Mariam Baharum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mariam Bahrom)
Mariam Baharum
Kelahiran(1935-08-21)21 Ogos 1935
Jalan Dusun, Balestier Road, Negeri-negeri Selat (kini Singapura)
Meninggal dunia9 Ogos 2010(2010-08-09) (umur 74)
Yishun, Singapura
Sebab kematianSakit tua
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Singapura
Nama lainMariam, Mariam Tahi Lalat
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1950–1968
Anak-anakBad Latiff
Rahimah Rahim
HubunganSaadiah (adik)

Mariam Baharum (21 Ogos 1935 – 9 Ogos 2010) atau 'Mariam Tahi Lalat' merupakan seniwati filem Melayu tahun 1950-an khususnya di Malay Film Productions, Jalan Ampas, Singapura. Seniwati filem Melayu tahun 50-an ini juga merupakan ibu kepada penyanyi terkenal Singapura, Rahimah Rahim meninggal dunia di rumahnya, Yishun, Singapura.[1]

Mariam, bekas pelakon veteran di Studio Malay Film Productions di Jalan Ampas, meninggal dunia kerana sakit tua. Mariam aktif berlakon pada 1950-an dalam filem Aloha (1950), Dewi Murni (1950), Kembar (1950). Pada 1952, beliau berlakon dalam Aladdin, sebelum berlakon dalam filem Kipas Hikmat dan Abu Hassan Penchuri pada tahun 1955. Beliau turut berlakon dalam filem Antara Dua Darjat pada tahun 1960.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Anaknya penyanyi terkenal Singapura Rahimah Rahim. Kakak kepada primadona filem Melayu, Datin Saadiah iaitu isteri kepada pelakon Datuk Ahmad Daud, dan ibu kepada pelakon cilik filem "Batu Belah Batu Bertangkup" Bad Latiff. Pelakon Fauziah Ahmad Daud dan Fazlina Ahmad Daud adalah anak saudaranya.

Beliau berkahwin dua kali dan mempunyai enam anak termasuk Bat Latif.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berlakon bersama seniman agung P. Ramlee dalam filem "Anjoran Nasib" arahan BS Rajhans pada 1952. Hasilnya beliau memenangi gelaran 'Bintang Pujaan Wanita Malaya Kedua' oleh Filem Raya Magazine pada 1953. Beliau juga pernah dicalonkan untuk Anugerah Pelakon Veteran Wanita pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-15 pada 2001 dan FFM ke-22 di Kota Kinabalu 2009.

Filem lakonan beliau ialah "Aloha" (1950), "Dewi Murni" (1950), "Kembar" (1950), "Aladdin" (1952), "Kipas Hikmat" (1955), "Abu Hassan Penchuri" (1955) dan "Antara Dua Darjat" (1960). Beliau seangkatan dengan Kasma Booty, Osman Gumanti, Datuk Mustapha Maarof, pelawak S. Shamsuddin dan Datuk Aziz Sattar.

Filem lakonan[sunting | sunting sumber]

Mariam pernah berlakon dalam filem seperti:-

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Ogos 2010, jam 5.50 pagi Mariam meninggal dunia di kondominiumnya di Yishun, Singapura. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi di kawasan Choa Chu Kang.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]