Manuel Seoane

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari




Manuel Seoane
Seoane color 1923.jpg
Seoane memakai jersi Argentina pada tahun 1923.
Maklumat peribadi
Tarikh lahir 19 Mac 1902(1902-03-19)
Tempat lahir Piñeyro, Avellaneda, Argentina
Tarikh kematian 21 Ogos 1975 (umur 73)
Tempat kematian Quilmes, Argentina
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1918-1920 Club Progresista
1920-1921 Independiente
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1921-1923 Independiente (Jumlah dibawah)
1923-1925 El Porvenir ? (?)
1925 Boca Juniors ? (16)
1926-1933 Independiente 264 (233)
Pasukan kebangsaan
1924-1929 Argentina 19 (14)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga Jun 2012.
† Kemunculan (Gol).

Manuel Seoane (19 Mac 1902 - 21 Ogos 1975), gelaran diberi La Chancha, ialah seorang pemain bola sepak Argentina yang bermain di posisi penyerang.

Seoane dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman bagi kelab Independiente dan juga bagi pasukan Argentina. Beliau diiktiraf oleh media massa dan juga penyokongnya sebagai seorang yang mempunyai semangat berpasukan dan pandai mencanang strategi, serta bijak menganalisis permainan bola sepak dari segi teknikal. Beliau juga merupakan penyerang yang sangat hebat, mempunyai rekod jaringan tertinggi sekali semasa era permulaan bola sepak di Argentina dengan 196 gol. Beliau kemudiannya menjadi ketua jurulatih bagi pasukan Argentina dalam tahun 1930-an.


Karier[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Seoane bermain untuk kelab Independiente.

Seoane memulakan kariernya di kelab Club Progresista semasa berusia 15 tahun. Selepas beliau menamatkan satu perlawanan latihan dengan 2 gol, beliau menyertai Independiente, di mana beliau membuat penampilan rasmi pertama pada 6 Mac 1921, dalam perlawanan menentang San Lorenzo.

Independiente menang kejohanan pertamanya pada tahun 1922[1], di mana pada ketika itu pasukan Independiente dibentuk dari pemain-pemain terhandal seperti Raimundo Orsi, Canaveri, Lalín, Ravaschino dan juga Seoane.

Sepanjang kariernya bersama kelab, Seoane bermain sebanyak 264 perlawanan dan menjaringkan 241 gol. Beliau pernah menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Argentina sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1922, 1926 dan 1929. Beliau juga membantu kelabnya memenangi kejuaraan liga pada tahun 1922 dan 1926.

Pada tahun 1923, beliau telah diarah keluar dari padang selepas berlaku satu insiden dengan pengadil perlawanan, menyebabkan beliau digantung dari bermain untuk liga yang dianjurkan oleh "Asociación Argentina de Football". Insiden itu menyebabkan beliau berpindah ke kelab El Porvenir.

Pada tahun 1925, beliau menyertai Boca Juniors dalam jelajah Eropah di mana beliau menyumbat 16 daripada 40 gol.

Selepas hukuman gantungnya tamat, beliau kembali bersama kelab Independiente pada tahun 1926. Pada tahun itu, kelab Independiente memenangi kejuaraan liga dengan beliau merupakan penjaring terbanyak dengan 76 gol[2].

Negara[sunting | sunting sumber]

Seoane mewakili pasukan Argentina pada tahun 1924 hingga 1929. Beliau pernah bermain dalam Copa América mewakili pasukan Argentina pada tahun 1924, 1925, 1927 dan 1929[3]. Beliau juga merupakan salah seorang pemain Argentina yang memenangi kejohanan Copa América pada tahun 1925, 1927 dan 1929 di mana beliau juga merupakan penjaring terbanyak kejohanan pada tahun 1925 dengan 6 gol.

Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Seoane merupakan ketua jurulatih pasukan Argentina pada tahun 1934 dan 1937.


Akhir hayat[sunting | sunting sumber]

Beliau bersara pada tahun 1933 akibat masalah berat badan. Pada 22 Ogos 1934, kelab Independiente menganjurkan satu perlawanan amal untuk mengutip dana bagi menghadiahkan Seoane sebuah rumah[4].

Seoane meninggal dunia pada 21 Ogos 1975 di Quilmes[5].

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Musim Kelab Pencapaian
1922 Argentina Independiente Liga Perdana Argentina
1926 Argentina Independiente Liga Perdana Argentina


Negara[sunting | sunting sumber]

Tahun Pasukan Kejohanan Pencapaian
1925 Argentina Argentina Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1925 Johan
1927 Argentina Argentina Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1927 Johan
1929 Argentina Argentina Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1929 Johan


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]