Maria Montessori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maria Montessori

Maria Montessori (31 Ogos 18706 Mei, 1952) merupakan seorang pendidik berbangsa Itali, saintis, pakar perubatan, ahli falsafah, penyokong gerakan kewanitaan (feminist), dan seorang humanis, dan merupakan pendidik kanak-kanak awal yang telah dicalonkan untuk menerima Hadian Nobel Keamanan.

Beliau telah dilahrikan di Chiaravalle (Ancona), Itali kepada Alessandro Montessori dan Renilde Stoppani. Maria merupakan siswazah wanita pertama yang yang menerima ijazah dari Sekolah Perubatan di Universiti Rom. Beliau merupakan ahli kepada Klinik Psikiatrik Universiti dan menjadi tertarik untuk mengajar orang-orang "terencat akal" dan "tidak mampu belajar (uneducable)" di Rom. Beliau telah membuka sekolah pertama, di dalam projek perumahan di Rom, pada 6 Januari 1907.

Maria Montessori meninggal di Belanda pada tahun 1952, selepas mengabdikan diri sepanjang hayat untuk belajar mengenai perkembangan kanak-kanak. Kerja-kerja awal beliau tertumpu kepada hak-hak wanita dan reformasi sosial dan berkembang merangkumi pembaharuan pendekatan menyeluruh keatas pendidikan. Kejayaan beliau di Itali telah diiktiraf di peringkat antarabangsa, dan untuk selama 40 tahun beliau mengembara ke serata dunia, memberi kuliah, penulisan dan penguruskan program latihan. Pada tahun yang kemudiannya, ‘Pendidikan untuk Keamanan’ telah menjadi prinsip petunjuk, kepada kerja-kerja beliau.

Didalam persidangan di Rom pada 6/7 Januari 2007 [1] akan menandakan bermulanya tahun untuk meraikan kanak-kanak dan sekolah di seluruh dunia. Pendekatan berinovasi Dr Maria Montessori adalah “Pendidikan seharusnya tidak lagi akan menjadi penyampaian pengetahuan, tetapi perlu menerima cara baru, mencari potensi yang terdapat kepada seseorang manusia.”

Apa yang diikuti seluruh dunia dipanggil sebagai "penemuan kepada seorang kanak-kanak" dan telah menyedarkan : "...manusia boleh mengharap kepada penyelesaian kepada masalah-masalahnya, dimana yang terpenting adalah keamanan dan bersatu, hanya dengan menukar perhatian dan tenaga kepada penemuan seorang kanak-kanak dan untuk membangunkan potensi yang tinggi dalam personaliti manusia di dalam pembentukan halatuju tersebut.”

Keberkesanan kaedah pengajaran Montessori telah di demonstarsi akhir-akhir ini pada penerbitan hasil kajian di jurnal AS, Science (29 September 2006) [2] yang menunjukkan kanak-kanak Montessori telah bertambah baik tingkah lakudan skil akademik di Montessori children berbanding kumpulan kawalan dari sistem aliran utama. Pengarang telah membuat kesimpualan yang mana, "apabila dilaksanakan dengan sebenarnya, pendidikan Montessori menggalakkan skil sosial dan akademik yang sama atau lebih dari yang digalakkan dari kawasana atau sekolah berlainan."

Kaedah Montessori dalam pendidikan yang dihasilkannya dari pengalaman ini telah kemudiannya dipraktikkan dengan jayanya keatas kanak-kanak dan ia adalah agak popular di banayk tempat di dunia. Walau dengan banyak kritikan pada kaedah beliau pada awal tahun 1930-an dan 1940-an, kaedah pendidikan beliau telah dipraktikkan dan telah bangkit semula. Ia kini boleh ditemui di enam benua dan seluruh Amerika Syarikat.

Sebelum akhir tahun 1907 Montessori telah mengasaskan 'Casa dei Bambini' atau Rumah Kanak-kanak yang pertama, di Rom. Melewati tahun 1913, terdapat keinginan yang kuat terhadap kaedah beliau di Amerika Utara, dimana selepas itu menjadi lesu. (Nancy McCormick Rambusch telah mengembalikan kaedah ini di Amerika dengan mengasaskan Persatuan Montessori Amerika pada tahun 1960. Montessori telah dibuang negeri oleh Mussolini kerana beliau enggan untuk berkompromi dalam pendiriannya dan menjadikan kanak-kanak sebagai tentera. Beliau berpindak ke Sepanyol dan menetap di sana sehingga tahun 1936 apabila Perang Saudara Sepanyol meletus. Selepas itu beilau berpindah ke Belanda sehingga tahun 1939. Di dalam persidangan guru-guru di India, beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa dan tinggal disana selama tempoh peperangan. Montessori menghabiskan hidup beliau di Belanda, yang mana menjadi ibu pejabat kepada AMI, atau Association Montessori Internationale. Beliau meninggal di Noordwijk aan Zee. Anak lelaki beliau Mario mengetuai American Montessori International sehingga meninggal dunia pada tahun 1982.

Pedagogi[sunting | sunting sumber]

Selain dari pedagogi baru, antara daripada sumbangan utama kepada pendidikan melalui pemikiran Montessori adalah:

  • petunjuk keatas kanak-kanak dalam kumpulan umur 3-tahun, mengikut tempoh-tempoh sensetif perkembangan (contoh: lahir-3, 3-6, 6-9, dan 9-12 tahun kepada program 'Erdkinder' (daam bahasa German untuk "kanak-kanak tanah") untuk remaja awal
  • kanak-kanak sebagai insan cekap, digalakkan untuk membuat keputusan maksimum
  • pemerhatian keatas kanak-kanak di dalam persekitaran sebagai asas kepada kurikulum pendidikan yang berterusan (persembahan atas latihan-latihan untuk perkembangan skil dan pengumpulan maklumat)
  • kecil, perabot saiz kanak-kanak dan pembuatan yang kecil, persekitaran kecil kanak-kanak (microcosm) yang mana setiap satu akan membina kecekapan untuk menghasilkan dunia kecil kanak-kanak yang boleh berdikari
  • penyertaan ibu bapa untuk memberi perhatian asas dan betul kepada penilaian kesihatan dan kebersihan sebagai syarat persekolahan
  • gambaran kepada skala tempoh sensetif keatas pembangunan, yang mana menyediakan fokus keatas kerja kelas yang bersesuaian dan secara uniknya memberi simulasi dan motivasi kepada kanak-kanak (termasuk tempoh-tempoh sensetif untuk pembangunan bahasa, experimentasi sensorial dan penghalusan, dan pelbagai aras interaski sosial)
  • kepentingan terhadap "penyerapan minda," motivasi kanak-kanak yang tiada had untuk mencapai kecekapan terhadap persekitarannya dan untuk memperincikan skillnya dan memahami sebaik sahaja ia ditemui di sekitar tempoh sensetif. Fenomena ini di gambarkan oleh kapasiti kanak-kanak mengulang aktiviti didalam kategori tempoh sensetif categories (Contoh: babbling menyeluruh sebagai latihan bahasa mengarah kepada kecekapan berbahasa).
  • bahan-bahan pembetulan sendiri "auto-didaktik" (berasaskan hasil kerja Jean Marc Gaspard Itard dan Edouard Seguin)

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Maria pernah memberi tahu ibu bapanya "Saya tidak akan menjadi guru! Saya akan menjadi seorang jurutera!" Bapa beliau berasa malu, tetapi secara rahsia, ibu beliau merasa bangga. Beliau mahu anaknya mengubah Itali. Tetapi, Maria tidak pernah menjadi seorang jurutera.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]