Manjung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Manjung
منجوڠ

Lambang
Manjung yang terletak di Malaysia
Manjung
منجوڠ
Koordinat: 4°11′N 100°39′E / 4.183°U 100.650°T / 4.183; 100.650
Negara  Malaysia
Negeri  Perak
Daerah Manjung
Kerajaan
 • Datuk Bandar Yaakop bin Fakir Mohd PCM., AMP., PJK.
Keluasan
 • Jumlah 1,168 km2 (451 sq mi)
Populasi (2002)
 • Jumlah 199,809
 • Kepadatan 171/km2 (440/sq mi)
Bunga Bunga Loceng
Laman web mpm.gov.my

Daerah Manjung telah menjadi destinasi utama pelancong ke Negeri Perak di mana Pulau Pangkor dan Teluk Batik telah menjadi tumpuan utama pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri. Visi pembangunan sektor pelancongan ialah menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan Daerah Manjung yang mempunyai penduduk seramai 191 ribu orang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Daerah Manjung pada sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dindings. Daerah ini pernah menjadi sebahagian dari Negeri - Negeri Selat yang pada ketika itu daerah ini berada dibawah pentadbiran Pulau Pinang. Daerah Dindings telah menjadi sebahagian dari Pulau Pinang sebaik sahaja Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh pihak Britain dengan Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Abdullah. Perjanjian ini ditandatangani bagi menghentikan pertumpahan darah akibat dari 2 peristiwa utama iaitu perebutan takhta di antara kerabat - kerabat diraja Perak sebaik sahaja kemangkatan Sultan Jaafar dan peperangan diantara Puak Ghee Hin dan Hai San di Larut untuk merebut kawasan perlombongan bijih timah di Jajahan Larut Taiping.

Sebagai syarat perjanjian tersebut, Sultan Perak perlu menerima seorang Residen British iaitu Sir JWW Birch, menyerahkan Jajahan Dindings kepada British, Perlantikan Penolong Residen di Taiping iaitu Kapten Speedy di Matang dan Sultan Ismail diturunkan dari takhta Perak.

Semasa era penjajahan Inggeris, Jajahan Dindings adalah merangkumi 3 kawasan utama iaitu Bandar Sitiawan, Bandar Lumut dan Pulau Pangkor sahaja. Walaubagaimanapun pada tahun 1937, setelah hampir 10 tahun Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Alang Iskandar telah merayu kepada British agar Jajahan Dindings dikembalikan ke pangkuan Perak dan British telah menyerahkan kembali pada tahun berkenaan. Alasan utama baginda, Perak tidak mempunyai kawasan berpantai. Setelah penyerahan Jajahan Dindings, Kerajaan Perak telah menyatukan jajahan berkenaan dengan Bruas dan kawasan - kawasan persisiran pantai bahagian selatan. Pada tahun 1973, Daerah Dindings telah diberi nama baru iaitu Daerah Manjung dan nama berkenaan berkekalan sehingga kini.

Pentadbiran Daerah Manjung[sunting | sunting sumber]

Pusat Pentadbiran Daerah Manjung kini terletak di Bandar Baru Seri Manjung yang merupakan sebuah kawasan perbandaran baru yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Perak melalui agensinya Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada awal tahun 1980'an.

Daerah Manjung mempunyai beberapa kawasan perbandaran dan pekan lain seperti Bandar Sitiawan, Bandar Lumut, Bandar Pantai Remis, Pekan Ayer Tawar, Pekan Lekir, Pekan Pangkor dan Pekan Beruas yang merupakan kawasan yang sibuk dengan pelbagai aktiviti. Daerah Manjung dikenali sebagai Bandar Maritim Negeri Perak sejajar dengan kepentingannya di dalam menyumbang kearah pembangunan maritim yang kaya di sekitar persisiran pantai daerah berkenaan.

Topografi[sunting | sunting sumber]

Majlis Daerah Manjung telah dinaiktarafkan kepada Majlis Perbandaran Manjung pada November 2001 selaras dengan pembangunan hartanah yang semakin meningkat di sekitar daerah berkenaan. Jarak Lumut dengan Pusat Pentadbiran Negeri Perak di Ipoh adalah 90 km melalui Lebuhraya Ipoh - Lumut dan juga boleh dihubungkan melalui Jalanraya Pesisir Pantai yang menghubungkan Pekan Changkat Jering di utara Perak dengan Pekan Gelang Patah di Johor.

Padang golf[sunting | sunting sumber]

  • Kelab Golf Samudera (9 lubang)
  • Damai Laut Golf & Country Club, Lumut (18 lubang)

Sukan air[sunting | sunting sumber]

Sukan air atau water sport merupakan rekreasi yang utama di kawasan laut. Terdapat dua kelab kapal layar yang beroperasi di Lumut :

  • Perak Yacht Club
  • Samudera Yacht Club.

Pantai, laut, pulau, hasil laut, tempat bersejarah, hutan bakau, hutan bukit dan kemudahan-kemudahan rekreasi adalah merupakan produk-produk pelancongan yang menjadi daya tarikan utama pelancong-pelancong tempatan mahupun luar negeri untuk datang ke Daerah Manjung yang indah ini. Di antara tempat-tempat menarik di daerah Manjung adalah seperti berikut:-

  • Pangkalan Tentera Laut Malaysia

Kawasan pelancongan[sunting | sunting sumber]

  • Teluk Batik (resort, pantai, taman permainan, rekreasi)
  • Teluk Rubiah (pantai, golf, sejarah) - telah ditutup, kini menjadi milik VALE SA.
  • Taman Esplanade, Lumut (rekreasi)
  • Pasir Panjang, Segari (pantai, pusat pembiakan penyu, memancing)
  • Teluk Senangin (pantai)
  • Pasir Bogak (pantai)
  • Teluk Nipah (pantai)
  • Pantai Puteri Dewi (pantai, resort)
  • Pangkor village (pantai)
  • Kota Belanda Pangkor (sejarah)
  • Batu Bersurat (sejarah)
  • Pangkor Laut (resort)
  • Pulau Sembilan (pulau, memancing, menyelam)
  • Teluk Segadas Pangkor
  • Jambatan Gantung (rekreasi)
  • Damai Laut Resort
  • Restoran Terapong Teluk Gedong (makanan laut)
  • Kampung Bharu (sukan air)
  • Kampung Teluk (pertanian)
  • Lata Ulu Licin Beruas (air terjun)
  • Muzium Beruas (bahan sejarah)
  • Pulau Marina (Marina Island, Teluk Muruh) (jeti dan pelancongan)

Bukit[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua buah bukit yang menjadi tempat rekreasi popular di daerah Manjong iaitu :

  • Bukit Engku Busu di Lumut
  • Bukit Pangkor di Pulau Pangkor.

Pelawat atau pelancong yang berjiwa mencabar boleh mencubanya di samping aktiviti meredah hutan. Beberapa kawasan untuk beristirahat juga telah dibangunkan.

Pasar Raya Utama[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai pusat beli-belah dalam Daerah Manjung

  • Pasar Raya RAPID (Cawangan Seri Manjung) - dulu dikenali sebagai Pasar Raya Billion (Seri Manjung)
  • Pasar Raya Billion (Cawangan Jalan Lumut)
  • Pasar Raya Billion (Cawangan Pantai Remis)
  • Pasar Raya Billion (Cawangan Ayer Tawar)
  • Pasar Raya Besar Giant (Hypermarket)
  • Pasar Raya Besar Tesco
  • Pusat Beli Belah Aeon Seri Manjung (Kini Dibuka Sepenuhnya) 19 Disember 2012
  • Pasar Raya The Store
  • Pasar Raya Econsave
  • Manjung Walk (One Town Avenue)- masih dalam perancangan
  • Pasar Raya Kamdar
  • Pasar Raya Rapid

Mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Beruas
  2. Mukim Lekir
  3. Mukim Lumut
  4. Mukim Pengkalan Baharu
  5. Mukim Sitiawan
  6. Bandar Lumut
  7. Pekan Ayer Tawar
  8. Pekan Beruas
  9. Pekan Changkat Keruing
  10. Pekan Damar Laut
  11. Pekan Kampong Baharu
  12. Pekan Kampong Koh
  13. Pekan Kampong Sitiawan
  14. Pekan Pangkor
  15. Pekan Pantai Remis
  16. Pekan Pasir Bogak
  17. Pekan Gurney
  18. Pekan Pengkalan Baharu
  19. Pekan Segari
  20. Pekan Sitiawan
  21. Pekan Sungai Pinang Kechil

Senarai masjid[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]