurhaliza)
- Aril – Biar Bulan Bicara (Broery Marantika), Kau Lupa Janji (Jamal Abdillah)
- Shila Amzah – Anggapanmu (Ziana Zain), I'm Alive (Celine Dion)
- Hafiz – Lagenda, Sinaran (Sheila Majid)
- Jaclyn Victor – Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay), Terasing (Sudirman)
- Alyah – Jauh di Sudut Hati, Kasih (Sudirman)
- Ebi – Tunggu Sekejap (P. Ramlee), Kekasih Awal dan Akhir (Jamal Abdillah)
- Hazama – Sekuntum Mawar Merah, Kisah Kau dan Aku (Alleycats)
- Tersingkir: Alyah
Separuh Akhir (12 Mei 2012) [sunting]
Separuh akhir ini terbahagi kepada dua pusingan, yang mana setiap peserta mempersembahkan dua buah lagu untuk merebut lima tempat di konsert kemuncak.
|
|
- Tersingkir: Adira, Shila Amzah, Ebi
Konsert Akhir Mania! (19 Mei 2012) [sunting]
Penganjuran Mania! berpindah balik ke Dewan Sri Putra sempena Konsert Akhir pada 19 Mei 2012. Lima orang bintang, kesemuanya kelahiran rancangan pertandingan realiti (Jaclyn Victor dari Malaysian Idol dan semua yang lain dari Akademi Fantasia) merebut hadiah utama wang tunai RM 500,000.
Konsert dibuka dengan persembahan berkumpulan oleh para peserta yang tersingkir bergilir-gilir mengikut empayar dan menyanyikan lagu-lagu ciptaan penaung masing-masing. Empayar biru menyanyikan lagu "Seribu Impian", empayar hijau "Itulah Sayang" dan "Laskar Cinta", dan empayar merah "Semerah Padi"; para penaung turut berlagu bersama anak-anak buahnya.
- Stacy – Takkan Melupakanmu (Radja)
- Hafiz dan Siti Sarah Raisuddin – Beribu Sesalan (3 Suara)
- Aril – Starlight (Muse)
- Jaclyn dan Tiar Jinbara – Arjuna Mencari Cinta (Dewa)
- Hazama – Saat Ku Idamkan (Search)
- Stacy dan Fiq – Cinta (Melly Goeslaw dan Krisdayanti)
- Hafiz – I Belive I Can Fly (R Kelly)
- Aril dan Ari Lasso – Isabella (Search)
- Jaclyn – Kenangan Terindah (Samson), Gemilang (Jaclyn Victor)
- Hazama dan Hattan – Kepadamu Kekasih (M. Nasir)
Malam konsert turut diserikan oleh persembahan dari tetamu undangan dari Datuk Siti Nurhaliza yang menyanyikan rantaian lagu para ketua empayar (di antara persembahan kedua Stacy dan Hafiz), iaitu "Mistikus Cinta" (Ahmad Dhani), "Gemuruh" (Aubrey Suwito), dan "Sejati" (M. Nasir), diikuti oleh Wings selepas para peserta habis membuat persembahan, dengan lagu-lagu "Peronda Jaket Biru", "Romania".
Keputusan diumumkan di akhir rancangan sebelum pukul 11: tempat ketiga dimenangi oleh Jaclyn Victor (hadiah wang tunai RM 100,000), tempat kedua oleh Stacy (RM 250,000) dan juara oleh Hafiz (RM 500,000).
Carta pengundian [sunting]
| Ked. | Minggu 4 | Minggu 5 | Minggu 6 | Minggu 7 | Minggu 8 | Minggu 9 | Minggu 10 | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Hafiz | Jaclyn | Jaclyn | Ebi | Aril | Hazama | Hafiz | |||||||||
| 2 | Ebi | Ebi | Ebi | Jaclyn | Hafiz | Hafiz | Stacy | |||||||||
| 3 | Stacy | Stacy | Stacy | Hazama | Hazama | Stacy | Jaclyn | |||||||||
| 4 | Estranged | Hafiz | Hafiz | Hafiz | Stacy | Jaclyn | Hazama | |||||||||
| 5 | Hazama | Estranged | Adira | Stacy | Ebi | Aril | Aril | |||||||||
| 6 | Shila | Hazama | Shila | Shila | Adira | Adira | ||||||||||
| 7 | Atilia | Akim | Hazama | Adira | Shila | Shila | ||||||||||
| 8 | Akim | Shila | Kristal | Alyah | Jaclyn | Ebi | ||||||||||
| 9 | Jaclyn | Kristal | Estranged | Aril | Alyah | |||||||||||
| 10 | Awi Rafael | Adira | Aril | Estranged | ||||||||||||
| 11 | Alyah | Alyah | Alyah | Kristal | ||||||||||||
| 12 | Adira | Aril | Akim | |||||||||||||
| 13 | Aril | Atilia | Atilia | |||||||||||||
| 14 | Kristal | Awi Rafael | ||||||||||||||
| 15 | Chaq | |||||||||||||||
- Juara
- Naib juara
- Tempat ketiga
- Bintang yang tersingkir
Rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 Evolusi Superstar dari MANIA!, era.fm, 21 Feb 2012. Dicapai pada 3 April 2012.
- ↑ Konsert 1: Aubrey Suwito Memilih?, era.fm, 19 Mac 2012. Dicapai pada 3 April 2012.
- ↑ Konsert Kedua: Akhirnya Aubrey Mula Memilih, era.fm, 26 Mac 2012. Dicapai pada 3 April 2012.
- ↑ Tiga Empayar Sudah Penuh!, era.fm, 2 April 2012. Dicapai pada 3 April 2012.
- ↑ FENOMANIA DAN KONSERT DI LOKASI BARU, Mania.com.my, 27 April 2012. Dicapai pada 28 April 2012.
- ↑ Chaq Tersingkir!, era.fm, 7 April 2012. Dicapai pada 9 April 2012.
- ↑ Empayar Aubrey Lagi!, era.fm, 16 April 2012. Dicapai pada 17 April 2012.