Marabahaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Marabahaya ialah lagu berbahasa Melayu yang dicipta dan dirakam oleh Pop Shuvit pada tahun 2007 untuk dijadikan lagu tema filem dan siri TV Impak Maksima.

Pada tahun 2008, Pop Shuvit berganding bahu bersama lima buah kumpulan hip-hop dari seluruh Asia Tenggara, iaitu Ahli Fiqir (Singapura), Saint Loco (Indonesia), Slapshock (Filipina), Silksounds (Thailand) dan Thaitanium (Thailand), maka terbentuknya supergroup Project E.A.R (East Asian Revolution). Supergroup ini merakam semula lagu Marabahaya dalam lima bahasa iaitu bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Tagalog dan Thai.

Versi Project E.A.R dicalonkan untuk anugerah Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik dalam temasya Anugerah Industri Muzik ke-16 pada tahun 2009.

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan