Masjid Al Fatah Al Jumum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Al Fatah Al Jumum ialah sebuah masjid yang terletak di daerah Jumum, Arab Saudi (terletak 25 km di sebelah utara Makkah melalui jaluran Madinah Al Munawwarah yakni sekarang terletak di sekitar kawasan Tareq Al Hijrah), ia juga terletak sekitar 18 km dari Masjid Tanaim.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menurut riwayat, awal pembinaan Masjid ini bermula tatkala Nabi Muhammad mengirimkan sepasukan kaum Muslimin yang beriman yang dipimpin oleh Zaid bin Harisah untuk berjuang menakluk kabilah Arab Bani Sulaim pada bulan Rabiul Akhir tahun keenam Hijrah.Dalam perjalanan mereka ke medan pertempuran, mereka telah bertemu dengan seorang wanita yang telah menunjukkan kawasan perkampungan Bani Sulaim, kemudian setelah sampai ke perkampungan tersebut, tentera beriman telah menawarkan syarat keimanan kepada Allah dan Rasulullah dan damai. Tetapi mereka enggan beriman dan lantas mengingkarinya serta menawarkan peperangan. Tentera Muslim menang dalam peperangan serta tentera Muslim berjaya menawan kawasan Bani Sulaim tanpa kekerasan terhadap masyarakat awam serta berjaya mendapatkan harta rampasan perang serta tawanan perang. Dalam pada itu, masyarakat awam dibenar untuk bebas menjalani kehidupan yang harmoni dibawah ajaran Islam tanpa sebarang paksaan.

Pada tahun ke 8 Hijrah pula yakni 2 tahun selepas penaklukan, Muhammad Rasulullah SAW telah bersetuju untuk singgah dan bermalam di situ, ketika itu Rasulullah dalam perjalanan melakukan penaklukan Kota Makkah dari Kota Madinah Al Munawwarah. Diriwayatkan sebanyak 10000 masyarakat Muslim menyertai angkatan termasuklah lelaki, wanita dan kanak-kanak. Pada waktu itu telah berlangsungnya majlis pengislaman Abu Sofyan bin Harb sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Hisyam serta bapanya. Mereka telah menceritakan bahawa berita keberangkatan Nabi Muhammad Rasulullah untuk menakluki Kota Makkah telah tercium oleh orang-orang Bani Arab Quraisy, Abu Sufyan ibni Harb, Hakeem bin Hizam dan Badil bin Waroqoh senantiasa memantau perkembangan berita tentang Rasulullah sehinggalah mereka keluar dari Makkah dan sampai di Marro Zohron, namun kedatangan mereka terlebih dahulu dilihat oleh sekelompok pengawal Rasulullah dan mereka dikejar sehinggalah tertangkap mereka, mereka telah dihadapkan di depan Rasulullah maka dengan langsung Abu Sofyan telah memeluk Islam.

Pemulihan masjid dan strukturnya[sunting | sunting sumber]

Di tempat Rasulullah singgah duduk dan berehat serta mengerjakan solat, di situlah telah dibangunkan Masjid Al Fatah Al Jumum. Sepanjang sejarah, kaum Muslimin telah menjalankan rahebilitasi ulangan (kerja ubahsuaian dan naik taraf masjid). Pada tahun 1397 Hijrah, atas pembiyaan daripada jutawan Arab Muslim Sheikh Hassan Bakar Muhammad Qutub, kerja penaik tarafan Masjid itu dijalankan secara drastik dan besar. Nama dermawan itu telah terpampang di atas palang kokoh pintu masjid.

Panjang masjid dari arah Kiblat (binaan mimbar Masjid) adalah berukuran sekitar 20 meter. Lebarnya pula dari arah kiblat adalah 15 meter, maka luas Masjid adalah 300 meter kaki persegi, terdiri dari halaman terbuka selebar 5 meter dan serambi beratap kira-kira berlebar 10 meter, di sebelah bahagian kiri binaan Masjid terdapat sebatang menara Masjid yang menjulang tinggi berwarna putih. Terdapat sebuah bilik untuk para jamaah masjid dan sebuah penampung air (seperti gabungan tong dan perigi) yang berwarna kuning. Penampung air itu didirikan khas untuk menampung keperluan air para jamaah dan penduduk sekitar Daerah Jumum.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Buku Sejarah Mekah Edisi ketiga (2004) terbitan Al-Rasheed Printers karangan Dr.Muhammad Ilyas Abdul Ghani.
  • Kitab Sohihul Bukhory Al Mahozy no.4280.