Masjid Al-Ittihad Jatibarang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Masjid Al-Ittihad Jatibarang adalah salah suatu bangunan Masjid yang berada di desa Jatibarang Lor, kecamatan Jatibarang, kabupaten Brebes, Indonesia.

Proses Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pembangunan Masjid Al-Ittihad telah dimulai pada tanggal 6 Mac 2001 dan selesai pembinaannya serta dirasmikan pada 3 Mac 2008. Pembangunan yang direncanakan selesai dalam 4 tahun akhirnya mengecapi kelewatan akibat kenaikan bahan mentah binaan seperti simen dan sebagainya disamping kos operasi pembangunan dan pembinaan Masjid yang semakin meningkat.

Masjid ini berdiri di atas tanah seluas 5,000 meter persegi dan dapat menampung lebih kurang 10,000 jemaah. Masjid Al-Ittihad adalah hasil relokasi dari Masjid terdahulu yang asalnya terletak di sebelah selatan Pasar Jatibarang. Proses relokasinya itu sendiri didokong dan dibantu oleh Bupati Brebes Tajudin Nur Ali pada ketika itu dan pembangunannya menelan pembelanjaan tidak kurang dari 8 milyar rupiah.[perlu rujukan]

Perasmian[sunting | sunting sumber]

Pembangunan Masjid ini diketuai oleh salah satu Ulama Islam KH. Rosyidi Malawi. Masjid ini dirasmikan oleh wakil presiden pada ketika itu Jusuf Kalla pada tanggal 3 Mac 2008 yang dihadiri tidak kurang dari 250,000 orang jemaah.

Infrastruktur Binaan[sunting | sunting sumber]

Masjid ini mempunyai dua menara yang berketinggian lebih kurang l40 m dengan satu kubah besar dikelilingi oleh 8 kubah kecil. Masjid yang berlantai 2 ini hanya mempunyai 1 mimbar khutbah, 1 mihrab pengimaman, 4 pilar penyangga utama, 2 tempat wuduk, 2 MCK, 3 pejabat pengurusan Masjid, 1 perpustakaan, dan halaman depan Masjid dijadikan taman dan tempat parkir kenderaan.

Koordinat: 6°57′52″S 109°3′16″E / 6.96444°S 109.05444°T / -6.96444; 109.05444Templat:Masjid di Indonesia Templat:Masjid-stub