Mariam Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mariani
Mariani ketika zaman mudanya, pada tahun 1960-an
Kelahiran
Siti Mariam binti Ismail

(1933-04-20)20 April 1933
Meninggal dunia1 Disember 2015(2015-12-01) (umur 82)
Sebab kematianKanser usus
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
WarganegaraSingapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1951–2015
Pasangan
  • Darus
  • H. M. Rohaizad @ Syed Hamid Al-Segaf
  • Mohammad Alias
Anak-anakMelissa Saila dan 12 lagi orang anak
Ibu bapa
  • Ismail Osman (bapa)
  • Umi Kalsom Mahbon (ibu)
Saudara
  • Salmah binti Ismail Biduanita Puan Sri Saloma (adik)
  • Siti Aminah binti Ismail @ Mimi Loma (adik)
  • Jasmaniah binti Ismail (adik)

Siti Mariam Ismail (20 April 1933 – 1 Disember 2015) atau lebih popular dengan nama Mariani merupakan seorang seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma. Beliau ialah antara seniwati paling bergaya sewaktu kegemilangan Studio Jalan Ampas.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ketika menjayakan salah satu watak dalam filem Santau

Kerjaya seni beliau bermula selepas memenangi pertandingan ratu cantik Singapura pada 1951 ketika berusia 17 tahun.[1] Beliau merupakan gadis pertama yang memegang gelaran tersebut . Namun begitu, beliau tidak mewakili singapura ketika itu kerana pertandingan tersebut julung kali diadakan di republik tersebut. Beliau merupakan antara gadis tercantik singapura ketika itu.Gelaran itu telah menjadi batu loncatan untuk beliau terlibat dalam bidang lakonan. Selepas itu, beliau pernah ditawarkan berlakon oleh pemilik Studio Jalan Ampas iaitu Tan Sri Run Run Shaw namun beliau menolaknya kerana cita-cita beliau ialah menjadi seorang doktor. Selepas dua tahun, itu pun selepas dipujuk oleh Saloma, barulah beliau bersetuju untuk berlakon. Filem pertama lakonan beliau ialah filem Chemburu arahan S. Ramanathan pada tahun 1953. Beliau dibenci kerana membawakan watak jahat dalam filem tersebut. Selepas berjaya membawakan watak jahat dengan berkesan, beliau ditawarkan lagi berlakon dalam filem-filem keluaran syarikat itu antaranya seperti filem Istana Impian, Kembali Seorang, Labu dan Labi, Nasib Si Labu Labi dan Tiga Abdul. Filem-filem lakonan beliau sewaktu di Studio Merdeka, Kuala Lumpur adalah seperti filem Masam-Masam Manis, Ahmad Albab dan Putus Sudah Kaseh Sayang.

Selain berlakon, beliau juga berbakat dalam nyanyian. Lagu nyanyian beliau bertajuk Darah Muda yang merupakan satu-satunya lagu nyanyian beliau telah ditampilkan dalam filem Darah Muda iaitu filem lakonan beliau. Turut sama berlakon dalam filem tersebut ialah seniman Jins Shamsuddin dan seniwati Sarimah pada tahun 1963.

Dalam usia yang semakin lanjut, beliau tetap aktif berlakon dan kemunculan terbaru beliau ialah dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam II arahan Shuhaimi Baba pada tahun 2005 dan drama 16 episod, Qalesya.[2]. Beliau juga memiliki syarikat produksi sendiri bersama suami, Kus Semangat Aktor Sdn Bhd sejak 2007.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kehidupan beliau, beliau pernah berkahwin sebanyak tiga kali.[3] Bersama suami pertamanya iaitu Darus, Mariani telah dikurniakan dua anak iaitu Noraini dan Normala. Bersama suami kedua pula, Allahyarham H. M. Rohaizad @ Syed Hamid Al-Segaf, Mariani mendapat enam anak iaitu Sharifah Haslinda, Sharifah Rozita, Syed Herwaini, kembar Syed Marhain dan Syed Nazran serta Syed Hasnidan. Bersama suami ketiganya, Mohammad Alias, Mariani memperoleh lima orang anak iaitu Iskandar Mierza, Sharoneirza, Ariff Efandi, Kamarul Ariffin dan Melisa Alias @ Melissa Saila.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal pada 1 Disember 2015 pada usia 82 tahun. Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1953 Chemburu Mariana Filem pertama
Raja Sehari
Istana Impian Zaiton
Putus Harapan Kasma
1954 Iman Habibah
Perjodohan Salmah
Merana Rosni
1955 Empat Isteri Ramulah
1956 Hang Tuah Dang Rani
1957 Mogok
Kembali Saorang
1958 Taufan Salmah
Sri Menanti
1959 Saudagar Minyak Urat Hamidah
1961 Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Gundik Istana
Sri Mersing Siantan
1962 Labu dan Labi Manisah
Siti Muslihat Dayang
1963 Korban
Darah Muda Roslin
Bunga Tanjung
Darahku Rohani
Nasib Si Labu Labi Manisah
1964 Tiga Abdul Hamidah
Dupa Cendana Chendana
1965 Masam-Masam Manis Rosnah
1966 Kacha Permata
1968 Ahmad Albab Safura
1971 Putus Sudah Kaseh Sayang Rosmah
1974 Setulus Hatimu
1980 Detik 12 Malam
1981 Setinggan
Perjanjian Syaitan Che Uteh
Dia Ibuku Mak Long
1983 Dendam Dari Pusara
1987 Sayang Penampilan khas
Bayangan Cinta Filem usahasama Malaysia - Indonesia
1988 Perempuan
1989 Oh Fatimah Mak Jah
Kolej 56 Mak Engku Pelakon undangan
1992 O.C.J. Operasi Cegah Jenayah
2005 Pontianak Harum Sundal Malam II Mak Mah
2009 Skrip 7707 Perempuan Tua Penampilan khas
Santau Nenek Jelmaan
2010 Mantra Bidan
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan Nenek
Momok Jangan Panggil Aku Chu Lamah/Saka
2012 Jidin Sengal
2013 Kisah Paling Gangster Tok Wan
Malam....Penuh Bermisteri
2014 Cara Mengundang Hantu Filem terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1970 Intan TV1 Drama pertama
1980 Drama Minggu Ini: Penari
1981 Drama Minggu Ini: Tok Awang
1983 Drama Minggu Ini: Hilang Mak Cik Leha
2007 Datin Diaries TV3
2009 Nenek Kebaya Nenek Putih
Qalesya Astro Prima
Waris TV2
2011 Terowong Mak TV3 Episod: "Kain Kapan"
Tentang Dhia Ku Mariam Penampilan istimewa
Serapah Darah Bulan Madu Nyai Kinah Astro Prima
Tanah Kubur (Musim 1) Mak Jah Astro Oasis Episod: "Syurga Bonda"
2013 Tanah Kubur (Musim 9) Ibu Malik/Mak Episod: "Air Kaki Ibu"
Cinta Agra Nenek Timah TV1
2015 Kampung Semarah Padi
Hello, Mr. Perfect! Rina TV3 Drama terakhir, pelakon undangan

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1986 Jauh Pandangan TV1
2003 Mayang VCD
Aisah Lima Puluh Sen Kuntum Astro Ria
2004 Quran Buruk Mak Esah
2005 Syurga Di Mana TV3
2009 Rompakan Kabinet Astro Ria
Namaku Bukan Setsuko Tijah TV1
2013 Cinta Laila Majnun Nenek Khalid Astro Oasis
Nur Hikmah Opah
2016 Dari Kerana Mata Unifi TV

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia (termasuk pra-FFM) (FFM)

Tahun Filem Kategori Keputusan
2013 (FFM25) Dirinya sendiri Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat Menang
1983 (FFM4) Dendam Dari Pusara Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
1971/1972 Putus Sudah Kaseh Sayang Pelakon Wanita Terbaik Menang
1965 Masam-Masam Manis Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
1962 Darah Muda Tercalon
1958 Taufan Menang
1957 Kembali Saorang Menang


ANUGERAH TRIBUTE P.RAMLEE (RTM)

Tahun Filem Kategori Keputusan
2015 Putus Sudah Kaseh Sayang Anugerah Tokoh Filem Melayu Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Belasungkawa: Seniwati Mariani @ Siti Mariam Ismail (1933-2015)". Berita Harian. 1 Disember 2015. Dicapai pada 21 Disember 2016.
  2. ^ Keluarga besar Mariani, OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
  3. ^ "Transkrip temubual bersama dengan Puan Mariam @ Marianni binti Ismail" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-01-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]