Manjoi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Manjoi ialah sebuah kampung di timur laut bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Dalam Pelan Perancangan Bandaraya Ipoh 1985, Kampung Manjoi dikeluarkan dari pelan tersebut kerana ramai penduduknya tidak bersetuju terutama sekali untuk bayaran cukai pintu, cukai tanah, yuran kutipan sampah dan sebagainya. Lantaran itu Kampung Manjoi kekal terbiar lebih 20 tahun berbanding dengan kemajuan bandar Ipoh.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • Pada tahun 1900, Uda Kidal membawa diri dari kampung asalnya di Bota, Perak dan meneroka sebuah kawasan di pinggir Ipoh untuk dijadikan tempat mencari rezeki. Bermula dengan sebuah rumah yang didiami bersama isteri, Teh Manja, kawasan itu `membesar' sebagai sebuah petempatan Melayu terkenal di Perak yang kemudiannya dinamakan Kampung Manjoi.[perlu rujukan]
  • Menurut cucu Uda Kidal, Abdul Mat Desa, 73, yang masih menetap di Manjoi, ia sempena nama seorang lelaki alim, Tok Manjoi, yang terlalu rapat dengan datuknya Uda Kidal. Tok Manjoi berpesan kepada Uda Kidal supaya menjaga kawasan berkenaan dan memastikan penduduk di situ tidak bermusuh sesama sendiri. [perlu rujukan]
  • Mengikut cerita lain pula, nama itu diambil sempena nama isteri Uda Kidal, Teh Manja. Manja disebut `Manje' dalam loghat Parit.[perlu rujukan] Kawasan itu kemudian dinamakan Manjoi.

Gugusan Manjoi[sunting | sunting sumber]

Pertambahan pesat penduduk Melayu merebak hingga membabitkan pembukaan kampung lain di sekelilingnya yang kini digelar Gugusan Manjoi - iaitu perkampungan Melayu dalam bandar yang terbesar di negeri ini.

Kawasan[sunting | sunting sumber]

Gugusan Manjoi seluas 560.8 hektar merangkumi:

Gugusan itu mempunyai 6,409 rumah dengan lebih 31,000 penduduk.

Masalah[sunting | sunting sumber]

  • Penerokaan secara tidak terancang menyebabkan gugusan itu yang juga bekas kawasan lombong bijih timah, gagal dibangunkan dengan teratur.
  • Tahap pembangunan jauh ketinggalan berbanding kawasan berjiran seperti Silibin, Jelapang dan Meru.
  • Kajian menunjukkan 50 peratus penduduk Gugusan Manjoi hidup di bawah paras kemiskinan.
  • Susun atur dan kualiti rumah yang kebanyakan terletak di atas tanah bekas lombong juga tidak bermutu.
  • 30 peratus daripada lot-lot tanah sama ada belum didirikan atau dalam keadaan daif.
  • Terdapat 208 premis perniagaan dengan 90 peratus digunakan oleh pengusaha kecil tempatan.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Perancangan[sunting | sunting sumber]

  • Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri pada 29 Januari 2003 bersetuju membangunkan gugusan Manjoi.
  • Gugusan Manjoi akan dibangunkan semula setanding dengan Silibin, Pasir Puteh dan Pengkalan yang mempunyai kompleks komersial dan rumah moden.
  • Pembangunan gugusan Manjoi akan mengikut Pelan Pembangunan Semula Gugusan Manjoi yang membabitkan kos sehingga RM300 juta, yang akan dilakukan sehingga lima tahun.

Gugusan Manjoi akan dibangunkan sebagai kawasan pusat komersial dan perkhidmatan sosial yang maju dan moden. Tugas membangunkan kawasan diserahkan kepada:

  • Kerajaan Negeri Perak pimpinan Menteri Besar Yang Amat Berhormat Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir
  • Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)
  • Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

Visi pembangunan[sunting | sunting sumber]

  • sebuah perkampungan bandar moden, berteknologi dan maju
  • menyumbang kepada pertumbuhan sosioekonomi masyarakat Melayu
  • melengkapkan pembangunan Bandaraya Ipoh.
  • menggalakkan generasi kedua dan ketiga yang berjaya untuk kembali
  • mengelak penghijrahan , kepakaran, kewangan dan tenaga mereka akan digunakan bagi menjana pertumbuhan ekonomi di gugusan.
  • Meningkatkan aktiviti ekonomi dan pelaburan
  • Meningkatkan sistem perhubungan
  • Naik taraf sistem pengangkutan
  • Membaiki dan menambah bilangan kemudahan awam
  • Urus selia sistem saliran dan landskap.

Skim Perumahan[sunting | sunting sumber]

  • Penyusunan pembangunan perumahan generasi kedua dan ketiga
  • Pembangunan semula projek rumah terbengkalai
  • Pembangunan semula bekas lombong
  • Zon perkampungan industri tersusun
  • Pekan baru

Jalan pintas pembangunan[sunting | sunting sumber]

  1. mengenakan hanya RM10 bagi mereka untuk menukar status tanah daripada pertanian kepada perumahan dan komersial.
  2. Kerajaan negeri Perak akan memberikan tempoh pajakan selama 99 tahun
  3. Memberikan potongan bayaran premium antara 50 hingga 80 peratus kepada pemilik yang mahu membina semula rumah dalam tempoh tertentu.
  4. Kebenaran pemilik membuat pecah sempadan bagi lot rumah sebuah kepada rumah berkembar
  5. Memudahkan cara pindah milik daripada generasi pertama kepada kedua atau ketiga
  6. Memberikan layanan laluan pantas bagi kelulusan pelan yang dipohon pemilik kawasan gugusan.

Tiga lokasi dicadangkan bagi pembangunan bandar dan pekan baru untuk memberikan identiti komersial dan khidmat sosial iaitu Sungai Tapah, Tengku Hussein dan Kampung Datuk Ahmad Said.

Bandar Baru Manjoi[sunting | sunting sumber]

Pembangunan Bandar Baru Manjoi akan melibatkan:

  • Pusat hortikultur
  • Taman rekreasi
  • Tapak semaian
  • Taman rekreasi memancing
  • Pusat makanan dan medan selera
  • Restoran plaza membeli belah
  • Balai polis
  • Klinik kesihatan
  • Stesen bas
  • Pasar
  • Pusat komuniti.

Pekan Tengku Hussein[sunting | sunting sumber]

Pekan Tengku Hussein pula membabitkan pembinaan 14 unit rumah kedai rakyat dan penyusunan semula kemudahan awam sedia ada.

Pekan Datuk Ahmad Said[sunting | sunting sumber]

Pekan Datuk Ahmad Said akan dimajukan dengan kompleks atau kedai pejabat, pasar, kedai desa dan plaza beli-belah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pelan Permodenan Gugusan Manjoi[sunting | sunting sumber]

Gugusan Manjoi yang suatu ketika dahulu merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang bermula sebagai kawasan perumahan setinggan Melayu telah mengalami suatu transformasi yang amat menakjubkan. Gugusan Manjoi yang menerima jolokkan sebagai kampung yang dihuni oleh Rumpun Melayu yang terbesar di Asia telah melakar sejarahnya yang tersendiri.

Perkampungan yang lebih dikenali sebagai perkampungan Melayu dipinggir bandar pada suatu ketika dahulu, wujud hasil usaha Menteri Besar Perak keempat iaitu YAB Dato' Seri Ahmad Bin Said (07 Mei 1964 - 06 Mei 1970) (Yang mana nama beliau telah diabadikan dalam salah sebuah Kampung iaitu Kampung Dato’ Ahmad Said). Gugusan Manjoi kini didiami oleh lebih 40,000 penduduk yang meliputi kawasan seluas hampir 600 hektar. Gugusan yang meliputi Kampung Manjoi, Kampung Tengku Hussein, Kampung Sungai Tapah, Kampung Dato’ Ahmad Said dan Kampung Jelapang Baru ini sedang mengalami proses perubahan wajah. Dengan visi Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali yang didokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Manjoi YB Dato’ Haji Nadzri Bin Ismail maka Manjoi kini kearah menjadi sebuah perkampungan bandar moden yang berperanan menyumbang kearah pertumbuhan sosio ekonomi Masyarakat Melayu khususnya dan Majlis Bandaraya Ipoh secara amnya.

Projek fasa pertama permodenan Gugusan Manjoi telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia pada 22 Oktober 2007. Pembangunan fasa pertama melibatkan pembinaan Kompleks Pentadbiran dan Komersial Gugusan Manjoi iaitu pembinaan Pejabat Tanah dan Daerah Ipoh, Pusat Perniagaan dan Mini Stadium.

Pembinaan pasaraya besar tempatan iaitu Pasaraya Mydin berhampiran Kompleks Pentadbiran dan Komersial Gugusan Manjoi diharapkan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada anak muda di gugusan Manjoi seterusnya menjana ekonomi setempat dikawasan tersebut.

Ia adalah seiring dengan usaha Kerajaan Negeri Perak untuk menyusun semula kedudukan kawasan perumahan dan pembinaan ratusan unit rumah kedai mampu milik. Diharapkan dapat menggalakkan penempatan isi rumah berpendapatan sederhana dan tinggi yang rata-rata terdiri daripada kakitangan kerajaan dan peniaga. Seterusnya akan meningkatkan aktiviti ekonomi dan pelaburan di Gugusan Manjoi.

Melalui projek ini juga beberapa kemudahan/“infra” seperti pembinaan semula jalan raya, kemudahan komunikasi, masalah pengangkutan dan kemudahan awam yang telah membelenggu warga penduduk buat sekian lama akan dapat diatasi.

Segala usaha dan komitmen kerajaan untuk membangunkan Gugusan Manjoi tidak akan terlaksana tanpa sumbangan dan komitmen daripada anak watan Gugusan Manjoi itu sendiri, iaitu generasi kedua dan ketiga yang kini telah berada di kalangan golongan kelas menengah Melayu. Usaha secara bersama antara anak watan dan kerajaan negeri pasti akan dapat merealisasikan usaha membangunkan Gugusan Manjoi.

MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya Perak[sunting | sunting sumber]

Kawasan seluas 209 ekar di Meru Raya telah mendapat pengiktirafan status MSC Malaysia Cybercentre dari Kerajaan Malaysia pada 18 Mei 2007. Pengiktirafan tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya. Pengiktirafan ini meletakkan MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya, Perak setanding dengan lain-lain Cybercentre dan Cybercity MSC yang terdapat di Malaysia.

Projek MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya, Perak merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perak di bawah program KPerak2010 : Pelan Induk Strategik ICT. Bagi tujuan ini, kawasan seluas 209 ekar yang telah diperuntukkan untuk ditransformasikan kepada 3 komponen pembangunan utama:-

  1. Infrastruktur Sosial
  2. Projek Stimulasi & Projek Utama
  3. Industri ICT

Sebuah bangunan setinggi 19 tingkat yang dikenali sebagai Perak Techno-Trade Centre (PTTC) dengan keluasan lantai 120,000 kaki per segi bernilai RM 40 juta telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Bangunan ini dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar yang menjadi infrastruktur utama kepada pelabur-pelabur yang berminat memulakan urusan perniagaan buat masa kini. Ketika ini, beberapa projek pembangunan sedang mengambil tempat di kawasan MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya, Perak yang termasuk:-

  1. Pusat Konvensyen
  2. Dewan Majlis
  3. “i-city’ – Creative Content & Multimedia Hypermarket
  4. Hotspot Wireless Boulevard
  5. Wholesale and Retail Centre
  6. Business Class Hotel

PCB Development Sdn Bhd sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak adalah pemaju utama di kawasan MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya, Perak.

Dengan terwujudnya Cybercentre@Meru Raya Perak yang berada di dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Manjoi dan Parlimen Tambun ini. Merupakan satu langkah kehadapan dalam merealisasikan Pembangunan Gugusan Manjoi dan memberikan pelbagai manfaat kepada penduduk di Gugusan Manjoi.

'Rujukan: Buku Program Pelancaran MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya Perak pada 23 Oktober 2007.'

Pautan Berkaitan[sunting | sunting sumber]