Maou

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maou
Muka depan DVD Drama Maou
Juga dikenali sebagai
Maō
The Devil (BI)
Iblis (BM)
GenreDrama
Saspen
Misteri
Pembunuhan
PenciptaPark Chan Hong
Kim Ji Woo
Lee Duk Kwun
Ditulis olehYōichi Maekawa
Masafumi Nishida
PengarahArata Katō
Toshio Tsuboi
Tsuyoshi Katayama
Dibintangi oleh
Satoshi Ohno
Toma Ikuta
Ryoko Kobayashi
Penggubah lagu tema
Hydrant
Lagu pembukaantruth oleh Arashi
PenggubahHiroyuki Sawano
Negara asalJepun Jepun
BahasaJepun
Bilangan episod11
Penerbitan
Penerbit eksekutifMasanao Takahashi
Ryōsuke Watanabe
Tempoh siaranlebih kurang 49 minit
Penyiaran
Saluran asalTBS
Format gambarNTSC (480i)
Format audioSurround
Siaran asal4 Julai 2008 – 12 September 2008
Kronologi
Diikuti olehRyūsei no Kizuna
Rancangan berkaitan
Ma Wang (Versi Korea)
Pautan luar
Laman sesawang

Maou (Jepun: 魔王, Hepburn: juga dikenali sebagai The Devil, atau Iblis), adalah drama Jepun bergenre saspen buatan semula daripada Korea yang bertajuk Ma Wang (마왕) yang disiarkan di KBS 2TV pada 2007. Drama ini dibintangi oleh Satoshi Ohno dari Arashi dan Toma Ikuta, mereka berdua sebenarnya dibawah agensi bakat Johnny & Associates.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Ryo Naruse (Satoshi Ohno) ialah seorang peguam bermuka dua: di luar, dia sangat baik hati, selalu membela yang tidak bernasib baik dan mendapat gelaran "Peguam Malaikat" dari media massa; tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa dia seorang berhati "iblis", bermuslihat dalam membalas dendam terhadap kematian adiknya. Naoto Serizawa (Toma Ikuta) ialah seorang detektif yang agak gelojoh dan menjadikan pekerjaan detektif sebagai penghapusan dosa masa silam yang pernah dilakukannya. Apabila kenalan keluarga Serizawa dibunuh, Serizawa turut terjebak dalam permainan konflik pembunuhan yang juga bercampur dengan masa silamnya yang gelap.

Lagu Tema Pembukaan[sunting | sunting sumber]

Lagu tema bagi siri ini adalah "Truth" oleh Arashi, sebuah kumpulan penyanyi lelaki Jepun yang terkenal dan Satoshi Ohno merupakan ketua dalam kupulan itu. Dalam pratonton video promosi "Truth" pada program berita siaran hiburan pagi di TBS iaitu 2jichaō, Ohno menyatakan maksud dalam lagu ini adalah sama seperti penghayatan terhadap drama ini. Arashi menunjukkan tarian mereka dalam video promosi "Truth" bersama Ohno sebagai ketua. Tarian ini dihebohkan dalam laman rasmi Maou. (ditulis oleh staf / penerbit dan diposkan dalam laman rasmi mereka) Ohno sentiasa berlatih beberapa gerakan tarian itu diantara masa sebelum rakaman drama kerana jadualnya yang padat.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

  • Satoshi Ohno sebagai Ryo Naruse (Nama samaran, Toomo Manaka yang sebenar)
  • Toma Ikuta sebagai Naoto Serizawa
  • Ryoko Kobayashi sebagai Shiori Sakita
  • Kei Tanaka sebagai Hitoshi Kasai
  • Shugo Oshinari sebagai Mitsuru Souda
  • Tomohiro Waki sebagai Yosuke Ishimoto
  • Misa Uehara sebagai Kaoru Takatsuka
  • Mai Shinohara sebagai Eri Nishina
  • Yutaka Shimizu sebagai Keita Yamano
  • Kisuke Iida sebagai Kanrikan Ishihara
  • Toshihide Tonesaku sebagai Takashi Kurata
  • Michiko Kichise sebagai Mari Serizawa
  • Hitori Gekidan sebagai Noriyoshi Serizawa
  • Yuji Miyake sebagai Hiromichi Nakanishi
  • Koji Ishizaka sebagai Eisaku Serizawa

Pelakon Tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Hiroki Kouno sebagai Toomo Manaka (budak)
  • Toshi Takeuchi sebagai Hideo Manaka
  • Haruki Kimura sebagai Naoto Serizawa (budak)
  • Kayano Masuyama Shiori Sakita (budak)
  • Yuto Uemura sebagai Hitoshi Kasai (budak)
  • Haruo Honma sebagai Mitsuru Souda (budak)
  • Ryunoshin Nakamura sebagai Yosuke Ishimoto (budak)

Pelakon Undangan[sunting | sunting sumber]

  • Kazunari Ninomiya sebagai Masayoshi Kumada (episod 1)
  • Mayumi Sebagaiaka sebagai Yoshimi Manaka (episod 1, 2, 4)
  • Tetsuo Morishita sebagai Takahiro Kumada (episod 1, 2)
  • Kitaro sebagai Kunio Haysebagaihi (episod 1, 2)
  • Kaoru Okunuki sebagai Tae Shintani (episod 2-4)
  • Momoka Oono sebagai Sora Shintani (episod 2-5, 7)
  • Naomsebagaia Musaka sebagai Takahiro Ikehata (episod 4-7)
  • Yuka sebagai Makiko Naruse (episod 4-7)
  • Outa Tanino sebagai Ryo Naruse yang sebenar (episod 5)
  • Kyusaku Shimada sebagai Oosumi Kazuma (episod 5-7, 9)

Senarai Episod[sunting | sunting sumber]

Episod Tajuk
01 Iblis pendendam yang melemparkan kasih sayang - syaitan yang bersedih
02 Satu perangkap khianat... Ibu bapa dan anak terpisah
03 Wajah sebenar seseorang terdedah, berdendam demi kasih sayang
04 Mensasarkan syaitan, pintu-pintu neraka telah dibuka
05 Notis pendahuluan membunuh...? Menerima sampul merah dari syaitan
06 Beritahu saya... Siapakah disebalik semua ini!!
07 Adik-beradik palsu... Satu penipuan yang menjerumus kematian
08 Tamatnya kasih sayang terhalang... Untuk dendam, sekali lagi
09 Sayalah dalangnya. Tradegi seorang lelaki yang banyak mengetahui.
10 Keruntuhan rumah tangga ... Kad terakhir adalah kematian!!
11 Pertunjukan terakhir. Ikatan yang terputus dengan kematian!!

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]