Mas Selamat bin Kastari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mas Selamat bin Kastari

Gambar diambil dari fail Interpol
Lahir 23 Januari 1961 (53 tahun)
Kendal, Jawa Tengah, Indonesia
Tuduhan Tiada[1]
Status Masih ditahan oleh Polis Diraja Malaysia
Pekerjaan Bekas mekanik bas, ketua Jemaah Islamiah, Singapura
Anak Lima.

Mas Selamat bin Kastari dikatakan pemimpin kumpulan militan Jemaah Islamiah yang beroperasi di Singapura. Perisikan polis Singapura menyatakan Mas Selamat menjadi dalang untuk menawan sebuah kapal terbang di Bangkok dan merempuh Lapangan Terbang Changi Singapura.

Mas Selamat dilahirkan pada 23 Januari 1961 di Kendal, Jawa Tengah.Tahun 1980 dia berpindah ke Singapura dan berkahwin di sana. Dia mempunyai lima anak hasil dari perkahwinan tersebut.Anaknya menerima pendidikan di sebuah sekolah agama di Indonesia. Mas Selamat dipercayai menganggotai pergerakan Darul Islam satu pertubuhan di bawah Jemaah Islamiah pada tahun 1990-an. Pada 1992 dia dihantar ke Afghanistan untuk menjalani latihan selama setahun .Ketika itu puak Taliban menguasai Afghanistan setelah berjaya mengundurkan tentera Rusia pada 1989. Pada tahun 1998 dia mempelajari sistem kerajaan Taliban sebelum pulang ke Singapura dengan semangat yang kental untuk memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam. Negara Islam yang mengamalkan undang-undang Islam berasaskan al Quran , mengharamkan arak, judi, zina , dadah dan sebagainya .

Dia dilaporkan pernah menemui pemimpin tertinggi JI Asia Tenggara iaitu Hambali dan membincangkan pelbagai rancangan untuk melancarkan serangan termasuklah merampas sebuah kapal terbang di Bangkok sebelum menghempaskan pesawat tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura.Mas Selamat berjaya ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia bagi membantu siasatan beberapa peristiwa pengeboman pada 2001 dan 2002. Dia telah menukar identiti dengan menggunakan nama Edy Heriyanto.

Lari kali pertama[sunting | sunting sumber]

Di dalam penjara, kakinya tempang selepas melompat dari bangunan tinggi ketika cuba melarikan diri pada 2001. Dia kemudiannya dibebaskan pada 2005.

Pada 20 Januari 2006 dia diberkas polis Indonesia ketika melawat anaknya di sebuah sekolah agama di Pulau Bintan. Singapura kemudiannya meminta supaya Mas Selamat diekstradisi dan dia kemudiannya ditahan di bawah ISA Singapura.

Lari dari penjara Singapura[sunting | sunting sumber]

Mas Selamat telah memalukan sistem penjara di Singapura kerana berjaya meloloskan diri dengan mudah . Dia menyelamatkan diri dari Pusat Tahanan Jalan Whitley pada 27 Februari 2008 pada jam 4.04 petang. Dia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri Singapura.Melalui tingkap tandas tidak berjerigi , dia meloloskan diri ketika dibawa bertemu dengan ahli keluarganya yang melawatnya ketika itu.

Tembok penjara konkrit berlapis 7 meter dan pagar berduri .Anggota yang berkawal lengkap bersenjata, pagar tinggi yang berduri dan unit kamera litar tertutup (CCTV) tidak memberi sebarang makna.Interpol mengeluarkan amaran keselamatan tahap jingga (Orange Notice) di seluruh 186 cawangannya di seluruh dunia atas permintaan Singapura. Ditukar kepada tahap merah beberapa hari kemudian. Gambar Mas Selamat disebarkan kepada 5.5 juta penduduk Singapura melalui tampalan poster di merata tempat dan khidmat pesanan multimedia (MMS).Seseorang di Singapura menawarkan RM2.39 juta kepada pemberi maklumat.[2]

Dia kemudian menggunakan 'pelampung' untuk melarikan diri dari pantai Woodlands, Singapura ke pantai Stulang, kira-kira 1 km . Selat Tebrau atau Selat Johor tidak begitu lebar untuk direnangi. Kemudian dia ke rumah saudaranya Abdul Matin di Ulu Tiram dan Johar Hassan di sebuah perkampungan di Skudai. Dia membatalkan hasrat melarikan diri ke selatan Filipina atau ke Indonesia kerana Johor lebih sesuai dijadikan tempat persembunyian. Abdul Matin dipercayai merupakan seorang anggota biasa Jemaah Islamiah. Johar pula bersimpati dengan perjuangan JI.

Ditangkap semula[sunting | sunting sumber]

Rumah kampung inilah tempat persembunyian Mas Selamat Kastari, ketua militan Jemaah Islamiah Singapura sebelum digempur oleh Unit Tindakan Khas PGK dan Cawangan Khas di Kampung Tawakal, Skudai, Johor Bahru.

Abdul Matin dan Johar Hassan telah ditahan polis Malaysia pada 1 April 2009 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). ICJ Sidney Jones dari International Crisis Group (ICG) menyatakan rangkaian JI di Malaysia serta Johor masih aktif.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan kedudukan, rangkaian dan peranan militan JI di Johor.[3]

Pada 1 April 2009, sepasukan Cawangan Khas PDRM berjaya menangkap semula Mas Selamat di Johor hasil pertukaran maklumat antara Malaysia, Indonesia dan Singapura. Mas Selamat mempunyai ramai sanak-saudara di Skudai, kira-kira 20 km dari Johor Bharu. Dia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan ini bermakna sebarang kesalahan lampau tidak akan dibicarakan. Ketika operasi , jiran terdekat, Mohd Saad Marjo, 57, menceritakan 40 anggota polis bertopeng dari unit anti-pengganas Unit Tindakan Khas Pasukan Gerakan Khas menyerbu rumah itu di Kampung Tawakal. Pintu rumah diketuk. Seorang lelaki bergari dan bertutup muka di bawa keluar.[4]

Setakat ini Mas Selamat belum dihantar ke Kem Tahanan Kamunting, Taiping.[5]

Wong Kan Seng selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura merangkap Timbalan Perdana Menteri Singapura menyatakan Mas Selamat akan dipindahkan semula ke pusat tahanan lamanya. [6] Sebetulnya pihak Malaysia mahu berita penangkapan ini dirahsiakan agar siasatan dan tangkapan lain dapat dibuat.

Tahanan ISA[sunting | sunting sumber]

Mas Selamat dan Abdul Matin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1948 (ISA) selama 2 tahun di Kem Tahanan Kamunting,Taiping.Oleh itu proses ekstradisi ke Singapura tidak timbul lagi.[7]

Tindakan susulan[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Jun 2009, Ahad, Pasukan khusus anti- pengganas polis Indonesia, Densus 88, menangkap Syamsul, 50, di sebuah rumah di Jalan Hayam Wuruk, Gang Rangkok, Desa Kedamaian, Kecamatan Tanjung Karang Timur, Bandarlampung. Shamsul merupakan seorang anggota jaringan pengganas Mas Selamat Kastari dan Fajar Taslim yang pernah merancang untuk mengebom Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura. [8]

Syamsul merupakan warganegara Singapura yang bekerja sebagai tukang beca di kawasan Pasar Tugu, Bandarlampung.Syamsul adalah anak buah Selamat Kastari dan didapati telah berkali-kali melakukan pemalsuan identiti selepas pertama kali memasuki Indonesia dan menetap di Tulung Agung di Jawa Timur, sebelum berpindah ke Lampung sejak 2006. dia lazimnya berbahasa Melayu tetapi kini fasih berbahasa Indonesia.[9]

Pengarah Siasatan Jenayah Polis Daerah Lampung Darmawan Sutawijaya menyatakan polis berjaya mengesan setelah mengintip selama 3 bulan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]