Masjid Kampung Pahit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Kampung Pahit merupakan sebuah masjid yang terletak dalam mukim Kerunai daerah Gerik, Perak. kampung Pahit terdiri dari 3 buah kampung iaitu kampung pahit luar, kampung pahit tengah dan kampung Pahit Dalam.Masjid Kampung Pahit terletak di tepi Sungai Rui, dalam kampung Pahit tengah.Masjid ini telah dibina pada tahun 1980 an menggantikan masjid lama yang dibuat daripada kayu.Masjid baru ini boleh memuatkan jemaah lebih kurang 200 - 300 orang.Pada masa ini iman masjid ini ialah Ust.Ya sebagai Iman 1 dan Hj Derani sebagai Iman 2, manakala bilal masjid ini di pegang oleh Pak Lang Man dan Che Li.Masjid ini diimarahkan dengan kelas pengajian agama untuk para jemaah pada setiap minggu hari jumaat sebelum solat.Masjid ini juga menjadi tumpuan warga kampung Pahit untuk menunaikan sembahyang sunat hariraya aidil fitri dan sembahyang sunat aidil adha dan semasa itu anak - anak kampung Pahit yang merantau jauh dapat berjumpa dan mengeratkan silatulrahim.