Marmaduke Pickthall
Marmaduke Pickthall atau nama sebenar beliau Muhammad Marmaduke William Pickthall (1875-1936) adalah seorang cendekiawan Muslim Barat, yang terkenal sebagai seorang penterjemah Al-Quran. Beliau juga seorang yang puitis dan tepat dalam bahasa Inggeris. Asalnya beragama Kristian yang kemudian berpindah memeluk agama Islam. Pickthall adalah juga seorang novelis, yang diakui oleh D.H Lawrence, H.G Wells dan E.M Forster, juga seorang jurnalis, pengetua sekolah serta pemimpin politik dan agama.
Dididik di Harrow, beliau lahir daripada keluarga Inggeris kelas menengah, yang akar keluarganya mencapai taraf kesatria terkenal iaitu William Sang Penakluk. Pickthall berkelana ke banyak negara-negara Timur, mendapat reputasi sebagai ahli masaalah Timur Tengah. Beliau menerbitkan terjemahannya keatas Al-Quran (The meaning of the Holy Quran) ketika menjadi penjawat jabatan di bawah pemerintahan Nizam dari Hyderabad. Terjemahannya ini menjadi terjemahan dalam bahasa Inggeris pertama yang dilakukan oleh seorang Muslim dan diakui oleh Universiti Al Azhar (Mesir); terjemahan ini oleh Times Literary Supplement disebut sebagai sebuah pencapaian penulisan yang terbesar.
Pickthall dimakamkan di pemakaman Muslim di Brookwood.
[sunting] Lihat pula
[sunting] Pautan luar
- (Inggeris) Biografi Marmaduke William Pickthall
- (Inggeris) The Meaning of the Glorious Qur'an (pranala 1, pranala 2), terjemahan Al-Qur'an ke dalam bahasa Inggris oleh Pickthall
- (Inggeris) Pickthall di Proyek Gutenberg