Manohara Odelia Pinot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Manohara Odelia Pinot
Warna rambut Hitam
Warna mata Coklat
Pasangan Tengku Muhammad Fakhry
(2008–2009)
Saudara George Manz (bapa)[1]
Daisy Fajarina (ibu)
Reiner Pinot Noack (bapa tiri angkat)

Manohara Odelia Pinot (lahir di Jakarta, Indonesia, 28 Februari 1992), atau digelar 'Mano', merupakan seorang model dari Indonesia sebelum berkahwin kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra mendapat gelaran Cik Puan Temenggong Kelantan. Wajahnya cantik kerana memiliki darah campuran Amerika Syarikat dan Bugis. Dia boleh berbahasa Inggeris, bahasa Perancis selain bahasa Indonesia.

Beliau merupakan isteri kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra, putera Sultan Kelantan, Malaysia, setelah berkahwin pada 26 Ogos 2008 di Malaysia. Gelaran beliau ialah Cik Puan Temenggong Kelantan. Mano yang mendakwa didera, menggemparkan masyarakat di Malaysia dan Indonesia. Masalah ini perlu diselesaikan segera agar tidak merosakkan hubungan Malaysia-Indonesia. Sudah berlaku siri tunjuk perasaan di Indonesia berhubung perkara ini.[2]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Bapanya George Mann warganegara Amerika Syarikat dan ibunya bangsawan Bugis, Daisy Fadjarina. Mereka tinggal di Jl Anggrek Cendrawasih Kav 5-7, Slipi, Jakarta Barat.[3] Manohara adalah anak bungsu, kakak sulungnya ialah Dewi Sari Asih. Manohara menjadi salah satu 100 Pesona Indonesia oleh Majalah Harper's Bazaar. Dia sangat sukakan makanan siomay.

Ibu mengidap penyakit kanser dan amat berharap bertemu dengan anaknya yang tercinta itu. Manohara bertemu dengan Tengku Temenggung Kelantan,Tengku Muhammad Fakhry Petra sewaktu Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkunjung ke Jakarta pada 2006. Tengku Muhammad Fakhry merupakan putera ke-3 Sultan Kelantan.

Laporan CCTV, Daisy berhutang dan masih tidak mampu membayar hutang tersebut. Dalam kebanyakan sidang media di televisyen, Daisy sentiasa bertudung dan biasa menggunakan telefon canggih.[4]

Daisy menafikan dia dan suaminya berhutang semasa berada di Perancis. Beliau juga menafikan dipenjara selama 4 dan 18 bulan kerana menyiksa pembantu rumahnya Shaliha (25).[5]Pada Februari 2007, suami Daisy berusaha mencium Shaliha. Sejak itu, Shaliha berkali-kali mengalami pelecehan seksual . Dikatakan, Daisy lari ke Indonesia dan tidak ada perjanjian ektradisi Indonesia-Perancis.[6] Hal ini dilaporkan dalam akhbar Perancis , Nice Matin pada 22 April 2008.[7] Sumber berita ini dari kerabat kerajaan Kelantan, Muhammad Ichsan Abdurahman Saleh, yang menetap di di Jalan Lodan II D, Ancol, Jakarta Utara, pada 15 Mei 2009.[8]

Mengerjakan umrah[sunting | sunting sumber]

Ibunya Daisy Farajina mendakwa anaknya dilarikan secara paksa setelah selesai mengerjakan umrah di Arab Saudi dengan sebuah jet dari Arab Saudi pada 26 Februari 2009 .Ibunya, Daisy Fajarina dan suami Tengku Fakhry mengerjakan umrah di Mekah. Sejak itu Jabatan Imigresen Malaysia menghalang keluarganya masuk ke Malaysia untuk bertemu dengan Manohara.[9]

Bertemu ibu di Singapura[sunting | sunting sumber]

Daisy mendapat maklumat bahawa seorang kerabat diraja Kelantan bahawa Manohara berada di Hotel Royal, Scotts Road, Singapura. Ketika itu Manohara menziarahi bapa mertuanya Sultan Kelantan yang sedang mendapatkan rawatan jantung. Lalu Daisy dan anaknya Dewi pergi Singapura. Atas maklumat seorang wanita, Daisy bertemu dengan Manohara di lif tingkat 3 hotel itu. Ketika itu Manohara sedang menjerit-jerit agar tidak dihalang-halang oleh pengawal. Sepasukan polis Singapura kemudian datang menenangkan keadaan.

Manohara Odelia melarikan diri ke Jakarta dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Walaupun tanpa dokumen lengkap, Manohara berjaya tiba ke Jakarta dengan bantuan Kedutaan Indonesia dan Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura dengan kerjasama Jabatan Imigresen Singapura. NGO Indonesia iaitu Laskar Merah Putih bertanggungjawab membawa lari wanita itu dari Singapura.

Dakwa dirinya didera[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Jun 2009, Detik.com melaporkan, ibunya mendakwa ada kesan seterika di dahi anaknya, selain kesan luka di bahagian dada. Pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan psikiatri akan dijalankan untuk mencari kebenaran dakwaan. Peguam akan menguruskan tuntutan cerai secepat mungkin. Kali ini, wanita itu sendiri mendakwa dianiaya . Sebelum ini ibunya Daisy Fajarina mendedahkan kes itu pada 20 April 2009 dan menggemparkan media Indonesia dan Malaysia.

Dalam sidang media langsung dari stesen televisyen TV One di Jakarta, Manohara dikatakan menyalahkan pihak istana yang mengetahui nasib buruk yang dialaminya tetapi tidak bertindak membelanya.Foto yang menunjukkan beliau dilukakan di bahagian dada telah diserahkan kepada polis Malaysia tetapi tiada tindakan diambil.Manohara Odelia juga menyalahkan media massa Malaysia yang sering memberikan gambaran bahawa beliau sentiasa dalam keadaan baik. Media Malaysia hanya mengambil foto tetapi tidak menyoal apa-apa kepada Manohara.Manohara menuduh kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur gagal menjalankan tugasnya dengan baik .Namun pegawai di Pejabat Luar Negeri Indonesia menafikannya.

Dalam wawancara Manohara Odelia dengan televisyen ANTV, Manohara mendakwa diberikan suntikan hormon untuk menambah berat badannya. Dia disuntik hormon dan berat badan saya bertambah 15 kg dalam waktu dua bulan. Malah 10 kg pertama kenaikan berat badan saya terjadi dalam waktu empat hari.Manohara juga menyatakan tidak mau kembali ke Kelantan dan menyatakan niatnya untuk bercerai dari Tengku Fakhry.

Laporan media Malaysia berbeza[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Mac 2009, Manohara mengiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mencemar duli merasmikan Pesta Flora di Taman Orkid Tengku Anis, Pengkalan Chepa ,Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.

Pada 16 April 2009, Manohara hadir pada majlis ramah mesra Cik Puan Temenggong dengan isteri-isteri wakil rakyat Pas di sebuah hotel di Kota Bharu.

Pada 26 April 2009, Tengku Mohammad Fakhry dan Manohara Odelia Pinot menyertai 50,000 peminat bolasepak Kelantan menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2009 di Stadium Nasional, Bukit Jalil .Kelantan tewas 1-4 kepada Selangor dalam penentuan sepakan penalti.

Pada 27 April 2009, Manohara dan suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry hadir pada majlis perasmian Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra Pulai Chondong, Machang , Kelantan. Turut berangkat ialah Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.[10]

Pada 28 April 2009, Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia, berangkat ke majlis perkahwinan anak lelaki Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa. Mereka bersalaman dengan pengantin Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnasari Didin Solahudin di Kampung Kota, Kota Bharu. .[11]


Reaksi kerajaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Istana Kelantan enggan memberikan sebarang ulasan. Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, menyatakan tiada kenyataan mengenai Manohara daripada pihak istana Kelantan di Kota Bharu.[12]

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menanggap hal ini sebagai masalah peribadi dan belum sampai ke peringkat untuk siasatan fizikal dan psikologi.[13]

Gambar penderaan[sunting | sunting sumber]

Manohara Odelia Pinot.
Gambar hadapan majalah Male, dada Manohara 2012, tanpa parut dera.

Pada 10 Jun 2009,Manohara menyerahkan 16 keping foto kepada ahli parlimen Partai Demokrat, Roy Suryo Notodiprojo tetapi hanya 10 yang dianalisis kerana bakinya tidak begitu jelas.Gambar itu dianalisis oleh ahli forensik Dr Abdul Mun'im Idries.Sekeping foto daripada 10 sedang dianalisis seorang pakar fotografi dan dimuatkan dalam akhbar internet terkenal Detik.com.

Foto itu dipercayai dirakam melalui kamera telefon bimbit Blackberry diambil sendiri oleh Manohara pada waktu malam antara Mac hingga April 2009.Terdapat 11 titik luka berbagai macam, sayatan (calar), sundutan (kesan cucuhan api rokok), dan lebam. Tarikh foto itu pada 10 Mac 2009 dan 29 Mac 2009.Foto kesan cucuhan api rokok di bahagian kening yang diambil pada 5 April 2009.Dua foto kesan calar di dada pada 6 April 2009. Terdapat bekas calar, suntikan dan kesan terbakar "seperti akibat diseterika" ditemui di bahagian-bahagian dada, leher, belakang dan paha Manohara.

Peguamnya Hotman Paris Hutapea menyatakan dua doktor yang memeriksanya telah mengambil gambar Manohara menggunakan kamera khas untuk mengecam kesan-kesan tersebut.[14]

Suami buat laporan polis[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Jun 2009,Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra tampil membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi ditemani peguamnya, Mohd Haaziq Pillay. Peguam menimbang tindakan undang-undang berhubung dakwaan palsu terhadap Tengku.Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman menyatakan siasatan akan dipindahkan ke Balai Polis Kubang Kerian, Kelantan kerana kes itu didakwa berlaku di Istana Kelantan yang terletak dalam daerah itu.[15]

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim memberitahu New Straits Times bahawa polis akan mendapatkan keterangan Manohara dan Daisy untuk melengkapkan siasatannya. Blog-blog yang memfitnah kerabat diraja Kelantan itu akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan.Teuku Faizasyah dari Kementerian Luar Indonesia di Jakarta menyarankan Manohara agar melaporkan sendiri kesnya kepada polis Malaysia tanpa perlu mengadu kepadanya. [16]

Isteri ingkar/nusyuz[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu telah memerintah Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat dan membayar semula hutang berjumlah RM1,112,250 kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra yang akan berkuat kuasa sebaik sahaja Tengku Muhammad Fakhry (kanan) melafazkan sumpah "Yamin Istizhar" (sumpah jelas) di mahkamah itu pada 3 Januari tahun depan.

Manohara yang memakai gelaran Cik Puan Temenggong, juga perlu membayar jumlah hutang itu secara sekali gus dalam tempoh 30 hari selepas selesai sumpah berkenaan disempurnakan, selepas hakim berpuas hati dengan segala keterangan pihak plaintif termasuk keterangan saksi sebelum ini dan setelah mengambil kira semuanya.

Manohara juga tidak diwakili mana-mana peguam selepas peguamnya sebelum ini Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri daripada mewakilinya pada 3 November lepas. Sewaktu membacakan penghakimannya, Mohd Yusof berkata tindakan Manohara yang melarikan diri ke Indonesia dan membuat kenyataan berbaur fitnah di media massa negara itu adalah suatu tindakan yang salah di sisi Islam sedangkan beliau telah dilayan dengan sebaik mungkin semasa tinggal bersama suaminya di Istana Mahkota di Kota Bharu.

Mohd Yusof berkata jika Manohara, yang juga seorang model di Indonesia, enggan kembali taat dalam tempoh 14 hari itu nanti, beliau mengikut undang-undang Islam merupakan isteri derhaka, nusyuz dan tidak berhak mendapat apa-apa keistimewaan lain daripada suaminya.

Mengenai tuntutan hutang, Mohd Yusof berkata disebabkan Manohara gagal hadir ke mahkamah untuk memberi kenyataan, mahkamah menyifatkan penafian Manohara bahawa wang itu merupakan pemberian oleh suaminya sebagai tidak relevan. Pihak mahkamah telah berpuas hati bahawa wujudnya dokumen dan wujud transaksi pemindahan wang kepada defendan dan mahkamah bersetuju dengan keterangan pihak plaintif yang boleh diterima pakai dan direkodkan.


Rujukan[sunting | sunting sumber]