Marang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Daerah Marang
Geografi
Status Daerah
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Terengganu
Daerah Daerah Marang
Keluasan N/A

Marang merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Terengganu, Malaysia. Marang menjadi tempat perhentian untuk menyeberang ke Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia, dan lain-lain. Pulau Kapas merupakan pulau yang indah, menarik pengunjung dari serata dunia.

Muka bumi[sunting | sunting sumber]

Marang terletak di tepi Laut China Selatan. Banyak muka buminya adalah kawasan paya di sebelah barat. Sungai Marang mengalir dari Bukit Kor dan Gunung Gajah Terom (1206 m). Selain kawasan berpaya, terdapat juga kawasan berbukit yang sederhana tinggi yang sejajar dengan pantai yang paling panjang di Semenanjung ini.



Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Pentadbiran Daerah Marang telah bermula daripada pemerintahan Baginda Omar (1839-1876) yang diketuai oleh pembesar-pembesar daerah yang dilantik oleh Sultan. Pentadbiran oleh pembesar daerah ini adalah berasaskan kepada pemerintahan kawasan sungai (River District).

Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dari tahun 1881 hingga 1918, Yang Di-Pertuan Muda Tengku Mohamad telah diberi kuasa untuk menjaga kawasan Sungai Marang manakala Tengku Putra yang diwakili isterinya iaitu puteri kepada Tengku Long dan Tengku Safiah diberi kuasa untuk menjaga kawasan Sungai Merchang. Mereka bertanggungjawab menjalankan pentadbiran kutipan cukai dan hasil. Penghulu-penghulu tidak mempunyai kuasa mentadbir kerana kuasa mereka hanya terhad kepada kampung - kampung tertentu sahaja.

Pada tahun 1912, sistem pentadbiran daerah oleh pembesar-pembesar daerah telah digantikan oleh Pegawai Daerah yang juga mentadbir berasaskan pemerintahan kawasan sungai (River District.). Pegawai Daerah Marang yang dilantik itu akan mentadbir kawasan River District yang merangkumi di dalam Daerah Marang termasuk Merchang.

Pada tahun 1923, ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari tahun 1920 hingga 1942, Pesuruhanjaya British yang pertama di Terengganu iaitu J.L Humphreys telah memperkenalkan sistem pentadbiran wilayah yang baru di mana Daerah Kuala Terengganu, Kuala Berang dan Marang diletakkan dibawah Jajahan Tengah dengan Pusat Pentadbiran di Kuala Terengganu. Daerah-daerah lain seperti Kemaman, Kemasik, Paka dan Dungun telah diletakkan di bawah Jajahan Timur dengan Pusat Pentadbiran di Kemaman. Manakala Besut dan Setiu diletakkan di bawah Jajahan Barat dengan Pusat Pentadbiran di Kampung Raja. Setiap jajahan tersebut diketuai oleh seorang pesuruhjaya dan dibantu oleh seorang penasihat British dan seorang District Officer (D.O).

Bagi memperkemaskan lagi pentadbiran daerah, Bangunan Pejabat Daerah Marang yang pertama telah dibina pada tahun 1915 berasaskan model Pejabat Daerah Johor. Berdasarkan maklumat lisan, bangunan Pejabat Daerah Marang yang pertama telah dibina di tepi Muara Sungai Marang. Seramai 40 orang Pegawai Daerah yang telah sempat memberikan khidmat mereka di Daerah Marang.

Arus perkembangan semasa selepas tahun 1960 di mana program pembangunan luar bandar dipergiatkan bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat menyaksikan Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Marang yang ada itu tidak lagi dapat menampung pertambahan bilangan kakitangan dan penyimpanan dokumen jabatan yang semakin meningkat. Bagi mengatasi masalah kesesakan tersebut, bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Marang yang ketiga telah dibina dan disiapkan pada tahun 1965. Bangunan dua itu sempat digunakan selama 31 tahun dan sekarang telah dijadikan Pejabat Majlis Daerah Marang. Antara Pentadbir Tanah yang telah sempat berkhidmat ialah:

  1. En. Abdul Rahman bin Nasir ( Y. Bhg. Dato' Setia Wangsa)
  2. En. Hashim bin Sulaiman ( Y. Bhg. Dato' Lela Jasa)
  3. En. Omar bin Pilus ( Y. Bhg. Dato' Bentara Luar)
  4. YM. Tg Abdul Jalil bin Omar ( YBM Tg Seri Bijaya Raja)
  5. En. Wan Salleh b. Mahmood
  6. YM. Syed Omar bin Mohamad (YBM. Engku Bijaya Sura)
  7. En. Mustaffa bin Abu Bakar
  8. En Wan Abdul Manan bin Chik (Y. Bhg. DAto' Setia Bakti)
  9. Y. Bhg. Dato' Zahid bin Muda
  10. Y. Bhg. Dato' Hj Abdullah bin Mohd
  11. Y. Bhg. Dato' hj Che Mat bin Jusoh
  12. Y. Bhg Dato' Hj saad bin Boto'
  13. Y. Bhg. dato' Hj Baharuddin b. Ismail

Dari segi kawasan pentadbiran daerah, Daerah Marang sebelum tahun 1985 merangkumi 4 buah mukim sahaja iaitu Mukim Rusila, Mukim Pulau Kerengga, Mukim Jerung dan Mukim Merchang dengan penduduknya berjumlah seramai 54,996 orang. Mulai 1 Januari 1985, Daerah Marang telah diperluaskan dengan menambah 2 buah mukim baru iaitu Mukim Bukit Payong dan Mukim Alor Limbat yang dahulunya terletak di bawah pentadbiran Daerah Kuala Terengganu.

Bilangan pegawai dan kakitangan PDTM sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Sehingga awal tahun 1990an, bilangan ini telah meningkat kepada 159 orang bagi mengimbangi bebanan kerja yang semakin bertambah. Disebabkan oleh masalah keperluan ruang pejabat yang semakin mendesak, pada tahun 1994 bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Marang yang keempat telah dibina dan mula diduduki pada September 1996.

Bangunan baru PDTM ini dibina atas tapak seluas 2.800 hektar terletak di tepi Jalan Marang / Wakaf Tapai iaitu dibelakang Bangunan PDTM yang kedua dan ketiga. Bangunan baru setinggi 3 tingkat dengan keluasan lantai 3, 285.989 meter persegi menelan belanja sebanyak RM4,802,475.00 telah disiapkan pada Jun 1996. Antara Pegawai Daerah yang telah berkhidmat di bangunan baru ini ialah :-

  1. Tn Hj Long bin Abd. Rahman
  2. Tn Hj Muhatar bin Abdullah
  3. Tn Hj Hashim bin Mamat
  4. En. Osman bin Muda

Bangunan PDTM yang keempat ini telah dirasmikan oleh KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Terengganu Darul Iman serta Segala Jajahan Takluknya pada 19 Julai 1999.

Bandar Marang dahulu yang bangunannya terdiri daripada bangunan kayu, di mana sekarang ini, bandar Marang telah pun membangun dengan pesat. Pertumbuhan ekonomi semakin maju dan pesat.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Jerung
  2. Mukim Mercang
  3. Mukim Pulau Kerengga
  4. Mukim Rusila
  5. Mukim Alur Limbat
  6. Mukim Bukit Payung
  7. Mukim Bandar Marang
  8. Pekan Bukit Payung
  9. Mukim Pengkalan Berangan

Kampung/Taman Perumahan[sunting | sunting sumber]

  1. Kampung Tebakang
  2. Kampung Sentul Patah
  3. Bukit Kor
  4. Kampung Surau Haji Ibrahim
  5. Kampung Baru Rhu Muda
  6. Kampung Bukit Parit
  7. Kampung Durian Guling
  8. Kampung Binjai Rendah
  9. Kampung Gong Nangka
  10. Kampung Kelulut
  11. Kampung Kijing
  12. Kampung Mak Kemas
  13. Kampung Pantai Merchang
  14. Kampung Padang Merchang
  15. Kampung Gong Kassim, Merchang
  16. Kampung Durian Pahit, Merchang
  17. Kampung Selawa, Marchang
  18. Kampung Alor Ketitir, Merchang
  19. Kampung Kelubi, Merchang
  20. Kampung Pasir Putih, Merchang
  21. Kampung Telaga Air, Merchang
  22. Kampung Jambu Bongkok, Merchang
  23. Kampung Baru Jambu Bongkok, Merchang
  24. Kampung Bukit Murai, Jambu Bongkok, Merchang
  25. Kampung Tanjung Gadoh, Jambu Bongkok, Merchang
  26. Kampung Tok Asing, Jambu Bongkok, Merchang
  27. Kampung Rhu Kubor, Merchang
  28. Kampung Pantai Seberang Marang
  29. Kampung Paya Marang
  30. Kampung Pulau Kekabu, Marang
  31. Kampung Paya Hulubalang,Marang
  32. Kampung Tok Fakir, Merchang
  33. Kampung Tanah Lot, Merchang
  34. Kampung Baru Tanah Lot, Merchang
  35. Kampung Pulau Kerengga Marang
  36. Kampung Padang Rambai Jantan, Jerong
  37. Kampung Rhu Rendang Marang
  38. Kampung Rhu Rendang Pantai Marang
  39. Kampung Rhu Renggeh Marang
  40. [[Kampung Rusila]] Marang
  41. Kampung Padang Kapas, Rusila
  42. Kampung Belubor, Rusila
  43. Kampung Seberang Bukit Payong
  44. Kampung Sungai Kerak Marang
  45. Kampung Wakaf Tapai
  46. Kampung Batangan, Marangh
  47. Kampung Balik Bukit, Marang
  48. Kampung Jenang, Marang
  49. Kampung Pengkalan Nyireh, Marang
  50. Kampung Pak Salam, Marang
  51. Kampung Pengkalan Raja, MArang
  52. Kampung Alur Gali, Marang
  53. Kampung Banggol Ciak, Marang
  54. Kampung Rhu Dua, Marang
  55. Kampung Gong Beris, Marang
  56. Kampung Pengkalan Berangan, Marang
  57. Kampung Pengkalan Lebam, Pengkalan Berangan
  58. Kampung Chador, Pengkalan Berangan
  59. Kampung Jerong Tuan, Pengkalan Berangan
  60. Kampung Jerong Seberang, Pengkalan Berangan
  61. Kampung Alor Wan Syed, Kubu, Marang
  62. Kampung Kubu, Marang
  63. Kampung Bukit Jetit, Marang
  64. Kampung Temiang, Marang
  65. Kampung Padang Terik. Marang
  66. Kampung Bukit Gasing, Marang
  67. Kampung Telaga Batu, Marang
  68. Kampung Bukit Che Ali, Marang
  69. Kampung Bukit Keruin, Marang
  70. Kampung Bukit Jepun, Marang
  71. Kampung Tertak Batu, Marang
  72. Kampung Gondang, Marang
  73. Kampung Sungai Serai, Marang
  74. Kampung Alor Pak Bang, Marang
  75. Kampung Kastam Lama, Marang
  76. Kampung Darat Pak Chan, Marang
  77. Kampung Surau Ayah Da, Marang
  78. Kampung Padang Hangus, Marang
  79. Kampung Alor Tuman, Marang
  80. Kampung Hujung Dal, Marang
  81. Kampung Padang Haji Hussein, Marang
  82. Kampung Alor Nipah, Marang
  83. Kampung Serating, Marang
  84. Kampung Masjid Haji Said, Marang
  85. Kampung Baru Bukit Kecil, Marang
  86. Kampung Baru Kuala Tengah, Marang
  87. Kampung Paya, Marang
  88. Kawasan Perindustrian Bukit Kor, Marang
  89. Kampung Baru Perpindahan Sungai Kerak, Marang
  90. Kampung Gong Cempedak, Marang
  91. Kampung Gong Tepas, Marang
  92. Kampung Pengkalan Setar, Marang
  93. Kampung Tengah Setar Kiri, Marang
  94. Kampung Bukit Jejulong, Wakaf Tapai
  95. Kampung Bukit Kulim, Marang
  96. Kampung Bukit Baru, Marang
  97. Kampung Bukit Cempedak, Marang
  98. Kampung Chendering Baru, Marang
  99. Taman Aquarius, Marang
  100. Taman Istiwa Wakaf Tapai
  101. Taman Kurnia Jaya, Marang
  102. Taman Laily, Marang
  103. Taman Perumahan Darat Pak Chang, Marang
  104. Taman Raya Wakaf Tapai
  105. Taman Perumahan Bukit Indah, Marang
  106. Taman Kalongan Melor Rhu Rendang , Marang
  107. Kampung Pasir Puteh, Merchang
  108. Taman Sri Purnama Seberang Marang, Marang
  109. Taman Medan Jaya, Rusila
  110. Taman Medan Jaya 1, Rusila
  111. Taman Purnama Medan Jaya, Rusila
  112. Taman Dato' Ibrahim, Marang
  113. Taman Perumahan RAKR Desa Permai, Marang
  114. Taman Perumahan RAKR Sungai Kerak, Marang
  115. Taman Rhu Renggeh, Marang
  116. Taman Rasidah,Rusila
  117. Taman Medan Rhu, Rusila
  118. Perumahan Taman Rahmat,Pulau Kerengga
  119. Perumahan Taman Perkaya, Pulau Kerengga
  120. kampung Pengkalan Kuin, Marang

Agensi kerajaan[sunting | sunting sumber]

  1. Amanah Ikhtiar Malaysia,Rumah Kedai Mdm Sungai Kerak, 21600 Marang
  2. Arked Mara
  3. Kedai Mara, Bandar Marang, 21600 Marang
  4. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia , Kompleks Lkim, 21600 Marang
  5. Majlis Daerah Marang, 21600 Marang
  6. Pejabat Daerah Marang, Jalan Besar, 21600 Marang
  7. Pejabat Jabatan Kerja Raya, Jalan Dungun, Bandar Marang, 21600 Marang
  8. Penjara Terbuka Marang, Kampung Pulau Kerengga, 21610 Marang
  9. Pos Malaysia Bhd,Pejabat Pos Baru, 21600 Marang
  10. Risda Daerah Marang, 21600 Marang
  11. Telekom Malaysia Bhd,Ibu Pejabat TM Kawasan Timur, Medan Jaya, 21080 Marang
  12. Yayasan Tekun Nasional,Kedai Mara, Bandar Marang, 21600 Marang
  13. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu(MAIDAM) Pekan Marang, 21600 Marang.
  14. Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Marang,Kampung Paya, 21600 Marang
  15. Pejabat Pelajaran Daerah Marang.
  16. Pejabat Penerangan Daerah Marang
  17. Pejabat Pendaftaran Negara Daerah Marang.
  18. Pejabat Agama Daerah Marang.
  19. Mahkamah Majisteret Daerah Marang.
  20. Mahkamah Majisteret Jabatan Agama Islam Daerah Marang.
  21. Perpustakaan Awam Daerah Marang, 21600 Marang
  22. Pusat Sumber Daerah Marang, 21600 Marang.
  23. Pejabat Veterina Daerah Marang, 21600 Marang
  24. Pejabat Veterina Wakaf Tapai, 21400 Marang
  25. Pejabat Tabung Haji Daerah Marang, 21600 Marang
  26. Ibu Pejabat Daerah Polis Marang, 21600 Marang
  27. Balai Polis Marang, 21600 Marang
  28. Balai Polis Merchang, 21400 Marang
  29. Balai Polis Wakaf Tapai,21400 Marang
  30. Balai Polis Bukit Payong, 21400 Marang
  31. Pondok Polis Pengkalan Berangan, 21400 Marang
  32. Agricultural Department Binjai Rendah, 21400 Marang

Koperasi[sunting | sunting sumber]

  1. Koperasi Pekebun Kechil Daerah Marang Bhd,Rumah Kedai Sungai Kerak, 21600 Marang
  2. Koperasi Pembangunan Daerah Marang Bhd,Bgn Lama Pejabat Daerah Marang, Jalan Besar, 21600 Marang
  3. Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Rusila Bhd,Sekolah Men Keb Rusila, 21080 Marang

FELCRA[sunting | sunting sumber]

  1. FELCRA Bhd,Felcra Bukit Jetit, 21600 Marang
  2. Felcra Bukit Jetit, 21600 Marang

Bekalan elektrik[sunting | sunting sumber]

  1. Tenaga Nasional Bhd,Bgn Majlis Daerah Marang, 21600 Marang
  2. Tenaga Nasional Bhd,Bgn Majlis Daerah Marang, Jalan Wakaf Tapai, 21600 Marang

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Kebangsaan Marang, 21600 Marang
  2. Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, 21600 Marang
  3. Sekolah Kebangsaan Kelulut, 21600 Marang
  4. Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga, 21600 Marang
  5. Sekolah Kebangsaan Serting, 21600 Marang
  6. Sekolah Kebangsaan Gong Nangka, 21600 Marang
  7. Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, 21600 Marang
  8. Sekolah Kebangsaan Sentol Patah, 21600 Marang
  9. Sekolah Kebangsaan Rusila, 21600 Marang
  10. Sekolah Kebangsaan Ru Rendang, 21600 Marang
  11. Sekolah Kebangsaan Kubu, 21400 Marang
  12. Sekolah Kebangsaan Gong Balai, 21400 Marang
  13. Sekolah Kebangsaan Jenang, 21400 Marang
  14. Sekolah Kebangsaan Batangan, 21600 Marang
  15. Sekolah Kebangsaan Bukit Perah, 21400 Marang
  16. Sekolah Kebangsaan Jerong, 21400 Marang
  17. Sekolah Kebangsaan Wakaf Tapai, 21400 Marang
  18. Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa, 21400 Marang
  19. Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang, 21400 Marang
  20. Sekolah Kebangsaan Tok Dir, 21400 Marang
  21. Sekolah Kebangsaan Tasek, 21400 Marang
  22. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Wakaf Tapai, 21400 Marang
  23. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku LELA Segara, 21600 Marang
  24. Sekolah Menengah Kebangsaan Rusila , 21080 Marang
  25. Sekolah Kebangsaan Medan Jaya, 21600 Marang
  26. Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai, 21400 Marang
  27. Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Marang, 21600 Marang
  28. Sekolah Menengah Kebangsaan Jambu Bongkok, 21610 Marang
  29. Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang, 21610 Marang
  30. Sekolah Menengah Agama Marang, 21600 Marang
  31. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serating,21600 Marang
  32. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa, 21400 Marang
  33. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong, 21400 Marang
  34. Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan, 21400 Marang
  35. Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Durian Guling, 21400 Marang
  36. Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai, 21040 Marang
  37. Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai, 21040 Marang
  38. Sekolah Tunas Bakti (P) Marang, 21600 Marang
  39. UCSI University Terengganu Campus, Bukit Khor, 21600 Marang
  40. Akademi Bomba, Jalan Kuala Berang, Wakaf Tapai, 21600 Marang
  41. Institut Kemahiran Belia Negara , Jalan Kuala Berang, 21600 Marang
  42. Kem Belia & Sukan, Wakaf Tapai, 21040 Marang
  43. Pusat Kanak-Kanak Istimewa, Taman Kurnia Jaya, 21600 Marang
  44. Pusat Komputer Marang,Kedai Mara, Bandar Marang, 21600 Marang
  45. Pusat Latihan Ternakan Ayam, Jalan Dungun, 21600 Marang
  46. Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Daerah Marang
  47. Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Bukit Payong
  48. Tabika Kemas Kampung Gong Beris, 21600 Marang
  49. Tabika Kemas Kampung Batangan, 21600 Marang
  50. Tabika Kemas Kampung Tertak Batu, 21600 Marang
  51. Tabika Kemas Al-Amin, Perumahan Bukit Sawa, 21400 Marang
  52. Tabika Kemas Taman Safiah Murni, 21600 Marang
  53. Tabika Kemas Kampung Kubang Palas, 21400 Marang
  54. Institut Latihan Perindustrian Marang(ILP), Daerah Marang, 21400 Marang
  55. Pusat SIVIK Seberang Marang, 21600 Marang
  56. Pusat SIVIK Bukit Bading, 21400 Marang
  57. Asrama PERKAYA, Pulau Kerengga, 21600 Marang
  58. Kolej Multimedia Telekom Malaysia, Medan Jaya, 21600 Marang

Bank/kewangan[sunting | sunting sumber]

  1. MBF Card Service Sdn Bhd,No. 3927, Taman Kurnia Jaya, 21600 Marang
  2. MBf Finance Bhd,No. 3927, Taman Kurnia Jaya, 21600 Marang
  3. Bank Simpanan Nasional, 21600 Marang
  4. AGRO Bank, Ground Floor Bangunan UMNO, Bandar Marang, 21600 Marang
  5. ATM RHB Shell Rhu Rendang, 21600 Marang
  6. ATM Ambank, Bukit Payong,21400 Marang
  7. AGRO Bank, Bukit Payong, 21400 Marang

Klinik/Hospital[sunting | sunting sumber]

  1. Klinik Mazlan & Nazrin,Bangunan Arked Mara, Jalan Dungun, 21600 Marang
  2. Klinik Tawakkal,PT7167, Ground Floor, Wakaf Tapai, 21040 Marang
  3. Pusat Kesihatan Daerah Marang, 21600 Marang
  4. Klinik Aqil, Kg. Rhu Rendang Pantai, 21600 Marang, Terengganu
  5. Klinik Pergigian Marang, Kg. Rhu Rendang, 21600 Marang
  6. Klinik Rahim, Hamzah, Halim, Razali Sdn. Bhd, Kg. Rhu Rendang, 21600 Marang
  7. Klinik Desa Merchang, 21400 Marang
  8. Klinik Kesihatan Merchang, 21400 Marang
  9. Klinik Desa Pulau Kerengga, 21600 Marang
  10. Klinik Desa Pengkalan Berangan, 21400 Marang
  11. Klinik Desa Jerong Seberang, 21400 Marang
  12. Klinik Desa Rhu Muda, 21600 Marang
  13. Klinik Desa Batangan, 21600 Marang
  14. Klinik Kesihatan Wakaf Tapai, 21400 Marang
  15. Klinik Desa Binjai Rendah, 21400 Marang
  16. Klinik Desa Medan Jaya, 21600 Marang
  17. Klinik Desa Kampung Tebakang, 21400 Marang

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Hotel/rumah tumpangan[sunting | sunting sumber]

  1. Beautisland Resort Sdn Bhd,Pulau Kapas, 21600 Marang
  2. Buai Beach Resort,Kampung Seberang Marang, 21600 Marang
  3. Gem Isles Sdn Bhd,Gem Isles Resort, Pulau Gemia, 21600 Marang
  4. Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd,No. 3964, Kampung Paya, 21600 Marang
  5. Rhu Muda Beach Motel, Jalan Dungun Batu 12, 21600 Marang
  6. Mak Cik Gemok Beach Resort, Kelulut, 21600 Marang, Terengganu
  7. Duta Retreat Resort, 21600 Marang
  8. Semarak Aruni Inn, Kelulut, 21600 Marang
  9. Angulia Beach House Resort, 21600 Marang
  10. Hotel Seri Malaysia Marang, 21600 Marang
  11. Pulau Kapas Resort, 21600 Marang
  12. Chalet Yunie, 21600 Marang
  13. Chalet Che Su, 21600 Marang
  14. Chalet Che Wer, 21600 Marang
  15. Saudagar Resort, 21600 Marang
  16. Marang Waterfront Resort & SPA, 21600 Marang
  17. Marang Village Resort & SPA, Kelulut, Marang



Rekreasi[sunting | sunting sumber]

  1. Pulau Gemia, 21600 Marang
  2. Pulau Kapas, 21600 Marang
  3. Jeti Pelancongan Marang, 21600 Marang
  4. Pusat Rekreasi Pulau Kerengga, 21600 Marang

Parlimen/DUN[sunting | sunting sumber]

  1. Parlimen Marang: Ahli Parlimen kini ialah YB Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang daripada PAS.
  2. DUN Rhu Rendang
  3. DUN Bukit Payong
  4. DUN Alor Limbat
  5. DUN Pengkalan Berangan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]