Masjid Agung Aleppo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Agung Aleppo
جامع حلب الكبير
Masjid dan menara, Januari 2011
Info asas
AgamaIslam
NegaraSyria
Penerangan seni bina
ArkitekHasan ibn Mufarraj al-Sarmini
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaSyria Utara, Seljuk, Mamluk
Disiapkan pada715M, abad ke-13th
Spesifikasi
Bil. kubah1
Bil. menara masjid1 (Dimusnahkan semasa Perang saudara Syria)
Bahan binaanBatu

Masjid Agung Aleppo (Arab: جامع حلب الكبير Jāmi‘ Halab al-Kabīr) atau Masjid Umayyah Aleppo (جامع بني أمية بحلب Jāmi‘ Bani Umayah Bi-Halab) ialah masjid terbesar dan satu daripada masjid yang paling tua di kota Aleppo, Syria. Masjid ini terletak di daerah al-Jalloum di Kota Lama Aleppo, sebuah warisan dunia, berdekatan pintu masuk Souk al-Madina. Masjid ini dikatakan tempat letak makam Nabi Zakaria, bapa Nabi Yahya.[1][2] Masjid dibina pada zaman permulaan abad ke-8; namun bangunan yang kini ada dibina dari abad ke-11 hingga ke-14. Menara dibina pada tahun 1090 M,[3] dan dimusnahkan pada bulan April 2013 semasa pertempuran dalam Perang saudara Syria.[4]

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Laman Masjid Agung Aleppo

Laman[sunting | sunting sumber]

Masjid Agung dibina merangkumi laman yang luas yang menghubungkan kawasan-kawasan lian masjid. Laman ini terletak di belakang arked bertiang. Arked ini terkenal dengan lantai batu berwarna hitam dan putih yang diatur bersilih ganti, lantas membentuk corak rumit geometri. Juga terdapat dua pancutan air berbumbung bagi tujuan mengambil wuduk[5]. Laman juga mengandungi tempat solat terbuka dan sebuah jam matahari.[6]

Bahagian dalam[sunting | sunting sumber]

Bahagian haram (Arab: حرم (bermaksud "tempat suci atau tempat perlindungan", cf Arab: حرام, "hukum" ) terdiri daripada dewan solat utama yang terletak di bahagian selatan laman,[6] yang juga mengandungi unsur-unsur utam masjid: makam which contains the primary elements of the mosque: Nabi Zakaria, minbar abad ke-11, dan sebuah mihrab yang berukir rapi.[5] Mahupun pintu masuk utama mengandungi tulisan yang menyandarkan pembinaannya kepada sultan Murad III, sultan Empayar Utmaniyyah, ia sebenarnya dibina orang Mamluk.[7] The hall has three naves, all lined with 18 quadrangular columns with cross-vaults.[6] Dewan solat yang besar ini pada awalnya memiliki bumbung lurus dengan sebuah kubah pusat akan tetapi semasa zaman pemerintahan Mamluk ia diganti dengan sistem silang kekubah gerbang dan kubah kecil di bahagian atas arked.[5] Mihrabnya dalam dan bulat dan makam Nabi Zakaria terletak pada bahagian kiri pada dinding selatan.[6]

Bahagian dalam

Terdapat tiga lagi dewan yang bercantum pada sisi-sisi lain laman. Dewan-dewan timur dan utara masing-masing memiliki dua ruang ibu semetara dewan barat memiliki hanya satu. Dewan yang ketiga ini merupakan pembinaan baharu. Dewan timur dibina pada zaman Malik Shah (1072–92M) dan dewan utara diubah suai semasa zaman pemerintahan sultan Mamluk, Sultan Barkuq (1382–1399M), akan tetapi masih memiliki sifat abad ke-11.[6]

Menara[sunting | sunting sumber]

Tiang menara yang keluar dari bumbung leper satu daripada dewan,[6] terdiri daripada lima aras dengan bahagian atasnya dikelilingi satu beranda. Satu laluan tebing gaya muqarnas mengasingkan bahagian atas beranda dari tiang. Struktur ini dibina menggunakan bahan kerja batu halus.[8] Menara dihias dengan perhiasan timbul, lebih daripada bangunan era Islam Aleppo melainkan madrasah Shu'aybiyah. Tingkat-tingkatnya mengandungi gerbang juring dan kumai. Kerja batu menara ini berbeza-beza dengan campuran peralatan begigi yang ringan dan berat, coretan pendak, panjang, melintang dan menegak, siapan yang halus dan kasar, dan batu-batu kecil dan besar.[9]

Mengikut E.J. Brill's First Encyclopaedia of Islam, menara ini "agak unik dalam kesemua seni bina Islam."[6] Ahli arkeologi Ernst Herzfeld memerikan gaya seni bina menara sebagai produk "tamaddun Mediterranean", sambil menulis bahawa empat mukanya mengandungi unsur-unsur seni bina Goth. Ahli antropologi, Yasser Tabbaa, pula berkata bahawa masjid ini merupakan kesinambungan gereja Syria Utara dan "satu fenomenon lokal, yang berpusat di wilayah di antara Aleppo dan Edessa."[10]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Great Mosque of Aleppo Muslim Heritage.
  2. ^ The Great Mosque (The Umayyad Mosque) Syria Gate.
  3. ^ ed. Mitchell, 1978, p. 231.
  4. ^ "Syria clashes destroy ancient Aleppo minaret". bbc.co.uk. 24 April 2013. Dicapai pada 24 April 2013.
  5. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ADL tidak disediakan
  6. ^ a b c d e f g ed. Houtsma, 1987, p. 236.
  7. ^ Houtsma, 1987, p. 235.
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Brend99 tidak disediakan
  9. ^ Allen, Terry. (2003). "Chapter Two. The Ornamented Style in Aleppo and Damascus." In Ayyubid Architecture. Occidental. Solipsist Press.
  10. ^ Raby, ed. Necipoglu, p. 290.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 36°11′N 37°9′W / 36.183°N 37.150°W / 36.183; -37.150