Maran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maran
Daerah
Peta Malaysia.

Bendera

Lambang
Lagu kebangsaan:

Negaraku
Maran yang terletak di Malaysia
Maran
Koordinat: 3°35′03″N 102°46′59″W / 3.584222°U 102.7829611°B / 3.584222; -102.7829611
Negara Malaysia Malaysia
Negeri  Pahang
Mukim Mukim Luit
Daerah Maran
Kerajaan
 • Jenis Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
 • Perdana Menteri YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
 • Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin
 • Pegawai Daerah Maran Dato' Haji Fadzilla Bin Haji Salleh
Keluasan[1]
 • Jumlah 770.50 sq mi (1,995.59 km2)
Populasi ( N/A )
 • Celik huruf ( lelaki, perempuan)
 • Pecahan menurut jantina % lelaki dan  % perempuan
Zon waktu GMT (UTC+8)
 • Musim panas (DST) GMT (UTC+8)
Poskod 26500

Daerah Maran adalah merupakan Daerah ke 10 daripada 11 Daerah di dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Pengisytiharan pengujudan Daerah Maran telah dibuat melalui Watikah Perisytiharan Daerah Maran yang telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Pahang Jd. 34 Bil.14 pada 13 Mei 1981.Sebelum pengisytiharan itu Daerah Maran terletak sebahagian daripada Daerah Temerloh dan sebahagian lagi Daerah Pekan. Pejabat Daerah Dan Tanah Maran pula ditubuhkan pada 23 Mei 1981 dengan Pegawai Daerah yang pertama ialah En. Ariffin bin Yusoff @ Yusoh. Keluasan Daerah Maran ialah 1917 kilometer persegi.[1][2] Maran mempunyai hasil pertanian, perternakan, dan macam-macam lagi untuk kemudahan penduduknya.

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Maran ialah Sungai Berkelah dan Lubuk Yu. Antara pekan-pekan kecil yang terdapat di dalam daerah Maran adalah Pekan Tajau, Pekan Awah, Pekan Chenor dan Pekan Sungai Jerik yang juga digelar Tong Kiat. Bandar Jengka yang menjadi nadi kepada masyarakat Jengka juga terletak dalam daerah Maran ini.

Sejarah nama[sunting | sunting sumber]

Menurut sumber yang diperolehi daripada arkib simpanan Majlis Daerah Maran, nama Maran berasal dari nama sebuah sungai kecil yang mengalir dari Hulu Teladas ke Ulu Kampung Luit.

Walaubagaimanapun, menurut cerita dari seorang batin orang asli yang bernama Batin Tawang bin Isa yang tinggal di Kampung Merbau berhampiran Kampung Serengkam, nama Maran itu berasal dari cerita dahulukala dimana kira-kira tujuh orang asli sedang bermalam ditepi sebuah sungai (sungai Maran sekarang).

Sedang mereka tidur, mereka telah dikejutkan oleh satu lembaga yang dikatakan adalah jelmaan harimau jadian. Enam dari orang asli itu berjaya melarikan diri dan meninggalkan seorang dari sahabatnya bersama-sama dengan lembaga itu. Tetapi lembaga itu tidak mengapa-apakan orang asli itu tetapi membahasakan dirinya sebagai 'Maran' atau 'Sahabat' serta menyuruh orang asli tadi menuruti sahabat mereka semula dengan menyusur sungai. Dalam perjalanan menyusur sungai inilah orang asli tadi menggelarkan sungai itu dengan nama Sungai Maran.

Kesahihan cerita tadi tidak dapat dipastikan kerana cerita sebenar yang berdasarkan fakta sejarah tulen masih belum terbongkar hingga ke masa ini.[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Bukit Segumpal
  2. Mukim Chenor
  3. Mukim Kertau
  4. Mukim Luit
  5. Bandar Maran
  6. Pekan Chenor
  7. Pekan Sri Jaya

Parlimen dan DUN[sunting | sunting sumber]

Parlimen[sunting | sunting sumber]

Parlimen Maran Parlimen Kuala Krau

DUN[sunting | sunting sumber]

DUN Luit DUN Chenor DUN Kuala Sentul DUN Jengka

Ahli-Ahli Yang Berhormat Daerah Maran[sunting | sunting sumber]

Parlimen[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen Maran
Y.B. Dato' Haji Ismail Bin Abd Muttalib
Ahli Parlimen Kuala Krau
YB. Dato’ Haji Ismail bin Mohd Said

DUN[sunting | sunting sumber]

  • ADUN Chenor
  • ADUN Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Bt. Shamsuddin
  • ADUN Luit, Dato' Haji Ahmad Munawar Bin Haji Abdul Jalil
  • ADUN Jengka, YB. Wan Salman bin Wan Ismail

Infrastuktur[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sektor pendidikan amat ditekankan dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri (3), Sekolah Rendah Agama Rakyat (1) Sekolah Menengah Kebangsaan (15), Sekolah Kebangsaan (48), Sekolah Jenis Kebangsaan (3), Sekolah Menengah Teknik (1) Universiti Teknologi Mara (UiTM ) dan Kolej Sentral untuk Institut Pengajian Tinggi.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Terdapat Hospital (1), Klinik Kesihatan (4), Klinik Desa (30), Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak Rumah Bidan Kerajaan (6). Klinik Kesihatan Maran telahpun dinaiktaraf dengan mempunyai kemudahan sebuah hospital

Tempat ibadat[sunting | sunting sumber]

Hampir setiap Mukim dan kawasan disediakan dengan sekurang-kurangnya sebuah masjid. Diuruskan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang. Masjid As-Syakirin yang terletak di tengah bandar merupakan salah satu mercu tanda.

Dewan orang ramai[sunting | sunting sumber]

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah membina banyak dewan kegunaan orang ramai. Digunakan untuk aktiviti-aktiviti awam di samping digunakan sebagai gelanggang sukan. Dewan utama di Maran ialah Dewan Jubli Perak dan Dewan Belia dan Sukan.

Ruang pernigaan[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan kemudahan ruang perniagaan samada secara sewaan atau belian. Antara badan yang turut menyediakan lokasi ialah MARA dan pihak swasta. Antara lokasi ruang peniagaan yang utama adalah sekitar Bandar Jengka dan R&R.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]