Mardiyanto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

'Gabenor Jawa Tengah', Mardiyanto (lahir di Surakarta pada 21 November 1946) telah dipilih oleh Presiden Republik Indonesia , Sosilo Bambang Yudhoyono sebagai Menteri Dalam Negeri Republik Indonesia mulai 28 Ogos 2007 . Beliau menggantikan Mohammmad Ma'ruf yang menderita sakit dan sedang menjalani rawatan fisioterapi. Mohammmad Ma'ruf sakit strok/ahmar.

Berita angin lantikan beliau telah tersebar sejak Mac 2007.

Mardiyanto merupakan tokoh politik dari parti Golkar yang kontroversial kerana ramai berpendapat beliau terlibat dalam rasuah dana APBD bernilai Rp36 milion yang kesnya masih disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah. Beliau telah disiasat pada 1 dan 3 Febeuari 2007 oleh Badan Pencegah Rasuah .Peguam Adnan Buyung Nasution menyatakan laporan kes itu perlu sebelum perlantikan rasmi. Barisan Mahasiswa Peduli Bsngsa telah cuba menemui Ali Alatas di ibu pejabat DPP di Jalan Veteran III, Jakarta, Indonesia bagi menyatakan bantahan terhadap Mardiyanto.[1]

Jawatan Gabenor Jawa Tengah akan disandang oleh Wagub Alu Mufiz.

Jawatan tentera[sunting | sunting sumber]

Mardiyanto merupakan bekas Panglima Kodam IV/Diponegoro dari 1997-1998 .Beliau lulusan Akademi Militer Nasional pada 1970 . Pada 1993-1995 Mardiyanto menjadi ketua Jabatan Taktikal di Akademi Militer Indonesia.

Jawatan awam[sunting | sunting sumber]

Dari 1998-2003 Mardiyanto dilantik sebagai Gabenor Jawa Tengah yang berpusat di Jakarta. Tugasnya disambung untuk tempoh 2003 - 2008.

Dari 2002-2005 beliau menjadi pengarah Bank BPD Jawa Tengah.
Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan