Marion Caunter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marion Caunter
Kelahiran
Marion Rose Caunter

(1980-11-05) 5 November 1980 (umur 43)
Nama lainMarion Rose Caunter Abdullah
Pekerjaanpengacara, penyampai radio, emcee, DJ
Tahun aktif2004–kini
PasanganSM Nasarudin SM Nasimuddin (berkahwin 2010)
Anak-anak3

Marion Rose Caunter (lahir 5 November 1980)[1] ialah seorang pengacara televisyen Malaysia yang berketurunan Portugis-Inggeris-Cina. Beliau terkenal kerana mengacarakan rancangan 8TV Quickie yang bersiaran di 8TV.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ketika berusia 19 tahun, beliau memasuki Universiti Marquette di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat, dan lulus dengan ijazah penyiaran dan komunikasi elektronik. Kerjayanya dalam industri penyiaran bermula apabila menyandang jawatan sebagai wartawan di Saluran 18 WB di Milwaukee, di mana beliau meliputi hal-ehwal semasa kerkaitan dengan belia. Caunter juga pernah menyertai KIIS-FM, iaitu sama tempat kerja dengan juruhebah terkenal Rick Dees ketika itu, dan bekerja dalam jabatan pengiklanan.

Sekembalinya ke Malaysia, Caunter mula dikenali kerana pernah mengacara 8TV Quickie, rancangan interaktif harian di 8TV. Selain menjadi pengacara televisyen, beliau pernah menjadi pegawai eksekutif kandungan urban di 8TV yang bertanggungjawab atas pra-penerbitan dan pasca-penerbitan rancangan buatan sendiri stesen tersebut, iaitu Latte at 8 dan Flava. Dari tahun 2006 hingga 2009, beliau mengacara One in a Million bersama Awal Ashaari selama tiga musim, walaupun beliau meninggalkan 8TV pada November 2006 untuk menyertai Channel [V].

Caunter juga pernah bertugas sebagai juruhebah radio bagi masa yang singkat di hitz.fm. Di Channel [V], beliau mengacara rancangan hiburan Poparazzi pada 2006. Mulai tahun 2010, beliau bersama rakan setugasnya di Channel [V], Dominic Lau, menjadi pengacara rancangan berita hiburan E! News Asia.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Marion lahir dan membesar di Georgetown, Pulau Pinang. Pada 17 Disember 2010, beliau memeluk Islam dan sah diijabkabulkan sebagai isteri kepada usahawan kereta, SM Nasarudin SM Nasimuddin yang merupakan anak ketiga Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

  • The 8TV Quickie (8TV)
  • Latte@8 (8TV)
  • Flava (8TV)
  • Channel [V] (Channel [v])
  • E! News Asia (E!)
  • One in a Million (8TV)
  • The Biggest Loser Asia (Diva Universal)
  • Poparazzi (Channel [V])

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 2008-01-17.
  2. ^ "Caunter and VJ Dom land E! News Asia hosting job". The Star Online. 27 Mar 2010. Dicapai pada 27 Mar 2010.
  3. ^ "Marion Rose Caunter Sah Jadi Isteri SM Nasarudin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-19. Dicapai pada 2010-12-17.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]