Mariam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mariam ialah isteri Tunku Abdul Rahman yang pertama. Selain itu Tunku berkahwin dengan Violet Coulson dan Sharifah Rodziah binti Syed Barakbah .

Mariam seorang gadis peranakan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar.

Seorang doktor wanita Inggeris dari Pulau Pinang dijemput datang merawat isteri Tunku ini. Tetapi doktor tersebut telah tersalah suntik hingga menyebabkan Mariam meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Namun Tunku tidak menyaman doktor wanita Inggeris tersebut sungguhpun Tunku seorang peguam dan tahu benar akan kesalahan tersebut tersebut.

Tunku menerima hal tersebut sebagai takdir sahaja.

Sejak 1934, dua anak Tunku membesar tanpa kasih sayang ibu mereka.