Marcell Jansen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marcell Jansen
Maklumat peribadi
Nama penuh Marcell Jansen[1]
Tarikh lahir (1985-11-04) 4 November 1985 (umur 38)
Tempat lahir Mönchengladbach, Jerman Barat
Ketinggian 1.91 m (6 ka 3 in)
Posisi permainan Bek kiri / Sayap kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Hamburger SV
Nombor 7
Kerjaya remaja
1990–1993 SV Mönchengladbach
1993–2004 Borussia Mönchengladbach
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2007 Borussia Mönchengladbach 73 (5)
2007–2008 Bayern Munich 17 (0)
2008– Hamburger SV 144 (18)
2009 Hamburger SV II 1 (0)
Pasukan kebangsaan
2004–2005 Jerman B21 4 (1)
2005– Jerman 45 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10 November 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 5 Mac 2014

Marcell Jansen (lahir 4 November 1985) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk kelab Hamburger SV dan pasukan bola sepak kebangsaan Jerman di posisi bek kiri ataupun sayap kiri.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Borussia Mönchengladbach[sunting | sunting sumber]

Beliau sertai kelab Borussia Mönchengladbach dari SV Mönchengladbach pada tahun 1993. Beliau membuat debut untuk pasukan senior Mönchengladbach ketika menentang Hertha BSC Berlin. Jansen menyebabkan faul di kotak penalti untuk pasukan lawan pada separuh masa kedua. Walau bagaimanapun, Dick Advocaat mempertahankan kesilapan beliau pada perlawanan pertamanya. Selepas pemain pertahanan Christian Ziege mengalami kecederaan, beliau mengambil peluang untuk bermain. Selepas membuat sembilan kemunculan untuk kelab Mönchengladbach, Jansen menjaringkan gol pertamanya ketika seri 2-2 bertemu VfL Bochum.

Musim keduanya di Mochengladbach menyaksikan banyak kejayaan manis untuk Jansen. Pasukannya kini berada kedudukan jauh daripada posisi penyingkiran dan beliau menandatangani kontrak tiga tahun bersama Mönchengladbach.

Bayern Munich[sunting | sunting sumber]

Jansen berpindah ke FC Bayern Munich pada Julai 2007 dengan bayaran 10 juta euro. Berikutan perpindahannya ke Munich, Jansen membuat debut untuk Bayern pada perlawanan persahabatan menentang FC Schaffhausen dari Switzerland. Beliau menggantikan Philipp Lahm pada minit ke-46. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern ketika membelasah FC 07 Albstadt 13-0. Jansen membuat debut rasmi untuk Bayern pada perlawanan pembukaan musim 2007-08 menentang Hansa Rostock, Bayern menang 3-0. Beliua akhirnya mengalami kecederaan buku lali dan menyebabkan tidak beraksi selama tiga bulan pada musim pertamanya untuk Bayern. Pada musim keduanya, Jansen hanya duduk di bangku simpanan pada dua perlawanan liga selepas Jürgen Klinsmann mengkritik aksi Jansen di Euro 2008. Beliau telah membuat 17 perlawanan liga, sepuluh perlawanan UEFA dan tiga kemunculan Piala DFB untuk Bayern Munich.

Hamburg[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Ogos 2008, Hamburger SV mengumumkan bahawa pihak mereka telah mengikat Jansen dengan bayara 8 juta euro. Dia hari selepas beliau berpindah, Jansen membuat debut untuk Hamburg pada perlawanan menentang Arminia Bielefeld, Hamburg menang 4-2. Pada 7 Disember 2008, Jansen menjaringkan gol pertamanya untuk Hamburg semasa menang 2-1 ke atas 1. FC Köln. Itu merupakan gol pertamanya di perlawaan liga sejak beliau di Borussia Mönchengladbach. Di Hambrug, beliau mula bermain di posisi serangan dan diletakkan di posisi sayap kiri. Pada Jun 2012, beliau melanjutkan kontraknya bersama HSV sehingga Jun 2015.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jansen di belakang Bastian Schweinsteiger pada Piala Dunia 2010.

Jansen telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Jerman untuk perlawanan persahabatan menentang Slovakia pada 3 September 2005 di Bratislava. Beliau membuat debut pada perlawanan itu dan menggantikan Thomas Hitzlsperger dan keputusannya Jerman tewas 2-0. Selepas tampil dalam beberapa perlawanan antarabangsa untuk Jerman, belioau termasuk dalam skuad 23 pemain ke Piala Dunia 2006. Beliau menjadi pilihan pertama bek kiri dahulu sebelum Philipp Lahm mengambil tempatnya dan beliau diletakkan di posisi bek kanan.

Beliau dipanggil semula untuk perlawanan kelayakan Euro 2008. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Jerman pada perlawanan kelayakan Euro menentang San Marino, Jerman menang 6-0. Beliau termasuk dalam skuad Joachim Löw ke UEFA Euro 2008. Beliau bermain pada perlawanan pertama kumpulan menentang Poland dan kemudian diletakkan di bangku simpanan pada perlawanan kedua menentang Croatia yang menyaksikan Jerman tewas 2-1. Beliau kembali semula pada perlawanan suku akhir menentang Portugal dan perlawanan separuh akhir Turki serta pada perlawanan akhir Euro 2008 ketika tewas 2-0 kepada Sepanyol.

Perlawanan menentang Belgium pada perlawanan kelayakan Euro 2012 merupakan perlawanan terakhirnya untuk Jerman.

Pada 5 Mac 2014, beliau termasuk dalam kesebelasan utama menentang Chile pada perlawanan persahabatan dan terpaksa dikeluarkan pada minit ke-28 dan digantika oleh Marcel Schmelzer. Pada 8 Mei 2014, walaupun mengalami kecederaan berpanjangan, beliau termasuk dalam skuad utama Piala Dunia 2014 tetapi dikeluarkan daripada senarai akhir pemain ke Piala Dunia Brazil.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasuka lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 2 Jun 2007 Nuremberg, Jerman  San Marino 2–0 6–0 Kelayakan Euro 2008
2 28 Mac 2009 Leipzig, Jerman  Liechtenstein 2–0 4–0 Kelayakan Piala Dunia 2010
3 10 Julai 2010 Port Elizabeth, Afrika Selatan  Uruguay 2–2 3–2 Piala Dunia FIFA 2010

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bayern Munich

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of Players" (PDF). FIFA. 12 June 2010. m/s. 11. Dicapai pada 7 December 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]