Masjid Arap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 41°01′28″N 28°58′15″E / 41.02444°U 28.97083°T / 41.02444; 28.97083



Arap Camii, dahulunya ialah Gereja Dominican Saint Paul, adalah sebuah masjid terletak di Jalan Kalyon di Galata, Istanbul, Turki.

Ia diselesaikan dan dimulakan pada 1233 sebagai Gereja Saint Paul, dibina oleh paderi Dominican dari Gereja Katolik Rom, sewaktu Empayar Latin Constantinople (1204-1261). Dibina mengikuti model Itali pada zaman itu, gereja yang mempunyai menara loceng utama yang membezakan bangunan dari gereja-gereja Byzantin di bandar itu. Beberapa batu nisan dari gereja kini dipamerkan di Muzium Arkeologi Istanbul.

Berikutnya tertakluknya semula Constantinople oleh Byzantin pada 1261, gereja itu diberikan kepada masyarakat Genoese tempatan dari Galata, yang tetap setia pada Byzantin sewaktu Salib Keempat (Penjarahan Constantinople) pada 1204 dan membantu mereka melindungi bandar terhadap Orang Venice yang menyerang.

Pada 1407, gereja diperbaiki secara besar-besaran dan dikembalikan dengan bantuan kewangan Jawatan Paus.

Pada 1475, ia diubah suai menjadi sebuah masjid oleh Sultan Mehmed II Uthmaniyyah dan digelar sebagai Galata Camii (Masjid Galata).

Pada 1492, masjid diberikan ke masyarakat Arab dari Sepanyol (Andalusia), yang melarikan diri dari Pasitan Sepanyol dan berhijrah ke Istanbul, oleh Sultan Bayezid II oleh itu nama kininya Arap Camii (Masjid Arab).

Kini, Arap Camii adalah masjid terbesar di sebelah Galata di Golden Horn.

Ia adalah salah satu masjid yang paling menarik di bandar oleh kerana gaya seni bina Gothik Itali awal dan menara loceng gereja (sekarang sebuah menara) yang secara praktikal tetap sama walaupun selepas ditukarkan menjadi sebuah masjid. Bangunan telah menerika hampir tiada perubahan pada kelihatan bahagian luarnya.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Flag Turkey template.gifRencana ini berkaitan suatu tempat Kawasan Marmara di Turki adalah sebuah tunas. Anda boleh bantu Wikipedia dengan mengembangnya.