Andriani Marshanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Marshanda)
Lompat ke: pandu arah, cari
Marshanda
Marshanda.jpg
Marshanda
Kelahiran 10 Ogos 1989 (25 tahun)
Tahun aktif 1997— kini
Pasangan Ben Kasyafani
Anak Sienna Ameerah Kasyafani
Ibu bapa Rianti Sofyan - Irwan Yusuf

Andriani Marshanda biasa dipanggil sebagai "Caca" atau "Chacha" (lahir di Jakarta, 10 Ogos 1989) adalah seorang artis muda bintang drama bersiri, bintang iklan, penyanyi dan juga pengacara.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Marshanda merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik ini adalah anak kepada pasangan Irwan Yusuf dan Riyanti Sofyan ini lahir di Jakarta,Indonesia, pada 10 Ogos 1989 dengan zodiak Leo. Dua adiknya iaitu Aldrian(Didi) dan Allysa(Lisya). Ketika berumur 3 dan 4 tahun beliau pernah tinggal di Kota Lumpia, Semarang, di Jalan Pleburan V berdekatan dengan kampus Undip. Ketika itu ayahnya bekerja sekitar dua tahun di Semarang. Dia bershio Ular.

Marshanda yang beragama Islam ini memulakan kerjayanya dalam dunia pengiklanan sejak kelas 1 SD secara tidak sengaja atau kebetulan, di mana ketika itu Marshanda menemani ibu saudaranya yang juga model terkenal, Chintya Rustam, bekas model iklan sabun Lux ke biro iklan Citra Lintas. Ternyata apabila tiba di sana, Marshanda diminta untuk diikutkan berlakon. Sehingga akhirnya lakonan pada tahun 1997 itu Marshanda terpilih untuk membintangi iklan Bank Danamon. Seterusnya Marshanda membintangi sejumlah iklan teleisyen mahupun media cetak, di antaranya Filma, Cadbury Eclairs, Supermi Ayam Bawang, Es Mony, Tango Wafer, Chicken Nuggets, Carvil Millenium, Susu Bendera, Belia, Emeron, Bank Tamara Dan Vaseline.

Marshanda yang meminati Christina Aguilera, Britney Spears dan M2M sudah sejak kecil gemar menyanyi di samping mengikut latihan olah vokal di Paranadjaja dan kursus balet. Namun demikian dia masih belum percaya dengan kemampuannya untuk bernyanyi, sehingga dia kadangkala masih malu untuk bernyanyi di khalayak orang ramai.

Cita-cita Marshanda adalah untuk menjadi seorang jurutera pertanian dan penyanyi dan terakhir ingin juga menjadi seorang psikologi. Keinginan Marshanda untuk menjadi penyanyi mendapat peluang ketika bertemu dengan seorang pencipta lagu kanak-kanak terkenal Papa T Bob. Awal pertemuan Mashanda dengan Papa T Bob juga terjadi secara tidak sengaja. Semasa itu Marshanda sering merakamkan suaranya ketika sedang menyanyi, ibunya yang mendengar merasa suara Marshanda bagus dan mencuba menghantarnya ke agensi Marshanda. Entah bagaimana, namun Papa T Bob tahu dan tertarik. Selanjutnya Papa T Bob terus mencipta dua buah lagu untuknya. Papa T Bob menyiapkan lagu khas yang sesuai dengan perwatakan suara Marshanda. Akhirnya Marshanda masuk dapur rakaman dengan menyanyikan lagu "Gantungkan Cita Cita" ciptaan Papa T Bob. Ketika berusia 10 tahun bersama iklan televisyen Susu Bendera Bersama makciknyanya, Chintya Kusuma, Mantan Model Cover Women Anita 1991 ke Biro Iklan Puri Emeron.

Kini Marshanda mula memakai tudung, jika di minta menanggalkan tudung Marshanda tidak akan berlakon dalam sinetron tersebut. Marshanda telahpun berkahwin dengan Ben Kasyafani.

Sinetron[sunting | sunting sumber]