Manisnya Cinta Di Cappadoccia

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Manisnya Cinta Di Cappadocia
Poster keluaran tayangan
PengarahBernard Chauly
Lakon layarRafidah Abdullah
Cerita olehAnis Ayuni
BerdasarkanManisnya Cinta oleh Anis Ayuni
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiHarris Hue Abdullah
Disunting olehWong Hui Lynn
Muzik oleh
  • Sulyn Ooi
  • Teoh Eng Hooi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 11 Disember 2014 (2014-12-11) (Malaysia)
Masa tayangan
102 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 1.8 juta

Manisnya Cinta Di Cappadocia merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2014 hasil arahan Bernard Chauly dan dibintangi oleh Nur Fazura, Shaheizy Sam, Faizal Hussein, Rafidah Abdullah, Lisa Surihani dan Fauziah Ahmad Daud. Filem ini mengisahkan mengenai konflik Ifti Liyana (Nur Fazura) yang terpaksa berdepan dengan cinta tiga lelaki, Fredo (Josiah Hogan), Bahkhtiar (Faizal Hussein) dan Nazmi (Shaheizy Sam). Selepas pertemuan dirinya dengan Nazmi di Cappadocia, Turki, dia memilih untuk bersama Nazmi. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 11 Disember 2014. Filem ini telah berjaya memenangi dua anugerah dari sepuluh pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-27.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Ifti Liyana (Nur Fazura) tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo (Josiah Hogan). Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri.

Ifti merupakan "mama" kepada anak-anak kakaknya, Aida (Eja) yang telah meninggal dunia akibat kanser. Suami kakaknya, Bakhtiar (Faizal Hussein) yang gagal menjadi seorang suami dan ayah yang baik, ingin memulakan hidup baru dengan Ifti. Pertemuan pertama Ifti dengan Nazmi (Shaheizy Sam),seorang pemandu bas telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami.

Datin Noor (Erma Fatima) menugaskan Ifti dan rakan karibnya, Dhivia (Rafidah Abdullah) untuk mencari perabot rumahnya di Turki. Ifti terserempak dengan Nazmi di sana.

Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Nur Fazura sebagai Ifti Liyana

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pengarah filem ini, Bernard Chauly, telah diberi lima buah novel cinta popular oleh salah sebuah studio filem ini,Global Station untuk dijadikan sebagai filem pada 2012. Antara kelima-lima novel tersebut, novel 'Manisnya Cinta' hasil nukilan Anis Ayuni telah dipilih.[3] Filem ini telah menjalani pengambaraan selama sebulan (antara bulan April dan Mei 2013) di Lembah Klang dan di dua buah bandar di Turki, Cappadocia dan Anatolia.[4][5] Untuk pengambaraan di Turki, pihak produksi telah bekerjasama dengan pihak Turkish Tourism untuk menghasilkan visual yang terbaik.[6] Bernard mengambil inisiatif sendiri untuk meninjau lokasi penggambaran tanpa bantuan pemandu pelancong dengan menyewa sebuah kereta dan memandu lebih 2,500 kilometer dalam masa seminggu.[7] Bermula dari Cappadoccia ke Anatolia sehingga ke Pamukkale dan kemudian berakhir di Ephesus dan Izmir berdekatan lautan Aegean.[8] Filem ini merupakan gandingan kedua Fazura dan Shaheizy Sam selepas drama Kisah Cinta di TV3.[9] Shaheizy Sam mengakui babak paling sukar untuk dilakukan di dalam filem ini ialah ketika wataknya, Nazmi melamar Ifti Liyana (Nur Fazura).[10] Dia menyatakan babak ini memakan masa selama 20 minit di dalam cuaca sejuk bersalji tetapi berjaya dihasilkan melalui satu percubaan sahaja.[11] Ketika produksi, dilaporkan bahawa teraju filem ini, Sam dan Fazura telah bercinta (cinta lokasi).[12][13][14][15][16][17] Penulis novel asal, Anis Ayuni berpuas hati dengan filem ini tetapi mengingatkan kepada pembaca novel asal agar tidak menjangkakan semua babak di dalam novel akan muncul di dalam filem ini. Antara perubahan paling ketara di dalam filem ini berbanding novel asal ialah lokasi Mesir di dalam novel telah diubah kepada Cappadocia, Turki[18] selepas kejayaan filem Istanbul Aku Datang!.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Trailer filem ini telah ditayangkan di Youtube pada 28 Ogos 2014.Tayangan perdana filem ini telah dilakukan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada 24 November 2014.Dilaporkan, terdapat penonton yang menangis ketika tayanagan perdana filem ini dilakukan.[19][20]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Selepas sembilan hari tayangan, filem ini telah mengumpul lebih RM 1 Juta.[21] Filem ini akhirnya berjaya mengumpul RM 1.6 Juta.[22]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif.Hassan Abd Muthalib dari Astro Awani mengulas bahawa filem ini merupakan filem terbaik Bernard Chauly.[23] Portal perfileman, DramaticDurian.com memuji skrip dan lakonan Nur Fazura.[24] Portal hiburan, Murai.com.my mengulas jalan cerita hasil adaptasi novel ini biasa sahaja tetapi berjaya dicantikkan oleh tenaga kerja filem melalui sinematografi Cappadocia dan watak Nur Fazura.[25] Diyana AR dari portal kehidupan, TheVocket.com pula menyenaraikan filem ini sebagai "9 Filem Terbaik Malaysia 2014".[26] Suhaimi Suib dari portal hiburan Skorbintang.com memberi satu perkataan untuk menggambarkan filem ini iaitu "Terbaik!".[27] Portal berita Malaysian Gazette pula mengkritik campur tangan penulis novel asal, Anis Ayuni di dalam penghasilan skrip filem ini yang menyebabkan penceritaan filem ini agak longgar.[28]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Terdapat tujuh lagu rasmi untuk filem ini.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Anugerah Lawak Warna 2015[30] Filem Komedi Terbaik Global Station, Astro Shaw, Red Films Tercalon
Pengarah Komedi Terbaik Bernand Chauly Tercalon
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) Nur Fazura Tercalon
Lakon Layar & Skrip Terbaik Rafidah Abdullah Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-27[31] Filem Terbaik Global Station, Astro Shaw, Red Films Tercalon
Pengarah Terbaik Bernand Chauly Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Nur Fazura Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Faizal Hussein Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Eja Tercalon
Lakon Layar Terbaik Rafidah Abdullah Tercalon
Skor Muzik Asal Terbaik Ooi Su Lyn & Teoh Eng Hooi Menang
Fotografi Terbaik Haris Hue Tercalon
Busana Terbaik Daniel Henry Chin Tercalon
Pelakon Kanak-kanak Terbaik Raykarl Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015[32] Filem Terbaik Global Station, Astro Shaw, Red Films Tercalon
Pengarah Terbaik Bernard Chauly Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Nur Fazura Menang
Sinematografi Terbaik Harris Hue Abdullah Tercalon
Lakon Layar Terbaik Rafidah Abdullah Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-02. Dicapai pada 2015-05-14.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-26. Dicapai pada 2015-05-14.
  3. ^ http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Entertainment/Movies/News/2014/12/11/Bernard-Chauly-tackles-the-screen-adaptation-of-a-book-with-his-latest/
  4. ^ http://www.ohbulan.com/foto-fazura-di-sebalik-tabir-filem-manisnya-cinta-di-cappadocia/
  5. ^ http://beautifulnara.com/13-gambarnur-fazura-di-turki-untuk-penggambaran-filem-manisnya-cinta/
  6. ^ http://www.hmetro.com.my/node/12058
  7. ^ http://www.hmetro.com.my/node/6544
  8. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/manisnya-cinta-di-cappadocia-1.337291
  9. ^ http://www.bharian.com.my/node/19804
  10. ^ http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Entertainment/Movies/News/2014/12/11/Memorable-moments-working-on-Manisnya-Cinta-Di-Cappadocia/
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-14.
  12. ^ http://beautifulnara.com/bercinta-dengan-fazura-shaheizy-sam-enggan-komen/
  13. ^ http://www.rotikaya.com/shaheizy-sam-nafi-pernah-bercinta-dengan-fazura/
  14. ^ http://www.rotikaya.com/akui-sering-keluar-bersama-shaheizy-sam-nafi-bercinta-dengan-fazura/
  15. ^ http://www.abpbh.com.my/blog/2015/01/fazura-sam-pernah-bercinta
  16. ^ http://beritaharian.sg/gah/hiburan/shaheizy-sam-tidak-mustahil-orang-pinang-saya
  17. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-14.
  18. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-14.
  19. ^ http://malaysianreview.com/gossip-artis-malaysia/fazura-putus-cinta/
  20. ^ http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/manisnya-cinta-di-cappadoccia-1.337927
  21. ^ http://www.hmetro.com.my/node/17579
  22. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2014
  23. ^ http://www.astroawani.com/berita-hiburan/sinema-malaysia-tahun-2014-yang-terbaik-datang-dari-mana-51393
  24. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-02. Dicapai pada 2015-05-14.
  25. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-11. Dicapai pada 2015-05-14.
  26. ^ http://thevocket.com/9-filem-terbaik-malaysia-bagi-tahun-2014/
  27. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-11. Dicapai pada 2015-05-14.
  28. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-14.
  29. ^ "Astro Shaw lancar tiga runut bunyi filem". Astro Shaw. 29 Oktober 2014. Dicapai pada 2016-04-06.
  30. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-26. Dicapai pada 2015-08-04.
  31. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-26. Dicapai pada 2015-08-04.
  32. ^ "Lelaki Harapan Dunia dapat pengiktirafan lagi". Astro Awani. 6 Oktober 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]