Masakan Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia.
Isi kandungan |
Bahan makanan[sunting]
Makanan ruji[sunting]
Beras dan mee merupakan makanan harian kebanyakan rakyat Malaysia. Mungkin sebilangan kecil turut mengamalkan makanan berasaskan tepung gandum seperti roti canai, lempeng dan kuih-muih. Terdapat juga masyarakat yang menggunakan sagu sebagai makanan utama mereka.
Daging[sunting]
Ayam dan lembu merupakan sumber daging utama walaupun ramai rakyat Malaysia gemar makan ikan dan kambing.
Jenis makanan[sunting]
Makanan Melayu[sunting]
- Rendang
- Ketupat
- Nasi impit
- Lontong
- Karipap
- Nasi lemak
- Laksa
- Nasi kerabu
- Nasi Minyak
- Nasi Hujan Panas
- Ayam Percik