Marie Smith Jones

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Marie Smith Jones (14 Mei 1918 – 21 January 2008) adalah penutur terakhir bahasa Eyak yang dituturkan di Southcentral Alaska.[1] Dia dilahirkan di Cordova, Alaska, ketua kehormat Puak Eyak dan merupakan Eyak asli yang terakhir.[2] Dalam sebuah temuramah tahun 2005, Smith Jones menerangkan yang ramanya dalam Eyak ialah Udach' Kuqax*a'a'ch yang katanya diterjemahkan sebagai "suatu bunyi yang memanggil orang dari jauh".[3]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Jones mengahwini seorang nelayan, William F. Smith, pada 5 Mei 1948. Walaupun dia dianugerahkan sembilan orang anak dengan Smith, anak-anaknya tidak belajar bahasa Eyak atas sebab stigma sosial yang dikaitkan dengannya pada waktu itu. Dia berpindah ke Anchorage sekitar 1970-an. Dia bekerjasama dengan seorang ahli bahasa, Michael E. Krauss, yang membuat sebuah kamus dan tatabahasa untuk bahasa Eyak supaya bahasa itu dapat terus hidup.[4] Saudara kandung terakhirnya meninggal duani sekitar penghujung 1990-an. Marie kemudiannya bergiat aktif dalam politik, dan dia pernah berucap di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebanyak dua kali berkenaan keamanan dan bahasa pribumi. Dia juga aktif dalam hal-hal Indian berkaitan alam sekitar.[2] Marie mengalami masalah alkoholisme semasa mudanya, namun berhenti minum minuman keras semasa berusia 50-an;[2] dia seorang perokok tegar sehingga ke akhir hayatnya.[5] Dia mati atas sebab semula jadi pada 21 Januari 2008 pada usia 89 tahun di rumahnya di Anchorage.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Marie Smith", The Economist, 7 Februari 2008. Dicapai pada 2011-01-19. “Marie Smith, the last speaker of the Eyak language, died on January 21st, aged 89” 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 "Last full-blooded Eyak and fluent speaker of native Alaskan language, dies", Associated Press, 5 Januari 2008. Dicapai pada 2011-01-19. 
  3. Elizabeth Kolbert, "Last Words", The New Yorker, 6 Jun 2005.
  4. "How Do You Learn a Dead Language?", Christine Cyr, Slate, 28 Januari 2008
  5. "Last Alaska language speaker dies", BBC News, 24 Januari 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]