Marlia Musa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Marlia Musa
Marlia ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 14 April 2015.
Kelahiran (1969-06-12) 12 Jun 1969 (umur 54)
PekerjaanPelakon, pelawak, penggiat teater, pensyarah
Tahun aktif1980–kini
Kampung asalSubang, Selangor, Malaysia
PasanganM. Nasir (k. 2000)
Anak-anak6 (termasuk 5 anak tiri)[1][2]
IbuZaiton Shamsudin
BapaMusa Mohd Amin
KeluargaMaiza Musa (kakak) Nurul Ashikin (adik)

Datin Marlia Musa (lahir 12 Jun 1969) ialah seorang pelakon, penggiat teater, pelawak dan pensyarah Malaysia.[3] Beliau mula diperkenalkan di layar perak menerusi filem Sesejuk Air Mata Ibu dan popular menerusi watak Ana dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai pensyarah ASWARA.[4] Beliau merupakan anak kepada pelakon Musa Mohd Amin Al Bakri yang telah meninggal dunia pada 12 Julai 1979 pada usia 37 tahun.[5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Marlia memulakan kerjaya lakonan pada 1981 menerusi filem Sesejuk Air Mata Ibu. Pada tahun 1993, beliau menjadi salah seorang barisan pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang mana beliau memegang watak sebagai Ana, seorang guru gantian. Beliau juga turut menyumbangkan suaranya untuk watak Mak Jah dalam iklan raya animasi 2021, Syukur Raya terbitan Petronas.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau mengikat tali pertunangan dengan penyanyi M. Nasir pada 7 Mei 2000,[6][7][8][9] pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 31 Ogos dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suci Musalmah.[10][11][12]

Di waktu lapang, Marlia mempunyai hobi membaca buku.[13]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1981 Sesejuk Air Mata Ibu Filem pertama
1983 Ranjau Sepanjang Jalan
2017 Tombiruo: Penunggu Rimba Bonda
TBA Pi Mai Pi Mai Tang Tu The Movie Ana Dalam perancangan

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2021 Petronas Syukur Raya Mak Jah (suara latar)

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1986 Nasinya Tumpah Jarah
Nazirah
1991 Deru Ombak
1992 Ana dan Aisyah
1993–2004 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Ana TV3
2017–kini Omar & Hana Opah Astro Ceria
2024 You Know Nothing About Cooking! Astro Ria

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Penerima Karya tercalon Keputusan
1986 Anugerah Seri Angkasa 1986 Bakat Harapan Dirinya sendiri Menang
1987 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1987 Pelakon Pembantu Wanita Popular Menang
1996 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1996 Artis Komedi Wanita Popular Tercalon
1998 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1997/1998 Tercalon
2000 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000 Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hanim Mohd Salleh (3 September 2000). "Marlia Musa sedia berkorban untuk anak-anak M. Nasir". Berita Minggu. m/s. 13. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  2. ^ "Marlia: Ibu tiri juga pendidik". Berita Harian. 12 Mei 2001. m/s. 24. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  3. ^ "Marlia jatuh cinta pada teater". Berita Harian. 25 Januari 1993. Dicapai pada 24 Mei 2020.
  4. ^ Mohd Al Qayum Azizi (24 Februari 2016). "Mahu tumpukan keluarga, Marlia Musa enggan berlakon". mStar Online. Dicapai pada 24 Mei 2016.
  5. ^ Musa Albakri menyahut panggilan Illahi
  6. ^ "Marlia & M. Nasir hanya tunggu hari". Utusan Malaysia. 21 Mei 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2018. Dicapai pada 17 April 2018.
  7. ^ "Pengakuan Marlia Musa pada hari pernikahan - "M. Nasir ialah cinta pertama saya"". Utusan Malaysia. 3 September 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2017. Dicapai pada 23 Mei 2018.
  8. ^ Zul Husni Abdul Hamid (3 September 2000). "Puisi temukan M. Nasir, Marlia". Berita Minggu. Dicapai pada 24 Mei 2020.
  9. ^ "Marlia: M. Nasir terlalu banyak keistimewaannya". Berita Harian. 16 Mei 2000. m/s. 12. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  10. ^ "M. Nasir dan Marlia pilih bernikah di Hari Kebangsaan". Utusan Malaysia. 1 September 2000. Dicapai pada 17 April 2018.
  11. ^ "M. Nasir, Marlia Musa dapat anak perempuan". Berita Harian. 7 Disember 2001. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  12. ^ "Namanya Suci Musalmah". NSTP e-Media. 9 Disember 2001. Dicapai pada 22 April 2015 – melalui Prahara Seni.
  13. ^ Noor Azman Samsudin (15 Mac 1992). "Buku jadi teman Marlia Musa". Berita Minggu. Dicapai pada 24 Mei 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]