Marsyal TUDM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
Prebet Laskar Kelas II Laskar Udara I
Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda

Marsyal TUDM ataupun secara penuhnya, Marsyal Tentera Udara Diraja Malaysia ialah pangkat tertinggi yang terdapat di dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia, (TUDM). Buat masa ini, pangkat ini dikhususkan bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan yang pernah bertahkta sebagai Yang Di-Pertuan Agong. Sultan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar selaku Kolonel Yang Di-Pertua TUDM ialah Sultan yang sering dilihat mengenakan pakaian dan insignia Marsyal TUDM.

Insignia pangkat Marsyal TUDM[sunting | sunting sumber]

Marsyal TUDM Pakaian Istiadat Pakaian No 3
Insignia Kini
Insignia Alternatif

Terdapat dua gaya insignia bahu yang dapat dilihat, satu mirip British dan satu lagi menggunakan susunan bintang-bintang, seragam dengan Tentera Darat Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. Kedua-dua sistem digunakan bertukar ganti, tetapi kini sistem kedua digunakan mulai tahun 2005.