Manikavasagam Sundaram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan

Manikavasagam Sundaram
Ketua PKR Cabang Kuala Selangor
Dalam jawatan
2008–2018
Digantikan olehJuwairiya Zulkifli
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P109 Kapar, Selangor
Dalam jawatan
2008 – 2013
Didahului olehDatin Paduka P. Komala Devi (BN-MIC)
Digantikan olehManivannan Gowinvasamy (PKR)
Majoriti12,297
Butiran peribadi
Parti politik (2000-2018)
(2018-kini)
PekerjaanAhli Parlimen

Manikavasagam Sundaram merupakan ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Kapar selama sepenggal (2008-2013). Beliau telah umum keluar daripada PKR pada 6 April 2018[1] setelah PKR menggantung keahliannya sejak Ogos 2017. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua PKR Cabang Kuala Selangor.

Keluar dari PKR[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2008 , Manikavasagam berhasrat melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri jika kerajaan negeri Selangor tidak menyelesaikan isu kuil yang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Malah menuduh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak prihatin kerana tidak turun padang melawat mangsa ribut Oktober 2008. Dikatakan Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali menyatakan Manikavasagam sering memburukkan parti melalui media. Sebenarnya Syed Husin selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR menasihatkan Manikavasagam menjaga keharmonian parti.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Teng Chang Khim, menuduhnya berlagak seperti pembangkang dan pembohong kerana terbabit dalam bantahan pemindahan stesen bas dan kereta sewa dari pusat bandar Klang ke lokasi baru, di Klang Sentral, Kapar. Manikavasagam tidak mahu rakyat ditipu lagi setelah 50 tahun tertipu. Wakil rakyat PKR dikecam oleh pemimpin Pakatan Rakyat terutama DAP.

Kes Sujatha[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Jun 2009, Koroner Mohd Faizi Che Abu di Mahkamah Koroner Kuala Lumpur meminta Timbalan Pendakwa Raya Geethan Ram Vincent hendaklah menyerahkan sekali lagi sapina kepada Manikavasagam berhubung kes kematian K.Sujatha. Sujatha adalah pelakon dan model Tamil dan ditemui mati pada 25 Jun 2007.Kematian Sujatha, 28, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, didakwa terminum racun parakuat.

Peguam Datuk K. Kumaraendran, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings, S. Vell Paari, mendesak mahkamah koroner mengeluarkan waran tangkap itu.Sapina pada 17 Jun gagal diserahkan.[2]

Fail laporan hilang[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Jun 2009, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull menuntut Manikavasagam serta penulis berita akhbar berbahasa Inggeris itu untuk memohon maaf. Kononnya fail laporan mengenai penyalahgunaan kuasa dalam pembahagian tanah pemilikan revolusi hijau di Kampung Perepat Kapar, Selangor hilang.[3]

'Rasuah' Kumpulan Semesta Sdn Bhd[sunting | sunting sumber]

S Manikavasagam mendakwa memiliki maklumat tentang Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) berhubung kontrak mengorek dan jual pasir di Selangor. Tetapi apabila pegawai SPRM ke pejabatnya di Kapar, beliau enggan bekerjasama dengan alasan SPRM ada rekod lampau. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa beliau buat laporan polis supaya tiga pegawai atasan yang dimaksudkan dapat diambil tindakan. Beliau jangan bimbang kerana kerajaan negeri Selangor akan memberi bantuan guaman akan diberikan kepada Manikavasagam.[4] Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang pada 12 Mei. Pengarah Eksekutif KSSB Ramli Abd Majed menafikan tuduhan itu dan akan memfailkan saman fitnah.[5]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/04/06/manikavasagam-keluar-pkr?itm_source=parsely-api
  2. ^ Waran Tangkap Terhadap Ahli Parlimen Kapar Jika Terus Elak Sapina
  3. ^ SPRM Minta Anggota Parlimen Kapar Mohon Maaf
  4. ^ "Rasuah pasir: MB Selangor jumpa S Manikavasagam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-12. Dicapai pada 2010-05-11.
  5. ^ KSSB Nafi Dakwaan, Minta Manikavasagam Tarik Balik Tuduhan Dan Mohon Maaf