Marco Borriello

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Marco Borriello
Marco Borriello.jpg
Maklumat peribadi
Tarikh lahir 18 Jun 1982 (32 tahun)
Tempat lahir Naples, Itali
Tinggi 1.85 m (6 ka +1316 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini A.C. Milan
Nombor N/A
Kerjaya remaja
Milan
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2001
2001-2002
2002-2007
2003
2004-2005
2005-2006
2006
2007-2008
2008
Triestina (dipinjam)
Treviso (dipinjam)
Milan
Empoli (dipinjam)
Reggina (dipinjam)
Sampdoria (dipinjam)
Treviso (dipinjam)
Genoa (milik bersama)
Milan
09 0(1)
27 (10)
17 0(1)
12 0(1)
29 0(2)
11 0(2)
20 0(5)
35 (19)
0 (0)
Pasukan kebangsaan
2001-2003
2008-
Itali U-21
Itali
12 0(6)
03 0(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 18 Mei, 2008.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 30 Mei, 2008

Marco Borriello (lahir 18 Jun, 1982 di Napoli, Itali) merupakan pemain bola sepak Itali yang bermain sebagai penyerang untuk A.C. Milan selepas musim yang cukup berjaya di Genoa C.F.C.. Beliau juga pernah bermain bersama beberapa kelab Itali yang lain termasuklah AC Milan, Sampdoria, Treviso, Reggina, Empoli, dan Triestina.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Borriello memulakan karier bersama AC Milan akan tetapi, disebabkan tidak pernah diberi masa bermain yang cukup, beliau telah dipinjamkan ke beberapa kelab sebelum dan selepas kemunculan sulungya di Serie A pada musim 2002-03.

Pada 21 Disember, 2006, sewaktu menjalani musim penuh pertama bersama Milan, beliau telah didapati positif dalam ujian dadah selepas perlawanan ke-11 Serie A musim 2006/2007. Selepas keputusan ujian itu disahkan pada Januari 2007, beliau telah digantung sehingga 21 Mac.[1] Pada 21 Jun, beliau telah dijual kepada Genoa C.F.C. dalam perpindahan milik bersama dengan Milan yang berjumlah £1.3 juta menurut laporan.

Pada 26 September, 2007, Borriello membantu Genoa memperolehi kemenangan pertama dalam musim tersebut sejak kembali ke liga teratas bola sepak Itali, dengan jaringan hat-trick pertamanya dalam pertemuan dengan Udinese Calcio. Perlawanan tersebut berakhir dengan 3-2, di mana penyerang tersebut telah menyempurnakan sepakan penalti di minit ke-76. Lebih menariknya, sekali lagi dalam pertemuan dengan kelab yang sama pada 24 Februari, 2008, di Udine, Borriello menjaringkan satu lagi hat-trick, dalam kemenangan 5-3 di tempat lawan, dan menjadikan jumlah jaringannya dalam liga menjangkau 15 gol. Beliau menamatkan musim Serie A 2007-08 dengan 19 gol, ketiga di belakang dua pemain Juventus, Alessandro Del Piero dan David Trézéguet.

Pada 29 Mei, 2008 telah disahkan bahawa beliau akan kembali ke Milan dalam perjanjian yang melibatkan Davide Di Gennaro berpindah ke Genoa ditambah €10 juta. Sejurus sebelum pengambilan Ronaldinho ke AC Milan, ejen Borriello telah mendakwa bahawa kliennya mungkin akan mencari peluang bermain bersama kelab lain sekiranya seorang lagi penyerang dibeli. Situasi tersebut bagaimanapun berjaya diselesaikan apabila kelab tersebut membeli Ronaldinho yang bermain sebagai pembantu penyerang ataupun sebagai pemain tengah yang menyerang.

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Borriello menerima panggilan pertamanya bersama pasukan kebangsaan Itali untuk perlawanan persahabatan menentang Portugal, yang berlangsung pada 6 Februari, 2008, di Zurich, Switzerland. Beliau menggantikan Luca Toni dalam 20 minit terakhir perlawanan. Itali telah menang perlawanan tersebut 3-1.

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Borriello membesar di kawasan San Giovanni a Teduccio di Napoli. Ayah beliau meninggal sewaktu beliau di usia remaja, dan beliau dibesarkan bersama adik-beradiknya Fabio dan Piergiorgio oleh ibu mereka Margherita. Beliau ketika ini telah bertunang dengan Belen Rodriguez.

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kejohanan domestik[sunting | sunting sumber]

Kejohanan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]