Masjid Asy-Syakirin, KLCC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Masjid Asy-Syakirin KLCC)
Masjid Asy-Syakirin
مسجد الشاكرين
Masjid Asy-Syakirin
Maklumat am
Cabang/mazhabIslam Sunni
Dibuka pada12 Julai 1999
StatusBeroperasi
Tempoh pembinaan1 tahun
Maklumat pentadbiran
ImamMohd Saniza bin Ismail2009 (Imam Besar)
Abu Bakar bin Awaludin2009 (Timb. Imam Besar)
Mohd Abd. Nasir bin Abdullah2009
Dimiliki olehJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
No Daftar: MY-14-WKL-00023[1]
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
Wilayah PersekutuanKuala Lumpur
Seksyen58
LokasiMasjid Asy-Syakirin,
Lot 41,
Seksyen 58,
Kuala Lumpur
Koordinat3°09′26.0″N 101°42′57.9″E / 3.157222°N 101.716083°E / 3.157222; 101.716083Koordinat: 3°09′26.0″N 101°42′57.9″E / 3.157222°N 101.716083°E / 3.157222; 101.716083
Maklumat pembinaan
Gaya seni binaAsia Barat dan Timur
Bil. kubah1
Bil. tingkat3
Kapasiti jemaah12,000 orang
Keluasan100 ekar
ArkitekZaki Associate
KontraktorKLCC Project
Bahan binaanLogam
Besi
Batu marmar
KosRM24 juta

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Asy-Syakirin (Arab: مسجد الشاكرين; lebih dikenali sebagai Masjid KLCC) ialah sebuah masjid yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Masjid ini terletak di hujung utara Taman KLCC, berdekatan pusat beli-belah Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas. Masjid ini mampu menampung kemasukan seramai 12,000 orang, semenjak diubah suai pada tahun 2009.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid ini telah dibina oleh KLCC Project pada tahun 1997 lalu siap pada tahun 1998. Masjid ini dibina di atas tapak yang seluas 100 ekar. Pada mulanya, masjid ini didaftarkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai sebuah surau pada 12 Julai 1999 untuk kegunaan petugas Petronas sebelum dinaikkan taraf sebagai masjid yang ditadbir oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).[bila?] Kos pembinaannya mencecah RM 24 juta serta boleh menampung 6,500 orang jemaah dalam satu masa.[2]

Masjid dua tingkat ini berkeluasan 21 hektar. Masjid ini dianggap[nyatakan menurut siapa?] sebagai "Permata Dalam Taman" kerana kedudukannya yang strategik dan berhadapan dengan Taman KLCC.[3] Masjid ini turut menyediakan sebuah dewan yang mampu menampung seramai 1,000 orang dengan dilengkapi sistem audio, bilik mesyuarat dan bilik jenazah.[4]

Nama Asy-Syakirin yang bermaksud 'orang-orang yang bersyukur' dipilih sebagai nama rasmi untuk masjid ini. Masjid ini merupakan sebuah mercu tanda seni bina Islam di sebuah kawasan yang pesat membangun di tengah ibu kota, Kuala Lumpur.[perlu rujukan]

Pada awal 2009, kerja-kerja pengubahsuaian masjid dengan kos RM 25 juta telah dimulakan. Pengubahsuaian yang dijangka siap pada bulan November 2009 tersebut adalah untuk meningkatkan tampungan masjid kepada 11,000 orang jemaah berikutan pertambahan bilangan jemaah solat Jumaat.[5]

Perasmian[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Ogos 2011, Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin telah merasmikan masjid ini sebelum solat Jumaat diadakan. Yang turut hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Othman Mustapha; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali; dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi bin Wan Teh.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Masjid Asy-syakirin". IslamGRID. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-21. Dicapai pada 22 April 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Mohd Nafaiz bin Mohd Nasir (Februari 2009). "Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah". Suara Masjid. No. 63. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). m/s. 7. ISSN 1511-9149. OCLC 850830149. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-21. Dicapai pada 21 April 2018.
  3. ^ "Asy' Syakirin Mosque". Kuala Lumpur Convention Centre (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-21. Dicapai pada 22 April 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "MASJID ASY-SYAKIRIN, KLCC". Islamic Tourism Centre of Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-21. Dicapai pada 22 April 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ Mohd. Saiful Mohd. Sahak (6 September 2009). "Masjid Asy-Syakirin berwajah baru". Utusan Malaysia. Gambar oleh Mohd Nazudeen Mahmud. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-21. Dicapai pada 22 April 2018 – melalui Utusan Online. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ BERNAMA (26 Ogos 2011). "Agong Rasmi Masjid Asy-Syakirin KLCC". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-12. Dicapai pada 19 February 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]