Masjid İsa Bey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Masjid İsabey seperti dilihat hari ini

Masjid İsabey (Bahasa Turki: İsabey Camii), dibina pada 1374, merupakan salah satu karya tertua dan paling menarik seni bina tinggalan beylik Anatolia. Masjid ini terletak di antara Gereja Santo Jean dan peninggalan Kuil Artemis di pinggiran Bukit Ayasluğ di Selçuk, Izmir, dahulunya Efesus di Turki. Ia telah dibina oleh arkitek Şamlı Dımışklıoğlu Ali sebagai penghormatan kepada Aydınoğlu İsa Bey. Pada abad ke-19, ia juga digunakan sebagai sebuah caravanserai.

Masjid ini mempunyai dua pintu masuk, satu di timur dan satu lagi di barat. Dinding barat mempunyai ukiran tulisan dan bentuk-bentuk geometri. Dinding masjid ini diliputi oleh marmar, sedangkan muka hadapan di rusuk-rusuk lain diperbuat dari batu terpotong. Ia dibina secara tak simetri di atas asas seluas 48 m (157 kaki) kali 56 m (184 kaki). Lingkaran dua kubahnya (berdiameter 9.4 m dan 8.1 m) dihiasi dengan jubin İznik (Nicaea). 12 tiang bulat berdiri di dalam halamannya dikelilingi oleh anjung. Menara masjid batanya dibina di atas asas oktagon, dan bahagian atas berandanya telah musnah. Masjd ini mempunyai satu lagi menara di barat, tetapi kini telah musnah keseluruhannya. Mihrab masjid ini telah dipindahkan ke masjid lain. Ada suatu türbe oktagon Seljuk diperbuat dari batu dan bata, dengan atap berbentuk piramid, bersebelahan dengan masjid.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bayrak, Orhan M. (1994). p. 407, Türkiye Tarihi Yerler Rehberi (expanded 3rd edition). İnkılâp Kitabevi. ISBN 975-10-0705-4.