Masjid
|
|||||||||||||||||||||||
|
Sebahagian dari siri |
|
|---|---|
| Gaya seni bina |
|
|
Lain |
|
|
Afrika · Asia · Australia |
|
|
Lihat juga |
|
|
|
|
Masjid (مسجد) adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.
Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.
Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musala.
Ada 3 masjid utama yang dimuliakan umat Islam :
- Masjidil Haram di Makkah - tempat Ka'bah, kiblat solat umat Islam.
- Masjid Nabawi di Madinah
- Masjidil Aqsa di Al-Quds (Jerusalem), Palestin
Di Malaysia, pembahagian tempat beribadat dibahagikan kepada beberapa pecahan iaitu:-
- Masjid Negara
- Masjid Negeri
- Masjid Daerah
- Masjid Qaryah
- Surau
Isi kandungan |
Sejarah masjid[sunting]
Tapak Masjid Pertama dan Kedua
Tapak masjid pertama di dunia adalah Masjidil Haram yang dibina semenjak Nabi Adam A.S, dan tapak masjid kedua yang dibina adalah Masjid Al-Aqsa.
Masjid pertama dan kedua pada zaman Nabi Muhammad S.A.W
Ketika Nabi Muhammad S.A.W tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangun sebuah masjid, yang sekarang dikenal dengan nama Masjid Quba. Masjid kedua yang dibina adalah Masjid Nabawi, yang bererti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangun di sebuah lapangan yang luas. Di Masjid Nabawi, juga terdapat mimbar yang sering dipakai oleh Nabi Muhammad saw. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar, dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin.
Saat ini, Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjid al-Aqsa adalah tiga masjid tersuci di dunia.
Penyebaran masjid
Masjid kemudian dibangun di daerah luar Semenanjung Arab, seiring dengan kaum Muslim yang bermukim di luar Jazirah Arab. Mesir menjadi daerah pertama yang dikuasai oleh kaum Muslim Arab pada tahun 640. Sejak saat itu, ibu negara Mesir, Kaherah dipenuhi dengan masjid. Maka dari itu, Kaherah digelar sebagai kota seribu menara.Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam atau madrasah bahkan sebagai rumah sakit.Masjid di Sisilia dan Sepanyol tidak menirukan reka bentuk Visigoth, tetapi menirukan reka bentuk bangsa Moor.Para ilmuwan kemudian memperkirakan bahwa bentuk bangunan pra-Islam kemudian diubah menjadi bentuk reka bentuk Islam ala Andalus dan Magribi, seperti contoh lengkung tapal kuda di pintu-pintu masjid.
Masjid pertama di China berdiri pada abad ke 8 Masihi di Xi'an. Masjid Raya Xi'an, yang terakhir kali di diubah pada abad ke 18 Masihi,mengikuti seni bina Cina. Masjid di bahagian barat Cina seperti di daerah Xinjiang, mengikuti seni bina Arab, dimana di masjid terdapat kubah dan menara. Sedangkan, di timur Cina, seperti di daerah Beijing, mengandung seni bina Cina.
Masjid mulai masuk di daerah India pada abad ke 16 semasa kerajaan Mughal berkuasa. Masjid di India mempunyai ciri ciri seni bina masjid yang lain, seperti kubah yang berbentuk seperti bawang. Kubah jenis ini dapat dilihat di Masjid Jama, Delhi.
Masjid pertama kali didirikan di Kesultanan Uthmaniyyah pada abad ke-11 Masihi, dimana pada saat itu orang-orang Turki mulai masuk agama Islam. Beberapa masjid awal di Turki adalah Aya Sofya(Hagia Sophia), dimana pada zaman Byzantium, bangunan Aya Sofya merupakan sebuah katedral.
Kesultanan Uthmaniyah memiliki karakteristik seni bina masjid yang unik, terdiri dari kubah yang besar, menara dan bagian luar gedung yang lapang. Masjid di Kesultanan Uthmaniyyah biasanya mempunyai tiang-tiang yang tinggi, jalur-jalur kecil di antara shaf-shaf, dan langit-langit yang tinggi, juga dengan menggabungkan mihrab dalam satu masjid.Sampai saat ini, Turki merupakan rumah dari masjid yang berciri khas seni bina Uthmaniyyah.
Secara bertahap, masjid masuk ke beberapa bahagian di Eropah. Perkembangan jumlah masjid secara pesat mulai terlihat seabad yang lalu, ketika banyak penghijrah Muslim yang masuk ke Eropah. Kota-kota besar di Eropah, seperti Munich, London dan Paris memilki masjid yang besar dengan kubah dan menara. Masjid ini biasanya terletak di daerah sesak sebagai pusat komuniti dan kegiatan sosial untuk para muslim di daerah tersebut. Walaupun begitu, seseorang dapat menemukan sebuah masjid di Eropah apabila di sekitar daerah tersebut ditinggali oleh kaum Muslim dalam jumlah yang cukup banyak.
Masjid pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal abad ke 20. Masjid yang pertama didirikan di Amerika Syarikat adalah di daerah Cedar Rapids, Iowa yang dibangun pada kurun akhir 1920-an. Bagaimanapun, semakin banyak penghijrah Muslim yang datang ke Amerika Syarikat, terutama dari Asia Selatan, jumlah masjid di Amerika Syarikat bertambah secara drastik. Di mana jumlah masjid pada waktu 1950 sekitar 2% dari jumlah masjid di Amerika Syarikat, pada tahun 1980, 50% jumlah masjid di Amerika Syarikat didirikan.
Perubahan tempat ibadah menjadi masjid[sunting]
Menurut sejarawan Muslim, sebuah kota yang ditaklukkan tanpa perlawanan dari penduduknya, maka pasukan Muslim memperbolehkan penduduk untuk tetap mempergunakan gereja dan sinagog (kuil Yahudi) mereka. Tapi, ada beberapa gereja dan sinagog yang beralih fungsi menjadi sebuah masjid dengan persetujuan dari tokoh agama setempat. Misal pada perubahan fungsi Masjid Umayyah, dimana khalifah Bani Umayyah, Abdul Malik mengambil gereja Santo Yohannes pada tahun 705 dari Umat Kristian. Kesultanan Uthmaniyah juga melakukan alih fungsi terhadap beberapa gereja, biara dan kapel di Istanbul, termasuk gereja terbesar Ayasofya yang dirubah menjadi masjid, setelah kejatuhan kota Konstantinopel pada tahun 1453 oleh Muhammad al-Fatih. Beberapa masjid lainnya juga didirikan di daerah suci milik Yahudi dan Kristen, seperti di Yerussalem.Penguasa Muslim di India juga membangun masjid hanya untuk memenuhi tugas mereka di bidang agama.
Sebaliknya, masjid juga dialih fungsikan menjadi tempat ibadah yang lain, seperti gereja. Hal ini dilakukan oleh umat Kristian di Sepanyol yang merubah fungsi masjid di selatan Sepanyol menjadi katedral, mengikuti keruntuhan kekuasaan Bani Umayyah di selatan Spanyol. Masjid Agung Kordoba sekarang dialih fungsikan menjadi sebuah gereja. Beberapa masjid di kawasan Semenanjung Iberia, Eropah Selatan dan India juga dialih fungsikan menjadi gereja atau pura setelah kekuasaan Islam tidak berkuasa lagi.
Reka bentuk masjid[sunting]
Menara Masjid
Bentuk umum dari sebuah masjid adalah keberadaan menara masjid. Menara di masjid biasanya tinggi dan berada di bagian pojok dari kompleks masjid. Menara masjid tertinggi di dunia berada di Masjid Hassan II, Casablanca, Maghribi.
Masjid-masjid pada zaman Nabi Muhammad tidak memiliki menara, dan hal ini mulai diterapkan oleh pengikut ajaran Wahabiyyah, yang melarang pembangunan menara dan menganggap menara tidak penting dalam kompleks masjid. Menara pertama kali dibangun di Basra pada tahun 665 sewaktu pemerintahan khalifah Bani Umayyah, Muawiyah I. Muawiyah mendukung pembangunan menara masjid untuk menyaingi menara-menara loceng di gereja. Menara bertujuan sebagai tempat muazin mengumandangkan azan.
Kubah masjid
Kubah juga merupakan salah satu ciri khas dari sebuah masjid. Seiring waktu, kubah diperluas menjadi sama luas dengan tempat ibadah di bawahnya. Walaupun kebanyakan kubah memakai bentuk setengah bulat, masjid-masjid di daerah India dan Pakistan memakai kubah berbentuk bawang.
Tempat ibadah
Tempat ibadah atau ruang solat, tidak diberikan meja, atau kerusi, sehingga memungkinkan para jamaah untuk mengisi shaf atau barisan-barisan yang ada di dalam ruang shalat. Bahagian ruang solat biasanya diberi kaligrafi dari potongan ayat Al-Quran untuk memperlihatkan keindahan agama Islam serta Al-Qur'an. Ruang shalat mengarah ke arah Ka'bah, sebagai kiblat umat Islam.[38] Di masjid juga terdapat mihrab dan mimbar. Mihrab adalah tempat imam memimpin solat, sedangkan mimbar adalah tempat khatib menyampaikan khutbah.
Tempat wudhu
Dalam kompleks masjid, di dekat ruang solat, tersedia ruang untuk menyucikan diri, atau biasa disebut tempat wudhu. Di beberapa masjid kecil, kamar mandi digunakan sebagai tempat untuk berwudhu. Sedangkan di masjid tradisional, tempat wudhu biasanya sedikit terpisah dari bangunan masjid.
Kegunaan lain
Masjid moden sebagai pusat kegiatan umat Islam, juga menyediakan fasiliti seperti klinik, perpustakaan,dan tempat beriadah.
Etika dan peraturan[sunting]
Segala struktur dan reka bentuk binaan Masjid mestilah akhirnya dikiblatkan kepada Kaabah di Makkah. Masjid menurut perspektif Islam jelas objektifnya adalah tempat untuk menyembah dan beribadah kepada Allah. Namun dalam memastikan objektif Masjid tercapai dengan sempurna dan saksama perkara terpenting adalah menjaga adat dan tatasusila serta peraturan Masjid tersebut agar kesucian dan keberkatan dapat terus dipertahankan. Diantara undang-undang yang perlu dipatuhi ketika memasuki Masjid adalah seperti membuka kasut/selipar serta jangan membuat bising dan kotor di dalam Masjid. Perkara-perkara lain yang menjadi peraturan dan etika di dalam Masjid adalah seperti berikut;
Imam[sunting]
Keperluan untuk mendapatkan Imam (ketua dalam solat) diklasifikasikan sebagai suatu kepentingan yang diperlukan, namun tidak semestinya merupakan suatu kewajipan.[1] Imam tetap mestilah seorang yang bebas (tidak terkongkong dengan pekerjaan lain), adil, jujur dan mempunyai pengetahuan dalam agama Islam yang baik.[1] Bagi masjid yang dibina oleh kerajaan dan dikawal selia olehnya, biasanya pihak badan agama yang diiktiraf oleh kerajaan seperti jabatan agama Islam negeri atau negara bertanggungjawab untuk menentukan siapa yang layak menjadi Imam. Bagi sesetengah negara orang yang layak menyandang jawatan dan tugasan sebagai Imam adalah dipilih oleh Raja/Sultan mahupun menteri yang bertanggungjawab;[1] Manakala bagi Masjid yang dikawal selia atau dibina oleh pihak swasta, pemilihan Imam walau bagaimanapun adalah berdasarkan kepada undian atau pemilihan rasmi jawatankuasa qariah yang dilantik, atau merujuk kepada pemilihan umum khususnya dari kalangan para jemaah. Berdasarkan kepada mazhab Hanafi, orang yang membangunkan Masjid ialah orang yang lebih berhak untuk mendapat gelaran Imam, namun pandangan ini tidak mendapat sokongan dan dokongan dari mazhab Islam yang lain.[1]
Imam solat boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama, yakni bergantung kepada jenis waktu tugasan pengimaman solatnya sama ada 5 kali waktu solat sehari semalam, Solat Jumaat sahaja atau solat-solat tertentu sahaja.[1] Berdasarkan pandangan mazhab Hanafi dan Maliki, Imam adalah diperlukan untuk setiap kali Solat Jumaat, tetapi solat-solat lain tidak diperlukan. Namun Mazhab Syafii dan Hanbali membantah bahawa penyataan di atas adalah tidak diperlukan dan menyifatkan setiap solat selagi ia dikerjakan secara berjamaah ia kekal perlu mempunyai Imam. Kanak-kanak juga boleh menjadi Imam dalam solat, tapi pemerintah Muslim rata-rata kurang setuju dengan tugasan ini melainkan jika kanak-kanak itu bersolat bersama dengan golongan kanak-kanak yang lain.[1]
Menurut Abdul Rahman Al-Jaziry, syarat sah Imam ialah akil baligh, maka tidak sah kanak-kanak (sibyan - ) mumaiz yang belum baligh [menjadi Imam] di dalam solat fardu, dan ini dipersetujui oleh ketiga-tiga Imam, tetapi terdapat khilaf (perselisihan pendapat) dalam mazhab Imam Syafie. Antara catitan yang diberikan oleh Sheikh Abdul Rahman ialah :
- Mazhab Syafie - boleh Imam yang belum baligh dikalangan kanak-kanak didalam solat fardu melainkan solat Jumaat, tetapi jika terdapat Imam yang biasa (lelaki sudah akil baligh) maka tidaklah sah melainkan dengan Imam tersebut.
- Mazhab Hanafi - Tidak sah kanak-kanak yang belum akil baligh secara mutlak, tidak sah pengimamannya didalam solat fardu dan juga solat sunat.
- Mazhab Maliki - Tidak sah menjadikan wanita [sebagai Imam], Tidak (sah) khunsa (sebagai imam) - (kerana) masalah bagi mengetahui ia lelaki atau wanita, tidak (sah) didalam fardu, tidak (sah) didalam solat sunat. Lelaki (bukan sibyan) adalah syarat Imam Mutlak dan kedua-dua (wanita dan khunsa) menjadi makmumnya.
Oleh itu Ulama bersependapat bahawa sah makmum kanak-kanak mengikut Imam kanak-kanak. (Fiqh 4 mazhab, 1/330-331).
Imam yang terikat menjadi Imam kepada Solat Jumaat juga terikat untuk menjadi Imam kepada solat lima waktu sehari semalam; Cendekiawan Islam bersetuju bahawa Imam yang mengimamkan solat fardu lima waktu sehari semalam juga perlu mengimamkan Solat Jumaat.[1]
Walau bagaimanpun paling jelas menunjukkan lelaki yang berakal (tidak gila) sahaja boleh menjadi Imam kepada golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak lain.[1] Wanita tidak dibenarkan menjadi Imam kepada jemaah lelaki kecuali kepada jemaah perempuan Muslim sahaja.
Rekod masjid[sunting]
- Masjid paling besar di dunia: Masjid Shah Faisal di Islamabad, Pakistan (46.87 ekar)
- Menara masjid tertinggi di dunia: Menara Masjid Sultan Hassan II di Casablanca, Maghribi (210 meter)
- Kubah masjid terbesar di dunia: Kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor, Malaysia (170 kaki; 52 meter diameter & 350 meter tinggi). Menara masjid ini juga pernah dicatat oleh Rekod Dunia Guinness sebagai menara masjid tertinggi di dunia dahulu (140 meter) sehinggalah gelaran itu diambil Masjid Sultan Hassan II.
- Masjid terbesar di Asia Tenggara adalah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam,Selangor yang berkeluasan 10 hektar dan Masjid Istiqlal di Jakarta yang berkeluasan 9.5 hektar
Lihat juga[sunting]
Rujukan[sunting]
- Buku dan jurnal
- Accad, Martin (2003). "The Gospels in the Muslim Discourse of the Ninth to the Fourteenth Centuries: An Exegetical Inventorial Table (Part I)". Islam and Christian-Muslim Relations 14 (1). ISSN 0959-6410.
- Adil, Hajjah Amina; Shaykh Nazim Adil Al-Haqqani, Shaykh Muhammad Hisham Kabbani (2002). Muhammad: The Messenger of Islam. Islamic Supreme Council of America. ISBN 978-1-930409-11-8.
- Ahmed, Akbar (1999). Islam Today: A Short Introduction to the Muslim World (2.00 ed.). I. B. Tauris. ISBN 978-1-86064-257-9.
- Brockopp, Jonathan E. (2003). Islamic Ethics of Life: abortion, war and euthanasia. University of South Carolina press. ISBN 978-1-57003-471-8.
- Cohen-Mor, Dalya (2001). A Matter of Fate: The Concept of Fate in the Arab World as Reflected in Modern Arabic Literature. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-513398-1.
- Curtis, Patricia A. (2005). A Guide to Food Laws and Regulations. Blackwell Publishing Professional. ISBN 978-0-8138-1946-4.
- Drury, Abdullah, Islam in New Zealand: The First Mosque (Christchurch, 2007) ISBN 978-0-473-12249-2 .
- Eglash, Ron (1999). African Fractals: Modern Computing and Indigenous Design. Rutgers University Press. ISBN 978-0-8135-2614-0.
- Ernst, Carl (2004). Following Muhammad: Rethinking Islam in the Contemporary World. University of North Carolina Press. ISBN 978-0-8078-5577-5.
- Esposito, John; John Obert Voll (1996). Islam and Democracy. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-510816-3.
- Esposito, John (1998). Islam: The Straight Path (3rd ed.). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-511234-4.
- Esposito, John; Yvonne Yazbeck Haddad (2000a). Muslims on the Americanization Path?. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-513526-8.
- Esposito, John (2000b). Oxford History of Islam. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-510799-9.
- Esposito, John (2002a). Unholy War: Terror in the Name of Islam. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-516886-0.
- Esposito, John (2002b). What Everyone Needs to Know about Islam. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-515713-0.
- Esposito, John (2003). The Oxford Dictionary of Islam. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-512558-0.
- Esposito, John (2004). Islam: The Straight Path (3rd Rev Upd ed.). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-518266-8.
- Farah, Caesar (1994). Islam: Beliefs and Observances (5th ed.). Barron's Educational Series. ISBN 978-0-8120-1853-0.
- Farah, Caesar (2003). Islam: Beliefs and Observances (7th ed.). Barron's Educational Series. ISBN 978-0-7641-2226-2.
- Firestone, Rueven (1999). Jihad: The Origin of Holy War in Islam. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-512580-1.
- Friedmann, Yohanan (2003). Tolerance and Coercion in Islam: Interfaith Relations in the Muslim Tradition. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-02699-4.
- Martin Frishman, Hasan-Uddin Khan, ed (2002). The Mosque: History, Architectural Development & Regional Diversity. Thames & Hudson. ISBN 978-0-500-28345-5.
- Ghamidi, Javed (2001). Mizan. Dar al-Ishraq. OCLC 52901690.
- Goldschmidt, Jr., Arthur; Lawrence Davidson (2005). A Concise History of the Middle East (8th ed.). Westview Press. ISBN 978-0-8133-4275-7.
- Griffith, Ruth Marie; Barbara Dianne Savage (2006). Women and Religion in the African Diaspora: Knowledge, Power, and Performance. Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8370-5.
- Hawting, G. R. (2000). The First Dynasty of Islam: The Umayyad Caliphate AD 661–750. Routledge. ISBN 978-0-415-24073-4.
- Hedayetullah, Muhammad (2006). Dynamics of Islam: An Exposition. Trafford Publishing. ISBN 978-1-55369-842-5.
- Holt, P. M.; Bernard Lewis (1977a). Cambridge History of Islam, Vol. 1. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-29136-1.
- Holt, P. M.; Ann K. S. Lambton, Bernard Lewis (1977b). Cambridge History of Islam, Vol. 2. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-29137-8.
- Hourani, Albert; Ruthven, Malise (2003). A History of the Arab Peoples. Belknap Press; Revised edition. ISBN 978-0-674-01017-8.
- Humphreys, Stephen (2005). Between Memory and Desire. University of California Press. ISBN 978-0-520-24691-1.
- Kobeisy, Ahmed Nezar (2004). Counseling American Muslims: Understanding the Faith and Helping the People. Praeger Publishers. ISBN 978-0-313-32472-7.
- Koprulu, Mehmed Fuad; Leiser, Gary (1992). The Origins of the Ottoman Empire. SUNY Press. ISBN 978-0-7914-0819-3.
- Kramer, Martin (1987). Shi'Ism, Resistance, and Revolution. Westview Press. ISBN 978-0-8133-0453-3.
- Kugle, Scott Alan (2006). Rebel Between Spirit And Law: Ahmad Zarruq, Sainthood, And Authority in Islam. Indiana University Press. ISBN 978-0-253-34711-4.
- Lapidus, Ira (2002). A History of Islamic Societies (2nd ed.). Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-77933-3.
- Lewis, Bernard (1984). The Jews of Islam. Routledge & Kegan Paul. ISBN 978-0-7102-0462-2.
- Lewis, Bernard (1993). The Arabs in History. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-285258-8.
- Lewis, Bernard (1997). The Middle East. Scribner. ISBN 978-0-684-83280-7.
- Lewis, Bernard (2001). Islam in History: Ideas, People, and Events in the Middle East (2nd ed.). Open Court. ISBN 978-0-8126-9518-2.
- Lewis, Bernard (2003). What Went Wrong?: The Clash Between Islam and Modernity in the Middle East (Reprint ed.). Harper Perennial. ISBN 978-0-06-051605-5.
- Lewis, Bernard (2004). The Crisis of Islam: Holy War and Unholy Terror. Random House, Inc., New York. ISBN 978-0-8129-6785-2.
- Madelung, Wilferd (1996). The Succession to Muhammad: A Study of the Early Caliphate. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-64696-3.
- Malik, Jamal; John R Hinnells, Inc NetLibrary (2006). Sufism in the West. Routledge. ISBN 978-0-415-27408-1.
- Menski, Werner F. (2006). Comparative Law in a Global Context: The Legal Systems of Asia and Africa. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-85859-5.
- Mohammad, Noor (1985). "The Doctrine of Jihad: An Introduction". Journal of Law and Religion (Journal of Law and Religion, Vol. 3, No. 2) 3 (2): 381. doi:10.2307/1051182. http://jstor.org/stable/1051182.
- Momen, Moojan (1987). An Introduction to Shi'i Islam: The History and Doctrines of Twelver Shi'ism. Yale University Press. ISBN 978-0-300-03531-5.
- Nasr, Seyed Muhammad (1994). Our Religions: The Seven World Religions Introduced by Preeminent Scholars from Each Tradition (Chapter 7). HarperCollins. ISBN 978-0-06-067700-8.
- Novak, David (February 1999). "The Mind of Maimonides". First Things.
- Parrinder, Geoffrey (1971). World Religions: From Ancient History to the Present. Hamlyn Publishing Group Limited. ISBN 978-0-87196-129-7.
- Patton, Walter M. (April 1900). "The Doctrine of Freedom in the Korân". The American Journal of Semitic Languages and Literatures (Brill Academic Publishers) 16 (3): 129. doi:10.1086/369367. ISBN 978-90-04-10314-6.
- Peters, F. E. (1991). "The Quest for Historical Muhammad". International Journal of Middle East Studies.
- Peters, F. E. (2003). Islam: A Guide for Jews and Christians. Princeton University Press. ISBN 978-0-691-11553-5.
- Peters, Rudolph (1977). Jihad in Medieval and Modern Islam. Brill Academic Publishers. ISBN 978-90-04-04854-6.
- Ruthven, Malise (2005). Fundamentalism: The Search for Meaning. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-280606-2.
- Sahas, Daniel J. (1997). John of Damascus on Islam: The Heresy of the Ishmaelites. Brill Academic Publishers. ISBN 978-90-04-03495-2.
- Sachedina, Abdulaziz (1998). The Just Ruler in Shi'ite Islam: The Comprehensive Authority of the Jurist in Imamite Jurisprudence. Oxford University Press US. ISBN 978-0-19-511915-2.
- Seibert, Robert F.; Daniel, Norman (1994). "Review: Islam and the West: The Making of an Image (Norman Daniel)". Review of Religious Research (Review of Religious Research, Vol. 36, No. 1) 36 (1): 88. doi:10.2307/3511655. http://jstor.org/stable/3511655.
- Sells, Michael Anthony; Emran Qureshi (2003). The New Crusades: Constructing the Muslim Enemy. Columbia University Press. ISBN 978-0-231-12667-0.
- Smith, Jane I. (2006). The Islamic Understanding of Death and Resurrection. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-515649-2.
- Spencer, Robert (2005). The Myth of Islamic Tolerance: How Islamic Law Treats Non-Muslims. Prometheus Books. ISBN 978-1-59102-249-7.
- Stillman, Norman (1979). The Jews of Arab Lands: A History and Source Book. Philadelphia: Jewish Publication Society of America. ISBN 978-1-82760-198-4.
- Tabatabae, Sayyid Mohammad Hosayn; Seyyed Hossein Nasr (translator) (1979). Shi'ite Islam. Suny press. ISBN 978-0-87395-272-9.
- Tabatabae, Sayyid Mohammad Hosayn; R. Campbell (translator) (2002). Islamic teachings: An Overview and a Glance at the Life of the Holy Prophet of Islam. Green Gold. ISBN 978-0-922817-00-9.
- Teece, Geoff (2003). Religion in Focus: Islam. Franklin Watts Ltd. ISBN 978-0-7496-4796-4.
- Trimingham, John Spencer (1998). The Sufi Orders in Islam. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-512058-5.
- Tritton, Arthur S. (1970) [1930]. The Caliphs and their Non-Muslim Subjects: A Critical Study of the Covenant of Umar. London: Frank Cass Publisher. ISBN 978-0-7146-1996-5.
- Turner, Colin (2006). Islam: the Basics. Routledge (UK). ISBN 978-0-415-34106-6.
- Turner, Bryan S. (1998). Weber and Islam. Routledge (UK). ISBN 978-0-415-17458-9.
- Waines, David (2003). An Introduction to Islam. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-53906-7.
- Watt, W. Montgomery (1973). The Formative Period of Islamic Thought. University Press Edinburgh. ISBN 0-85-224254-X.
- Watt, W. Montgomery (1974). Muhammad: Prophet and Statesman (New ed.). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-881078-0.
- Weiss, Bernard G. (2002). Studies in Islamic Legal Theory. Boston: Brill Academic publishers. ISBN 978-90-04-12066-2.
- Williams, John Alden (1994). The Word of Islam. University of Texas Press. ISBN 978-0-292-79076-6.
- Williams, Mary E. (2000). The Middle East. Greenhaven Pr. ISBN 978-0-7377-0133-3.
- Ensiklopedia
- Berkshire Encyclopedia of World History. (2005). Ed. William H. McNeill, Jerry H. Bentley, David Christian. Berkshire Publishing Group. ISBN 978-0-9743091-0-1.
- Catholic Encyclopedia. (1910). Ed. Gabriel Oussani.
- The Columbia Encyclopedia (6th). (2000). Ed. Paul Lagasse, Lora Goldman, Archie Hobson, Susan R. Norton. Gale Group. ISBN 978-1-59339-236-9.
- Encyclopaedia Britannica Online. Encyclopaedia Britannica, Inc..
- Encyclopedia of Christianity (1st). (2001). Ed. Erwin Fahlbusch, William Geoffrey Bromiley. Eerdmans Publishing Company, and Brill. ISBN 978-0-8028-2414-1.
- Encyclopedia of Christianity (1st). (2005). Ed. John Bowden. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-522393-4.
- Encyclopedia of the Future. (1995). Ed. George Thomas Kurian, Graham T. T. Molitor. MacMillan Reference Books. ISBN 978-0-02-897205-3.
- Encyclopaedia of Islam Online. Ed. P.J. Bearman, Th. Bianquis, C.E. Bosworth, E. van Donzel, W.P. Heinrichs. Brill Academic Publishers. ISSN 1573-3912.
- Encyclopedia of Islam and the Muslim World. (2003). Ed. Richard C. Martin, Said Amir Arjomand, Marcia Hermansen, Abdulkader Tayob, Rochelle Davis, John Obert Voll. MacMillan Reference Books. ISBN 978-0-02-865603-8.
- Encyclopaedia of the Qur'an Online. Ed. Jane Dammen McAuliffe. Brill Academic Publishers.
- Encyclopedia of Religion (2nd). (2005). Ed. Lindsay Jones. MacMillan Reference Books. ISBN 978-0-02-865733-2.
- Encyclopedia of Religious Rites, Rituals, and Festivals (1st). (2004). Ed. Salamone Frank. Routledge. ISBN 978-0-415-94180-8.
- The Encyclopedia of World History Online (6th). (2000). Ed. Peter N. Stearns. Bartleby.
- Medieval Islamic Civilization: An Encyclopedia. (2005). Ed. Josef W. Meri. Routledge. ISBN 978-0-415-96690-0.
- Merriam-Webster's Encyclopedia of World Religions. (1999). Ed. Wendy Doniger. Merriam-Webster. ISBN 978-0-87779-044-0.
- New Encyclopedia of Islam: A Revised Edition of the Concise Encyclopedia of Islam. (2003). Ed. Glasse Cyril. AltaMira Press. ISSN 978-0759101906.
- Routledge Encyclopedia of Philosophy (1st). (1998). Ed. Edward Craig. Routledge. ISBN 978-0-415-07310-3.
Bacaan lanjut[sunting]
- Arberry, A. J. (1996). The Koran Interpreted: A Translation (1st ed.). Touchstone. ISBN 978-0-684-82507-6.
- Hawting, Gerald R. (2000). The First Dynasty of Islam: The Umayyard Caliphate AD 661–750. Routledge. ISBN 978-0-415-24072-7.
- Khan, Muhammad Muhsin; Al-Hilali Khan, Muhammad Taqi-ud-Din (1999). Noble Quran (1st ed.). Dar-us-Salam Publications. ISBN 978-9960-740-79-9.
- Kramer (ed.), Martin (1999). The Jewish Discovery of Islam: Studies in Honor of Bernard Lewis. Syracuse University. ISBN 978-965-224-040-8.
- Kuban, Dogan (1974). Muslim Religious Architecture. Brill Academic Publishers. ISBN 978-90-04-03813-4.
- Lewis, Bernard (1993). Islam in History: Ideas, People, and Events in the Middle East. Open Court. ISBN 978-0-8126-9217-4.
- Lewis, Bernard (1994). Islam and the West. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-509061-1.
- Lewis, Bernard (1996). Cultures in Conflict: Christians, Muslims, and Jews in the Age of Discovery. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-510283-3.
- Mubarkpuri, Saifur-Rahman (2002). The Sealed Nectar: Biography of the Prophet. Dar-us-Salam Publications. ISBN 978-1-59144-071-0.
- Najeebabadi, Akbar Shah (2001). History of Islam. Dar-us-Salam Publications. ISBN 978-1-59144-034-5.
- Nigosian, S. A. (2004). Islam: Its History, Teaching, and Practices (New ed.). Indiana University Press. ISBN 978-0-253-21627-4.
- Rahman, Fazlur (1979). Islam (2nd ed.). University of Chicago Press. ISBN 978-0-226-70281-0.
- Walker, Benjamin (1998). Foundations of Islam: The Making of a World Faith. Peter Owen Publishers. ISBN 978-0-7206-1038-3.
Nota dan rujukan[sunting]
Pautan luar[sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Masjid |
- Great Mosque of Kairouan (Okba Ibn Nafi Mosque in Kairouan)
- Grand Jumma Mosque at Shams ArRiyadh
- Great Mosque-Cathedral of Córdoba
- The Martyred Mosques On the Seven Mosques of Medina
- Online Masjid Map A Map Finder for Masjid / Mosque / Islamic Center world wide.
- The Mosque Sheikh Lotfollah A Documentary film directed by Manouchehr Tayyab (15 min)
Pautan luar[sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Masjid |
- (Bahasa Melayu) Direktori Masjid seluruh Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
- (Bahasa Melayu) MyMasjid
- (Bahasa Melayu) Gambaran canggih masjid di Malaysia.
- (Inggeris) Daftar masjid di Amerika Syarikat.
- (Inggeris) Senarai masjid di Kanada.
- (Bahasa Melayu) Daftar masjid-masjid di Pulau Pinang.
- List of Bosnian mosques with pictures